JOM BERWIFIE RAYA BERSAMA JUS HIDAYAH GOLD DAN MENANGI HADIAH RM10,000 OLEH SERAIMAS HERBS

JOM BERWIFIE RAYA BERSAMA JUS HIDAYAH GOLD DAN MENANGI HADIAH RM10,000 OLEH SERAIMAS HERBS

Assalamualaikum dan Salam Syawal buat semua. Sejak beberapa tahun yang lalu keluarga Zumal telah mengamalkan minuman kesihatan yang diberi nama Jus Hidayah Gold keluaran Seraimas Herbs. Alhamdulillah ayah, mama, mak lang, pak lang dan pak andak yang sentiasa menggunakan Jus Hidayah Gold sentiasa sihat. Walaupun telah bergelar pesara tapi mereka tetap kuat menjalankan aktiviti harian. Oleh itu Zumal memang syorkan produk Jus Hidayah Gold ini menjadi minuman kesihatan harian anda. Selain itu ada peluang hebat dari Seraimas Herbs yang ingin Zumal kongsikan di sini. Teruskan membaca yer...

JUS HIDAYAH GOLD

Jus Hidayah Gold adalah minuman kesihatan bermutu tinggi dan menggabungkan 23 jenis herba yang memberi kebaikan dan kesan berganda untuk lebih sihat dan kekal cantik.

Kombinasi Raja Segala Herba seperti Madu, Buah Tiín, Kismis, Kurma Merah, Apricot, Delima, Lada Pintal, Cengkih, Kunyit, Buah Pala, Senduduk Putih, Mahkota Dewa, Habbatus Sauda, Mengkudu, Teja Lawang dan pelbagai lagi bahan semulajadi ini mempunyai kebaikan dan khasiat luar biasa untuk kesihatan tubuh badan dan mengatasi segala macam penyakit.
Produk yang tidak perlu diperkenalkan lagi ini turut dapat membantu pelbagai masalah kesihatan. Tidak terhad kepada penyakit ringan sahaja, Jus Hidayah Gold juga dapat mengatasi penyakit serius atau kronik seperti penyakit kanser, diabetes, darah tinggi, gout, SLE (systemic lupus erythematous), angin ahmar, migraine, buasir, denggi, masalah usus (gastik atau sembelit) dan sebagainya.

Sememangnya terbukti berkesan bila Zumal lihat sendiri perkembangan kesihatan yang baik oleh keluarga sendiri. Syukur Alhamdulillah.
Sejak dari zaman dahulu, banyak jenis tumbuhan yang digunakan oleh nenek moyang kita untuk mengubati penyakit luar dan juga dalaman. Namun, masih ramai di antara kita yang belum mengetahui atau berasa yakin bahawa bahan-bahan semulajadi ini sebenarnya jauh lebih baik untuk mencegah dan juga merawat penyakit. Produk berasaskan herba alam semulajadi seperti Jus Hidayah Gold ini boleh dijadikan alternatif untuk mengekalkan kesihatan ataupun mengubati penyakit. Bak kata pepatah Melayu, cegah sebelum kena.
Gabungan mantap 23 jenis herba terpilih ini juga terdiri daripada makanan sunnah yang berkualiti tinggi yang sememangnya bermanfaat untuk kesihatan tubuh badan. Malah jika diamalkan setiap hari dan dijadikan sebagai rutin, ia mampu mencegah pelbagai penyakit, menyihatkan badan dan mengembalikan keseimbangan sistem tubuh badan.
Warisan herba sepanjang zaman ini mampu dimiliki untuk kesihatan seisi keluarga serta mengeratkan lagi jalinan kebahagiaan bersama. Lebih Kuat, Lebih Cergas dan Lebih Beramal dengan Jus Hidayah Gold keluaran Seraimas Herbs.

Jus Hidayah Gold ini juga dijual pada harga mampu milik berbanding minuman kesihatan lain. Tak rugi mencuba untuk kekal sihat sepanjang masa.

IMAM MUDA ASYRAF - DUTA PRODUK JUS HIDAYAH GOLD

Imam Muda Asyraf dipilih sebagai duta produk kesihatan yang terkenal dengan tagline ‘Lebih Kuat, Lebih Cergas, Lebih Beramal’ iaitu Jus Hidayah Gold keluaran Seraimas.

