AKU YANG DULU BUKAN YANG SEKARANG

Nasi campur!
Nasi campur!
Nasi campur!
Suasana malam di Kolej Bukit Kachi menjadi riuh dengan pekikan seorang pelajar yang berniaga dari bilik ke bilik di Kolej Bukit Kachi Universiti Utara Malaysia, Sintok. Dia mengambil inisiatif untuk menjual lebihan nasi dan lauk pauk di cafe kerana berasa sayang jika ianya dibuang begitu saja. Pada permulaan perniagaan agak kurang sambutan dari pelajar yang menginap di kolej tersebut. Lama kelamaan dia telah mempunyai beberapa pelanggan tetap untuk menikmati nasi campur yang dijajanya. 

Selalunya dia akan berulang-ulang naik tangga dari blok ke blok kediaman lelaki. Tiga blog setinggi 5 tingkat dilalui hingga habis stok nasi campur yang dijajanya. Setelah habis menjaja, dia singgah di bilik rakan sekuliah. Sama ada bilik Faizul ataupun Zaim. Kekadang bermalam di situ jika mereka tiada roommate. Bilik sendiri di Kolej Yayasan Al Bukhari hanya sekali sekala dijejaki sebab selalunya kolej itu sering hadapi masalah air.

Setiap pagi pelajar tersebut akan ke cafe untuk memasak nasi sehingga 20kg beras untuk ditinggalkan kepada taukenya memulakan perniagaan. Paling awal dia memasak dalam pukul 5.00 pagi semasa rakan-rakan lain masih dibuai mimpi. Di samping nasi, dia juga sediakan lauk seperti telur goreng, ayam goreng berempah, telur masak kicap, telur masak sweet sour dan beberapa jenis lauk mudah untuk disediakan. 

Selalunya kuliah pagi bermula jam 8.00. Selalu kena denda sebab datang lewat. Al maklum la macam-macam kena masak. Tapi dia tak kisah pun sebab terpaksa cari rezeki demi sesuap nasi. Dia tak mahu tok wan dan tok susah hati nak bagi duit belanja. Dia dapat ptptn tapi terkena dengan jerat kononnya ada skim mudah untuk pelajar beli laptop. Tahun 2004, laptop mahal gila, 4-6k harganya. Bayar muka rm900 sampai ke sudah laptop tak dapat-dapat. Pejabat urusan jual beli tu pun dah tutup. Itulah ptptnnya dicurahkan. Dia kesal. Mudah kena tipu, mudah kena buli.

Habis kuliah, sambung membantu jurulatih kokurikulumnya di cafe. Dapat la makan percuma pagi, tengah hari dan malam. Upahnya RM10 je tau. Hmmm, dapat makan pun tak apa la.

Semester seterusnya terkena lagi. Masa pergi study di Perpustakaan Sultanah Bahiyah, ada promosi Linguaphone. Untuk belajar Bahasa Inggeris. Harga pakej RM2500. Mulanya tak berminat pun. Kali ketiga terserempak, rasanya macam tersetuju nak ambil. Tapi entah macam terpukau pun ada. Sedar-sedar dah buat down payment RM500.

Setelah itu mula la kisah sedih bajet nak hidup kat kampus tak cukup. Nak mengadu pada siapa? Sering jadi mangsa. Dia itulah Zumal.

Masa tu kaki kuat, badan sihat tapi hidup dikejar masalah itu ini. Sekian sahaja kisah hidup insan yang sangat bodoh...

Comments

  1. Semua tu cabaran yang mematangkan

    ReplyDelete
  2. u reminds me a lil bit of me once. had the same experience before but i learn from it and promise myself not to repeat the same mistakes again. take it positive. in shaa Allah there's a reason behind everything that happens.

    ReplyDelete
  3. Saya puji kegigihan Zumal kerana tak mahu susahkan keluarga sanggup bersusah payah. Semasa pengajian memanglah hebat cabarannya.

    ReplyDelete
  4. mungkin satu ketika dulu kita pernah bertindak bodoh.. dan mungkin jg di sebabkan ketidakmatangan hidup. namun kita harus bangkit agar perkara sm tidak berulang dan MUHASABAH diri di mana silap kita. barangkali silap dgn manusia atau silap dgn DIA...

    ReplyDelete
  5. Pengalaman akan mematangkan hidup kita.

    ReplyDelete
  6. aku rasa semua orang pernah rasa jadi bodoh, at some point of their life. bab lingua phone tu, aku pun terkena. tp aku pakai gak la satu sem. pastu ntah ke mana aku simpan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Zumal pun guna juga, beberapa tahun lepas kawan pinjam sampai dia pun hilang entah ke mana

      Delete
  7. hebat betul bro zumal punya kegigihan untuk mencari rezeki, saya masa belajar dulu banyak enjoy je.. =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tapi kerana mencari rezeki memusnahkan pengajian tau... Tapi Alhamdulillah ijazahnya dapat juga walaupun sekadar kelas dua

      Delete
  8. Mungkin dulu ianya nampak bodoh tapi tak semestinya selalunya kita camtu. Kesilapan itu banyak mematang dan mendewasakan kita kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Insha Allah ciktie, harap pisang tak berbuah dua kali...

      Delete
  9. Bukan bodoh cuma tak matang berfikir, saya pun pernah buat. Tapi kesan daripada itu, kita belajar perkara baru. Jangan salahkan diri, itu proses pembelajaran.

    ReplyDelete
  10. kdg kita langsung xsedar keputusan kita buat tu silap tapi pengalamnnya mematangkn kita

    ReplyDelete
  11. Pengalaman menjadikan kita lebih matang dalam menjalani kehidupan. Sentiasa positif in sya Allah rezeki ada di mana-mana.

    ReplyDelete
  12. tidak bodoh, Zumal.
    tak matang kot masa tu.
    mana ada org yg bodoh.
    tapi semua tu jadi teladan utk sekarang in shaa Allah.

    ReplyDelete
  13. hahahaha..

    itu dinamakan pengalanan..

    orang baik dan yang sentiasa berfikir baik mudah untuk ke makan orang..

    apa-apapun biasa la bro..

    hidup adalah perjuangan untuk mencipta kejayaan..

    no pain no gain

    ReplyDelete
  14. Setiap perkara yg tidak gembira itu, pengalaman yg mematangkan. And I believe, each of us pun ada kisah tersendiri :)

    ReplyDelete
  15. Setiap pengalaman mematangkan diri.. semoga ia membuka jalan kejayaan yang berterusan dgn sepenuh keberkatan Illahi... aamiin.

    ReplyDelete
  16. Stay strong Zumal...inilah asam garam kehidupan dan apa saja yang berlaku dalam kehidupan awak itu adalah satu pengalaman hidup dan akan mematangkan lagi kehidupan awak... be strong...

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts