ADIPERKASA BAKAL MENGGEGAR DUNIA
![]() |
ADIPERKASA BAKAL MENGGEGAR DUNIA |
Asslamualaikum dan salam sehati sejiwa semua. Para peminat tokusatsu Malaysia (adiwira bertopeng) , tidak lama lagi sesuatu yang istimewa bakal melanda Malaysia. Tidak lama lagi adiwira Malaysia bakal menjelma.
Bagi zumal yang juga peminat setia tokusatsu Jepun dan dunia memang sangat berbangga bila terlihat pos ini dikongsikan di facebook oleh sepupu zumal semalam. Selepas Ryujin Juwara, Badang, Cicakman dan ada beberapa lagi yang zumal tak ingat kini muncul pula ADIPERKASA. Adiperkara pada zumal cukup hebat kerana adiwira Malaysia pertama yang ada kenderaan konsep tersendiri lepas tu ianya hasil usaha anak tempatan.
Selain itu Adiperkasa juga superhero yang bakal menonjolkan seni persilatan Melayu yang menjadi seni kebanggaan kita sejak Zaman Kesultanan Melaka. Di samping itu juga kronologi kewujudan Adiperkasa ini lebih dekat dengan sejarah Tanah Melayu dan ianya memang patut dibanggakan. Senjata Adiperkasa pula adalah keris. Selain topengnya yang bercirikan wajah harimau belang bertanjak (tengkolok). Sangat macho beb.
Sinopsis Adiperkasa
Menceritakan mengenai pada zaman dahulu, terdapat sebuah legenda dimana tidak seorang pun tahu wujudnya. Puak BARRA(Bunian dari alam kegelapan) yang bersifat kejahatan menjajah memperluaskan kuasa disetiap alam telah menyerang bumi dan apabila manusia sedar akan bahayanya puak BARRA ini, suatu serangan besar telah berlaku.
Demi untuk mempertahankan bangsa manusia kelak dengan kebijaksaan manusia itu sendiri telah mencipta sebuah baju perisai bergelar ZIRAH PENDEKAR yang diisi beribu hikmat dari zat bumi yang direkakan khas dan diberikan kepada seorang wira yang terpilih. Dalam peperangan tersebut puak BARRA menemui kekalahan.
Akibat dari itu saki baki konco tentera BARRA telah melarikan diri ke alamnya dan berjanji akan menuntut kemenangan dari kekalahan yang akan datang. Zaman berganti zaman sehingga kini peperangan ini berlanjutan secara rahsia tanpa disedari masyarakat lainnya. Demi untuk keamanan manusia sejagat, persediaan telah dilakukan untuk serangan yang mendatang, apabila baju perisai telah diperkasakan dengan galian zat bumi, keistimewaan permata delima sakti telah dipindahkan kepada zirah berteknologi tinggi dan dienovasikan dengan kuasa ke dalam seutas jam tangan yang digelar JAM HARIMAU(Tiger Gajet) yang mampu berubah jelmaan si pemakai kepada perisai bertopeng zirah pendekar harimau atau nama lainnya ADIPERKASA.
Di era moden ini sebuah organisasi telah ditubuhkan dengan nama ORGANISASI LAKSAMANA dimana ia bertindak sebagai badan pertahanan rahsia untuk menentang kejahatan tentera BARRA yang bakal menyerang, dan gelaran wira yang mampu pertahankan bumi ini dari serangan tentera BARRA
Watak Utama Adiperkasa
Bila ia akan ditayangkan? Jangan risau kerana ia dah hampir untuk dipertontonkan. Nantikan kemunculan siri pertama Adiperkasa di YouTube pada 18 Mei 2018.
Anda tak perlu ke panggung, ianya akan disiarkan di YouTube, jangan lupa untuk subscribe channel Heroes Art Studio (HAS) yer.
Satu lagi yang menarik tentang Adiperkasa ialah muzik temanya yang menggunakan irama gamelan. Teruja zumal mendengarnya.
Jangan lupa ikuti page HAS di facebook, youtube dan juga Instagram untuk mengetahui perkembangan-perkembangan terikini mereka.
Link Facebook : https://www.facebook.com/HEROESARTSTUDIO/
Link youtube: https://www.youtube.com/user/MATAROJIT
hebat idea anak tempatan
ReplyDeletep/s zumal masih guna alamat 'taman normah' tu lg ke? kalu ya, sy proceed utk pos hadiah ke alamat tu
ReplyDeleteAnies, taman Norma jer... Bukan normah tau
DeleteHaaa. Cite budak laki ni. Hihi.
ReplyDeleteMENARIK CITERNYA TU
ReplyDeleteXpernah tgk cita ni
ReplyDeleteBlog walking malam ini, gua tersesat ke teman-teman blogger Malaysia, salam kenal bro and sis hehe
ReplyDeletewah cite baru. menarik! nanti nak try layan.
ReplyDeleteanak-anak kak zi yang boboi rajinlah nak layan ni nanti...
ReplyDeleteagak menarik bila baca sinopsisnya.
ReplyDeleteJanji Kita
boleh layan dekat youtube nanti
ReplyDeletewahhhh bestnya boleh layan dekat youtube nanti!
ReplyDeleteanak cik azue pasti suka nih
ReplyDeleteWah adiwira baru. Hebat hasil keluaran tempatan ni
ReplyDeleteTereksaited pula baca sipnopsis ni..
ReplyDeleteOo yang ni yang baru ye heheh kita layan juga la cerita ni
ReplyDeleteTunggu 18 Mei bakal masuk youtube
Deletenanti nak cari di utube.
ReplyDelete