Imam Muda Asyraf - Duta Jus Hidayah Gold

Umum mengetahui Imam Muda Asyraf merupakan juara musim pertama program pencarian imam dalam kalangan generasi muda. Program Imam Muda yang disiarkan secara langsung menerusi saluran televisyen berbayar Astro Oasis membuatkan pemilik nama Muhammad Asyraf Mohd Ridzuan dikenali ramai.
Imam Muda Asyraf juga meneruskan siri dakwah beliau menerusi program bual bicara iaitu Hidayah Talk yang membincangkan pelbagai isu melalui laman Facebook pengeluar jus ini iaitu Seraimas HQ. Program bual bicara yang berlangsung tiga kali dalam sebulan ini mengupas topik-topik semasa tentang kekeluargaan dan pentingnya kesihatan.

PERADUAN WEFIE RAYA


Berita baik yang Zumal nak kongsikan kepada anda, Seraimas sedang mengadakan Peraduan Wefie Raya bermula 17/5/2018 sehingga 1/7/2018 ini. Penyertaan hanya boleh dihantar bermula 17/5/2018. Penyertaan terakhir akan diterima sehingga pada jam 10 malam 1/7/2018.
Kepada pelangan tetap Jus Hidayah Gold ini adalah peluang terbaik anda untuk sertai peraduan ini.
Kepada anda yang belum mencuba dapatkan Jus Hidayah Gold di:-
Hadiah bernilai RM 10,000.00 bakal dimenangi dan anda berpeluang untuk beramah mesra di rumah terbuka Hari Raya bersama Imam Muda Asyraf dan keluarga Seraimas bersama pasangan di (maklumat mengenai lokasi, masa dan tarikh akan diberitahu kemudian)
Anda boleh menghantar seberapa banyak penyertaan yang dikehendaki dengan syarat setiap penyertaan mesti mempunyai gambar kotak produk Jus Hidayah Gold sebagai bukti pembelian.
Pemenang dalam peraduan ini akan dipilih berdasarkan gaya yang paling kreatif. Pemilihan pemenang dibuat oleh pihak juri yang dilantik.
Pemenang akan diumumkan pada 1/7/2018 melalui Facebook Seraimas HQ.
Tarikh Tutup Penyertaan: 1/7/2018 jam 10 malam

CARA PENYERTAAN

  • Beli Jus Hidayah Gold
  • Peserta perlu bergambar beramai-ramai (“wefie”) bersertakan Jus Hidayah Gold sebagai bukti
  • Muat turun aplikasi QR reader di App Store atau Play Store dan scan QR code yang tertera di kotak Jus Hidayah Gold
  • Isi butiran lanjut dan masukkan “original code”. Ikut langkah seperti yang tertera di laman sesawang www.seraimas.my
  • Masukan slogan "Saya sertai peraduan Wefie Raya Jus Hidayah Gold kerana........." Ayat tidak boleh melebihi 50 patah perkataan.
  • Muat naik gambar wefie raya anda di platform yang disediakan. Dengan memuatnaik gambar di platform ini anda telah mengakui bahawa:
    1. Gambar adalah milik anda
    2. Tiada sebarang pelanggaran hak cipta atau seumpamanya
    3. Anda bertanggungjawab sepenuhnya terhadap gambar dan maklumat yang dimuatnaik
    4. Membenarkan pihak penganjur menggunakan atau menyiarkan gambar anda di sebarang media bagi tujuan pengiklanan dan promosi produk Seraimas.
  • Untuk anda berpeluang memenangi hadiah, penyertaan anda mestilah diterima pada hari akhir tempoh peraduan. Semua penyertaan yang diterima di luar tempoh peraduan tidak akan dilayan.
  • Dengan menyertai peraduan ini, anda adalah dengan ini dianggap telah menerima dan bersetuju dengan terma dan syarat Peraduan #WefieRayaJusHidayahGold. Sila klik link ini

HADIAH

Seramai 5 orang pemenang akan dipilih. Berikut adalah hadiah-hadiah yang bakal dimenangi.
Tempat Pertama:
Gold Bar (20g) + 2 jemputan ke rumah terbuka bersama Imam Muda dan keluarga Seraimas
Tempat Ke-2:
Gold Bar (10g) + 2 jemputan ke rumah terbuka bersama Imam Muda dan keluarga Seraimas
Tempat Ke-3 sehingga ke 5:
1 dinar emas + 2 jemputan ke rumah terbuka bersama Imam Muda dan keluarga Seraimas

SERAIMAS HERBS

Serai Mas Herbs Sdn Bhd ditubuhkan pada 2005 di atas impian dan inspirasi oleh pengasas yang juga Pengarah Urusan Syarikat, Datin Hajjah Sunita Bibi Ali Akhbar. Menyedari hakikat bahawa sektor makanan tambahan bagi tujuan kesihatan dan juga produk kosmetik serta kecantikan amat menggalakkan, maka syarikat ini mula beroperasi dengan menyediakan pelbagai rangkaian produk yang bermutu tinggi.

