KISAH KASUT BOLA

KISAH KASUT BOLA





Assalamualaikum dan salam sehati sejiwa semua. Kali ni zumal nak kongsi kisah throwback masa zaman sekolah dulu. Zumal masa kat sekolah memang tak aktif sukan. Dapat perlepasan sebab semput. Ye, zumal memang semput sejak dulu tapi jadi pengguna inhaler tu baru dalam 2 tahun ni.

Zumal kalau aktiviti rumah sukan yang sikit-sikit tu memang join juga. Cuma pendidikan jasmani selalu dikecualikan. Faktor utama kawan-kawan suka main bola, zumal yang penat nak lari kejar bola ni memang depa tak pilih join pasukan depa. Zumal cuma join senaman ringan jer. Bila dah biasa dikecualikan, kita pun tak pandai la main sampai ke tua bangka ni.

Nak dijadikan cerita masa darjah enam, cikgu kata hang boleh cuba main rugbi. Cikgu kata kesihatan tu macam dah ok. Zumal pun try je la. Zumal berlatih rugbi hampir tetiap petang tau. Lepas habis UPSR, zumal makin aktif main rugbi. Seronok juga main rugbi. Kat sekolah rendah, kasut bola semua sekolah sediakan. 

Event paling penting zumal join adalah perlawanan rugbi peringkat negeri. Zumal main di bangku simpanan jer tapi tetap dapat beraksi masa perlawanan tu. Itulah perlawanan rugbi terbesar zumal join. Paling best pasukan kami juga juara tau.

Tahun 1997, zumal dah masuk sekolah menengah. Suatu masa tu adalah pendaftaran dibuka untuk join kelab dan persatuan. Zumal macam biasa join pengakap sekolah dari sekolah rendah. Tapi kelab sukan zumal daftar kelab rugbi.

Suatu petang tu ada perjumpaan pertama kelab rugbi sekolah zumal. Masa tu coach terangkan itu ini. Perlantikan AJK dan diberitahu keperluan apa yang perlu dibeli. Rupanya masa masuk sekolah menengah kasut bola tak disediakan. Baju jersey pun kena bayar duit. Zumal balik rumah beritahu arwah tok wan benda yang kena beli. Tok wan diam ja, hujung minggu kami cari kasut. Disebabkan masa tu kat Kangar ada 2 buah kedai kasut ja. Semuanya mahal, jadi tok wan tak mampu beli. Jadi... Zumal pun terpaksa lupakan untuk menjadi ahli kelab rugbi tu.

Itulah kisah zumal hanya kerana kasut bola... Terima kasih kerana sudi membaca.

Comments

  1. Ada hikmahnya juga Zumal..biasa di sekolah menengah memang kena sediakan sendiri..raket..kadang kayu hoki pun kena beli sendiri..hiksss.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Zumal ada riket sejak sekolah rendah, arwah tokwan hadiahkan tapi tak pandai main badminton. Main kat rumah je la. Beli tahun 1995 sekarang masih ada bagi adik angkat pakai....

      Delete
  2. kesiannya impian terpaksa dilepaskan sebab tak ada duit nak beli :(

    ReplyDelete
  3. ada hikmahnya..yang penting minatdah ada de kecik

    ReplyDelete
  4. ada hikmahnya Zumal tak join ragbi..Ragbi ni antara sukan yang sangat ganas..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe tahu tu ganas, pernah tergolek juga main masa sekolah rendah...

      Delete
  5. ms tu sepasang ada dlm rm200?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak sampai la rm200 tapi arwah pesara tak ada bajet untuk tu... Maybe dalam RM80 lebih paling murah... Apa pun harga dekat perlis ni segala mak nenek mahal...

      Delete
  6. Sekarang pun macam-macam nak kena sediakan kalau anak-anak aktif di sekolah menengah. Tak beri macam tak support pulak tapi biasanya akak beli mana yang betul-betul perlu...ada juga yang terpaksa dilepaskan....

    ReplyDelete
  7. ahahhahaha kasihan nya, tidak mengapa, takde rezeki

    ReplyDelete
    Replies
    1. Takpe la barang yang lepas usah dikenang kan

      Delete
  8. alahai kesiannya Zumal..

    apapun itulah secebis memori yang sukar untuk kita lupakan ketika dewasa ini..

    tak sangka zumal pernah main ragbi...

    satu sukan yang agresif dan perlu stamina yang tinggi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yer walaupun debab tapi aktif juga. Hehehe...

      Delete
  9. huh cantik kasut.. sama la kita dulu tak mampu dibelikan kasut bola.. main bola pakai selipar jepun je.. budak kampung main bola kaki ayam pon ada.. relax dan seronok je diorang main bola pakai selipar jepun ngan kaki ayam.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aah zumal main bola kaki ayam je atau pun pakai kasut sekolah yang lama

      Delete
  10. Tu semua 1 memori. Good or bad, simpan memori tersebut baik-baik :)

    ReplyDelete
  11. Dulu nilai duit mahal.. mampu tengok jelah

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts