KERANA BISIKAN

Image result for devil
Credit Google Image

Assalamualaikum dan salam sehati sejiwa buat semua. Sejak kebelakangan ni zumal telah menerima pelbagai masalah kesihatan yang amat berat pada zumal. Sebenarnya zumal sendiri yang meletakkan diri ke dalam masalah itu.

Memang sedikit stress bila ada pelbagai masalah keluarga, kesihatan dan kewangan. Tapi zumal tidak pilih jalan untuk keluar dari masalah itu bahkan menjerumuskan diri lebih jauh bermasalah.

Seperti semua tahu, sebelum ini zumal ada masalah saraf yang buat zumal sentiasa kena pergi fisio di hospital. Mungkin juga penyakit tu zumal yang buat sendiri. Tapi sejak makin banyak berfikir pasal itu dan ini, nak kena bayar itu dan ini tapi income pula tak banyak, zumal terjebak dalam gejala rokok. Semua berlaku lepas beberapa hari beraya. Lebih spesifik lepas adik ipar pulang semula ke Klang dan tinggal zumal, adik kedua dan anak saudara zumal di rumah. Sanggup tak makan tapi zumal memang kurang makan, beli rokok. Sekotak ada 20 batang, yang seludup murah jer, RM 5.00. Sehingga awal minggu lepas zumal berjaya bakar duit sebanyak RM20.00, 4 kotak rokok. Hisap 79 batang.

Kalau korang nak tau, minggu lepas zumal rasa macam dah tak dapat teruskan hidup. Sakit dada, semput semua serang. Bernafas pun dah tak boleh. Jumaat minggu lepas masa kat masjid zumal dah bayangkan adakah itu solat terakhir dan tempat terakhir zumal berhenti. Rasa dah tak mampu buat apa, mata pun kabur. Lepas jemaah beransur pulang zumal rehat panjang di masjid tu. Alhamdulillah, zumal boleh kembali melangkah ke parking untuk dapatkan kereta balik ke kedai semula. Syukur sangat. Minggu tu juga zumal demam teruk dan awal minggu ini pun zumal demam juga. Padan muka kan!

Image may contain: 2 people, people standing
Masa zumal di Klinik Kesihatan Kangar
Kalau tak silap hari Rabu lalu zumal ke Klinik Kesihatan Kangar untuk ambil inhaler baru. Tapi zumal tak dibenarkan buat demikian sebab misi kata dah lama tak datang periksa jadi zumal kena jumpa doktor semula. Alhamdulillah juga bila jumpa doktor, doktor dapat kesan yang paru-paru zumal dah teruk. Itulah bahana rokok. Tension tu lebih baik isi jiwa dengan ilmu kerohanian dari terpedaya dengan bisikan syaitan. Hari tu dua kali zumal ambil nebulizer treatment tapi kondisi paru-paru tetap sama. Doktor cakap dah ada bunyi kuat. Hmmm zumal perasan bunyi tu masa bernafas. Hari ni Jumaat yang cukup indah, bunyi tu pun dah hilang. 

Zumal ni dari dulu doktor nasihat jangan bela kucing atau makhluk berbulu lain dalam rumah sebab alahan tu memang ada dari kecik lagi. Sekarang cik adik bawak kucing, redha je la. Sekarang dah berkongsi rumah dengan adik, harap dia jaga la rumah tu elok-elok dan dibersihkan selalu. Zumal memang malas nak tegur apa-apa. Dah malas nak bagi orang lain terasa hati ke apa-apa ke. Sabar je la apa yang berlaku pun. Zumal selalu teringat status sorang kawan Bukan Kesabaran Jika Ada Hadnya

Lepas maghrib nanti ayah, mama, adik ipar akan pulang berhujung minggu kat rumah. Boleh la lepas rindu. Minggu seterusnya zumal rasa nak membawa diri sekejap untuk tenangkan fikiran ni. Banyak lagi benda yang masih berputar di fikiran ni yang boleh buat stress tu kembali.

Apa pun, semoga dipermudahkan setiap urusan hidup zumal ni dan semua yang membaca entri zumal ni. Ingatlah jangan mudah terpengaruh dengan bisikan syaitan. Jangan meletakkan diri di dalam lembah yang hina. Wassalam...

Comments

  1. semoga zumal cepat sembuh... selalu banyak dio yg always thinks positive k...

    ReplyDelete
  2. manusia kekadang tak perasan apa yg dibuatnya tu kekadang mengganggu org len..so bolh nasihat leklok..klo diam..smpai sudah die tak tahu..or pura pura tak tahu..haha..hidup kekadang kne jd firm..

    ReplyDelete
  3. Sayangkan diri elakan alahan yg mnyusahkn moga zumal lbh sht n brjaya harungi hidup dgn tabah

    ReplyDelete
  4. Kita sbg manusia mmg tak lari dari dugaan dan setiap kita juga pasti ada kelemahan dan juga keistimewaan. Semoga Allah kurniakan ketabahan, segala urusan Zumal dipermudahkan dan diberi kesembuhan segera.. aamiin.

    ReplyDelete
  5. be strong zumal..
    kekdg byk masalah mmg kita jadi mcm terpesong sikit..
    alhmdulillah zumal sempat sedar tu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah, walaupun cepat tapi dah terima kesannya...

      Delete
  6. p/s hadiah da pos. gn pos biasa (flexi)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih Anies, nanti ada rezeki zumal balas yer

      Delete
  7. Sayang lah diri sendiri. Tolong jangan merokok lagi. Pasal alergy bulu kucing tu cakap je terus terang.

    ReplyDelete
  8. moga pulih sepenuhnya la. teruk juga kondisi paru2 tu.

    ReplyDelete
  9. semoga terus diberikan kekuatan olehNya.. amiin..

    ReplyDelete
  10. Semoga terus kuat Zumal. Jaga kesihatan yer...

    ReplyDelete
  11. Semoga Zumal kuat, mungkin sekali sekala boleh berjalan-jalan tepi pantai ambil angin untuk tenangkan fikiran. Semoga sentiasa kuat ye Zumal!

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts