PROGRAM JALAN KAKI 1600KM MALAYSIA BOOK OF RECORDS DAN PROGRAM TANGGUNGJAWAB SOSIAL BERSEPADU LHDNM 2018 CAWANGAN JOHOR BAHRU

Assalamualaikum dan salam sehati sejiwa semua. Menara Hasil Cawangan Johor Bahru (CJB) telah terpilih sebagai salah satu checkpoint laluan Program Jalan Kaki 1600KM Malaysia Book of Records (MBOR) dengan jangkaan ketibaan Wira HASIL pada 23/05/2018 jam 10.00 pagi. Segala persiapan telah dirancang bagi memastikan program berjalan lancar memandangkan Jabatan Khidmat Korporat (JKK) juga telah memilih CJB sebagai salah satu cawangan bagi menjalankan program tanggungjawab sosial bersepadu. Perjalanan program bagi sambutan Wira HASIL yang terdiri daripada 3 orang pegawai LHDNM iaitu Supt/PB En Eyu Leong Boon, Insp/PB En Muhamad Nazmi Mohamad Norrizal dan Sjn/PB Cik Rogayah binti Ali telah dilaksanakan oleh CJB bermula pada 18 Mei 2018 dengan meraikan ketibaan peserta di sempadan Johor/Pahang iaitu Daerah Endau, Mersing. Sambutan yang diketuai oleh Encik Ahmad Alkonsol selaku penyelaras program, Puan Robiah Muhamad beserta pasukan AJK Program Jalan Kaki telah sempat bertemu dan bergambar di sempadan sambil bertanya khabar kesihatan mereka. 

Namun begitu, peserta program telah tiba pada 22/05/2018 jam 10.00 pagi iaitu sehari lebih awal dari jangkaan masa daripada jadual perjalanan. Hasil daripada maklumat marshal, AJK berserta Pengarah CJB, KPP dan hasilian bersiap sedia bagi menyambut ketibaan peserta walaupun dalam kadar sederhana. Sesi fotografi telah dijalankan dan peserta memaklumkan akan tetap hadir bagi program sambutan pada 23/05/2018 tetapi memohon untuk pindaan masa ke 12.00 tengah hari memandangkan mereka ingin meneruskan perjalanan ke lokasi seterusnya pada waktu pagi. 

Dengan pemilihan Johor sebagai destinasi perhentian ketujuh dan CJB sebagai cawangan ketiga oleh Wira HASIL, program ini ditunggu-tunggu oleh Hasilian CJB yang teruja meraikan kehadiran Wira HASIL yang berusaha mencatat rekod Jalan Kaki Terjauh/The Longest Walk dalam MBOR. Pada 23/05/2018 jam 12.00 tengah hari, ketibaan ketiga-tiga peserta telah disambut dengan meriah oleh Hasilian CJB termasuklah diiringi oleh pasukan pengiring dan pasukan sorak. Selepas sesi fotografi, peserta dan VIP telah dibawa ke Dewan Serbaguna bagi menghadiri program tanggungjawab sosial bersepadu (CSR) sempena Program Jalan Kaki tersebut. 

Program CSR kali ini melibatkan penyampaian alat bantuan mengajar (Projector) yang telah disampaikan kepada 5 buah sekolah yang dipilih di Daerah Johor Bahru iaitu:- 

1. Sekolah Menengah Kebangsaan Tun Syed Nasir Ismail; 
2. Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Tun Aminah; 
3. Sekolah Menengah Kebangsaan Nusa Damai; 
4. Sekolah Menengah Kebangsaan Sri Rahmat; dan 
5. Sekolah Menengah Kebangsaan Sri Perling. 

CJB juga mengambil kesempatan dengan menjemput anak-anak tahfiz dari Asrama ArRayyan, Kempas yang menerima sumbangan tunai untuk keperluan Aidilfitri, hasil kutipan yang terdiri dari penglibatan Hasilian CJB, CSIJB dan PPNJ yang telah memberi erti yang sangat bermakna bagi menjayakan aktiviti CSR. Satu unit mesin pencetak elektronik juga diberikan kepada pihak pengurusan asrama sebagai salah satu sumbangan. Sumbangan derma hasil kutipan tersebut juga telah disalurkan kepada: 

1. Maahad Tahfiz Al Quran Wal Qirrat addin 5, Perak 
2. Anak Yatim Pusat Rawatan amal, Perlis 
3 Madrasah Tahfiz Quran Riyadhil Jannah, Perak 
4. Madrah Tahfiz Hidayah, Perlis 

Dengan penyempurnaan program CSR 2018, sambutan Program Jalan Kaki telah diakhiri dengan penyerahan kurma dan bubur lambuk kepada Wira HASIL. Sebagai penutup program, pasukan sorak dan pengiring telah mengiringi Wira HASIL yang akan menyambung perjalanan ke destinasi seterusnya. Hasil usaha dan kerjasama yang diberikan oleh semua yang terlibat secara langsung dan tidak langsung telah menjayakan Program Sambutan Wira Hasil Dan Penyampaian CSR Sempena Program 1600km Jalan Kaki Malaysia Book Of Records 2018 peringkat Cawangan Johor Bahru.






Comments

  1. perghhh... betoi2 kuruih ni bila smpai

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah la kalau kuruih moga jangan arwah ja...

    ReplyDelete
  3. Wow..gagah la diorang semua. Bulan puasa camni mau lembik ciktie jadinya ni

    ReplyDelete
  4. kalau yg msk tu berat dia 80, smpi garisan terakhir berat dia jadi 50 ;-) tp bgs laa ada prog mcm ni...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Fuh kalau boleh jalan, nak juga dapat 50kg tu

      Delete
  5. Aktiviti yg sihat disamping mendekatkan kpd msykt.. jauh juga tu nak jalan 1600km huhu

    ReplyDelete
  6. Hebat , , , 1600km! Agaknya kalau complete berapa kalori boleh bakar ya.

    Special blog header tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak pasti la tapi kalau badan macam zumal, nanti kurang 90% jisim agaknya. Header syok sendiri jer...

      Delete
  7. wow jauh tu nak menapak sampai 1600km!

    ReplyDelete
  8. Jauh jugak 1.6 km tu..takpe nanti slim..

    ReplyDelete
  9. Bulan puasa ni memang tak la nak join, tak tahan saya..

    ReplyDelete
  10. 1600 km???!
    mak aii...
    1.6 km pun lom tentu aida larat :(

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bukan buat straight tapi behenti-henti sejak sebulan lepas... Tapi zumal 1km pun maybe ambulans datang amik...

      Delete

Post a Comment

Popular Posts