HADIAH TOP KOMENTAR




Assalamualaikum dan salam sehati sejiwa semua. Balik dari kedai semalam, lepas mandi terdengar bunyi hon. Siapa la mai rumah tak reti bagi salam nih. Asyik hon jer, sabaq la baru nak pakai baju. Buka jer pintu, ternampak abam pos laju duk tersengih depan pagaq. Rupanya ada barang untuk zumal. Seingat zumal tak ada pula beli barang online baru-baru ni. 


Bila abam pos laju serah bungkusan tu ternampak nama pengirim tu. Baru la tahu dari sapa bungkusan tu datang. Rupanya dari sorang blogger kaki travel tu, siapa lagi kalau bukan Anies. Baru teringat Anies beritahu nak kasi hadiah sebab zumal antara top komentar kat blognya. Zumal pun sekali-sekala jer blogwalking tapi tak tau boleh lekat jadi top komentar. Alhamdulillah la kan, rezeki...


Anies bagi hadiah Komik Gempak Rapsodi, koleksi komik dalam Gempak Starz tu. Dulu minat juga beli gempak starz tapi entah ke mana hilangnya komik-komik zumal tu. Paling sayang ada komik yang dibuat ala-ala novel kisah cintan cintun. Anies macam tau je zumal minat Gempak Starz ni. Nak beli komik masa dah berumur ni segan juga sebab tauke kedai buku kenai zumal sebab satu kelas dengan anak dia masa sekolah dulu. Hehehehe segan ooo...


Apa pun zumal berterima kasih kepada Anies kerana beri hadiah ni, koleksi spesel tak lapok dek zaman yang masih #SegarDalamIngatan tu. Hari ni ingat nak baca komik dekat kedai tapi lupa pula nak bawak. Esok nak letak sesiap dalam beg JamesBond zumal ni. Boleh juga buat modai gelak dan tersenyum sorang-sorang kan. 


Kepada korang yang suka travel dan ingin cari panduan travel ke mana-mana tu boleh la terjah blog Anies DI SINI.

Comments

Post a Comment

Popular Posts