Produk Seraimas Herbs

Syarikat ini telah diperbadankan di bawah Akta Pendaftaran Perniagaan 1956 pada tarikh 22 Julai 2005. Dengan kejayaan cemerlang yang telah diperolehi sepanjang penglibatan syarikat dalam bidang ini, maka Serai Mas kini beroperasi sepenuhnya di Labis, Johor.
Produk kesihatan dan kecantikan berasaskan herba dan bahan semulajadi ini bermula dengan produk Losyen Terapi Anggun dan Dara Mas Cucian Wanita, Serai Mas Herb dan juga produk kulit Astanita Collagen Skinz dan C’Bidadari Juice Khas untuk kaum wanita yang mementingkan kecantikan luaran dan dalaman. Ia mula berkembang dan semakin unggul ke hadapan apabila memperkenalkan produk lain seperti Jus Hidayah, Kismis Hidayah, Raudah Energy Drinks, Rest Slimm Mango Drink dan Bengkung Puteri Mas yang menjadi pilihan ibu selepas bersalin.
Perjalanan Serai Mas Herbs Trading bermula daripada sebuah kedai jamu milik Datin Hajjah Sunita Bibi yang ketika itu menjadi stokis untuk satu produk lokal syarikat lain. Beliau nekad untuk membina empayarnya sendiri selepas dia ditipu dan ditikam belakang oleh syarikat terbabit. Seiring dengan cita-citanya semenjak kecil yang mahu menubuhkan perniagaan sendiri, tanpa ragu beliau mengeluarkan produk kesihatannya sendiri. Walaupun ketika itu beliau kurang arif dengan ilmu dalam bidang jualan dan pemasaran, namun atas nekad dan sokongan daripada suaminya, beliau yakin bahawa syarikatnya pasti akan berjaya suatu hari nanti.
Walaupun tidak mempunyai pendidikan tinggi dan mempunyai latar belakang dari keluarga yang porak peranda, beliau berjaya menepis segala tomahan masyarakat yang suatu ketika dahulu mengejinya dan berjaya menubuhkan syarikat sendiri hasil titik peluhnya itu. Setiap tekanan yang dilaluinya sejak kecil menjadi inspirasi untuk dirinya agar terus bangun dan tidak mudah putus asa. Datin Hajjah Sunita Bibi juga percaya dengan mengeluarkan produk kesihatan ini, ia dapat membantu orang ramai untuk menjaga kesihatan walaupun sibuk dengan kehidupan harian. Menekankan isu kekeluargaan, setiap produk yang dihasilkannya mampu dimiliki oleh setiap ahli keluarga kerana produknya bermula dari produk bayi, kanak-kanak, ibu mengandung, serta warga emas. Malah harga mampu milik yang ditawarkan ini mampu untuk dimiliki oleh setiap ahli keluarga di Malaysia.
Beliau percaya dengan hubungan kasih sayang dan kekeluargaan yang penting dalam satu keluarga itu, produk ini mampu memberi kesan positif jika diamalkan selalu. Beliau juga mahu produk kesihatannya ini mampu pergi jauh dan boleh mengorak langkah hingga ke luar negara.
Pertanyaan boleh hubungi talian: +6012 7848364
Website: www.seraimas.my 

Facebook: Seraimas HQ
Instagram: @seraimashq
Youtube: Seraimas Herbs



Comments

  1. fuhyooo hadiah dia best gold bar RM10k tu..
    bolehlah jumpa imam muda tu sekali hihih
    jom jom join

    ReplyDelete
  2. menarik contest ni 👍

    https://aerillhassan.blogspot.com

    ReplyDelete
  3. menarik contest ni 👍

    https://aerillhassan.blogspot.com

    ReplyDelete
  4. Kontes menarik.. hadiah pun best!

    ReplyDelete
  5. Kalau tahu awal boleh tangkap gambar masa raya.. ramai sikit orangnya :)

    ReplyDelete
  6. wow..menarik gila hadiah dia...rm10k siapa tak nak kan???

    ReplyDelete
  7. Wah senang je nak join contest ni ek. Sempat lagi ni nak take part. Jom Zumal! Mak Lin singgah sini ;) - www.ceritamak.com

    ReplyDelete
  8. Bertuahnya kalau sesiapa dapat hadiah tu...nak join gak lah..:D

    ReplyDelete
  9. Wefie ja mesti semua orang boleh...mana tahu rezeki

    ReplyDelete
  10. Hantar gambar wefie plus buat slogan je pun dah boleh menang gold bar 20g. Untung gile

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rugi kalau tak join. Syarat mudah sangat kan 😉

      Delete
  11. senang sangat contest gini. Ber'wefie'je boleh menang. Harap dapat menang la... eem kena pergi cari jus tu dulu apa2 pon... kan? kang x valid plak nnt...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Senang je. Jus Hidayah Gold pun mudah nak cari...Jom join 😉

      Delete
  12. alaa kotak dia dah buang tggl botol je

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ala yeke Anies, cuba la gambar bersama botol pun mana tahu ada rezeki 😉

      Delete
  13. jom wefiee...mana tau rezeki kita..smabil join conest sambil jaga kesihatan

    ReplyDelete
  14. best gila.. jom wefie sekali

    ReplyDelete
  15. senng sgt nak join. . jom join ramai2 .. hadiah pun best

    ReplyDelete
  16. Kena cari Jus hidayah gold pastu kita wefie join contest... mana tahu rezeki kan Zumal :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu Kak AJ. Jus Hidayah Gold pun mudah cari dalam pasaran. Jom join 😉 Insha Allah ada rezeki...

      Delete
  17. wah...hadiah best...rugi kalau tak join...

    ReplyDelete
  18. HADIAH LUMAYAN TU ELOKLH JOIN

    ReplyDelete
  19. Wahhhh wefie je dh boleh join contest nikan. Jom join macam menarik hadiah yang ditawarkan

    ReplyDelete
  20. Pehh hadiah nya...macam kena join ni...😅kena wefie je kan ...hehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye wefie dengan Jus Hidayah Gold jer. Jom join sama 😉

      Delete
  21. wow menarik ni ..hadiah pun best!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu Kak Azi, jom kita join sambil support produk tempatan 😉

      Delete
  22. Nampaknya ada alasan kuat untuk lebih rajin ber wefie hehe 😁😁

    Jemput ke blog sy ye:

    www.yaniepedia.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu. Bukan saja2 berwefie kan... Untung2 dapat hadiah 😉

      Delete
  23. hanya dengan wefie mungkin dapat menang 20g gold bar ..menarik tu

    ReplyDelete
  24. bestnye hadiah dia zumal !! okeh !! kakak join !!

    ReplyDelete
  25. Jom jom berwefie raya. Boleh menang hadiah lagi. Sihat dan cantik dengan jUs hidayah gold. Moga dapat menang gold. Aamin

    ReplyDelete
    Replies
    1. Amiin. Insha Allah. Semoga dipermudahkan segalanya 😉

      Delete
  26. Jom kita berwefie sesama nak tak hahahahaaaa semata mata nak menang gold bar gitu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe... Jom, murah rezeki menang hadiah 😉😉

      Delete
  27. Wefie pon boleh dapat RM10K? Menarik nih

    ReplyDelete
  28. join cepat zumal mana tau rezeki dpt gold bar tuuuu

    ReplyDelete
  29. Replies
    1. Ye betul tu. Zumal memang recommended 😉

      Delete
  30. Nak menang kenalah usaha lebih kan.. ;)

    ReplyDelete
  31. Syarat senang,hadiah lumayan,best2

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye, syarat cukup mudah. Jom kita join 😉😉

      Delete
  32. beruntung sapa yang menang, kena dapatkan juga ni jus hidayah . mana tau rezeki last minit. bagus ni kalau amalkan badan pun sihat

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu Zira, jangan lupa dapatkan yer...

      Delete
  33. hadiah dia menarik.. gud luck sapa2 yang join tu =)

    ReplyDelete
  34. masih ada masa lagi nak join ni...mane tahun penyertaan pd saat2 akhir dpt plak menang gold bar

    ReplyDelete
  35. Mudah betul nak join. Wefie je boleh menang 20g gold bar. Sape nak bagi kan. Sempat lagi join nie. Nak join lah !

    ReplyDelete
  36. Fuhh hadiah lumayan jugak tuu.. wefie jer pun blh menangg hii

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu hadiahnya sangat lumayan. Rugi kalau tak cuba 😉

      Delete
  37. hadiahnya lumayan sgt! untung-untung boleh menang.. :)
    wefie je kan.. senangnya lahai.. hihi

    ReplyDelete
  38. menarik juga nie..

    sebab bahan ramuannya adalah makannan sunnah..

    berbaloi untuk diamalkan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu, bagus untuk dijadikan amalan pemakanan kita

      Delete
    2. moga kita semua dapat manfaatnya nanti.

      Delete
  39. tahniah zumal!

    http://aniesandyou.blogspot.com/2018/07/terima-kasih-penghargaan-untuk-suku_2.html

    ReplyDelete
  40. Menarik hadiah dia.. Cuba lah zumal

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts