KISAH RAYA ZUMAL

Assalamualaikum dan salam sehati sejiwa buat semua. Walaupun Syawal akan melabuhkan tirai pada Jumaat ini tapi masih ada open house sempena Hari Raya Aidilfitri dijalankan. Rayakan sebulan. 

Hari ni dah pun 27 Syawal 1439, disebabkan raya tu sebulan jadi hari ni barulah sempat zumal nak kongsikan kisah raya zumal. Sebenarnya hari lain pun ada masa tapi disebabkan mood zumal tenggelam di lautan pasifik jadi zumal biarkan je la kisah-kisah zumal turut hanyut dibawa arus laut yang deras. 

Pada malam raya, adik kedua zumal beserta suami, anak dan kucingnya tiba dari Klang, Selangor. Bukan sekadar pulang beraya tapi terus pindah untuk jadi orang Perlis. First time tetamu datang raya dengan lori dengan barang-barang sama. Malam tu kami berangkut la barang-barang adik dari lori.


Gambar kat atas tu sebelum pergi solat Jumaat. Bukan selalu dapat selfie dengan lori. Hahahaha. Petang raya tu kami beraya di rumah Pak Lang dan Mak Lang yang hanya seberang jalan jer dari taman perumahan zumal. Kalau dekat rumah dorang, kalau anak-anak dorang tak ada zumal pun kena masuk dapur sebab rumah dorang selalu ramai tetamu, maklumlah dorang berdua pesara guru. Mak Lang pun tak menang tangan nak siapkan hidangan untuk para tetamu. Seperti setiap tahun rumah Pak Lang dan Mak Lang menjadi pot paling sedap nak makan laksa. Mak Lang zumal pandai buat laksa. 

Di rumah Pak Lang ni sampai senja juga la sebab mulanya nak pergi rumah Pak Andak tapi dorang balik Terengganu. Jadi raya pertama hanya satu rumah jer zumal dan adik pergi.

Raya kedua kami bertolak ke Jitra untuk ke rumah Pak Long dan Mak Long. Kami berempat pergi beraya naik lori tau. Itulah pengalaman pertama pergi beraya naik lori. Hahaha...


Jalan nak pergi Jitra ni walaupun dah luas tapi tetap jem bukan kerana ramai pengguna di jalan raya tapi sebab traffic light di beberapa simpang tu terlalu singkat masanya. Selalu dua buah kereta je sempat lepas bila hijau. Kekadang ada kereta yang terlalu romantik bawak tu hanya lepas kereta dia je la. Kekadang zumal pun nak bertukar hijau. 


Malang nasib kami, sampai jer rumah Pak Long tak ada orang. Adik kata orang takut nak buka pintu sebab datang beraya dengan lori. Sebenarnya Pak Long balik kampung di Kulim. Jadi kami pun balik la ke Perlis.

Pukul 8.00 malam dah sampai dekat sekitar rumah tapi dorang nak singgah kedai mamak untuk minum-minum. Kalau balik pun letih, confirm tak larat masak. Jadi kita beraya dengan mamak aje.



Lepas balik dari kedai mamak di Taman Simpang Tiga tu adik ipar ajak pergi tengok bola pula. Maklum la raya kali ni bersama musim world cup. Kami pergi kedai mamak lain pulak.




Walaupun baru raya kedua tapi kedai mamak tu full tau. Pakat beraya kat kedai mamak belaka. Tapi zumal ni tak minat bola pun. Saja teman Mansur ni. Tapi dia tak la fokus sangat tengok bola tu, lebih kepada mobile legend jer. Adoi...

Raya ketiga zumal dah mula curi-curi masa datang lepak di kedai. Rindu dekat kedai zumal tu. Jadi raya ketiga tak ke mana-mana la.

Pagi raya keempat adik bongsu zumal tiba dari Klang. Raya pertama hingga kedua mereka beraya di kampung kami di Muar bersama ayah dan mama. Makin ramai la rumah zumal. Rasa meriah sikit dengar sakat menyakat adik bongsu dengan anak buah dia. 

Petang tu kami ke rumah Pak Lang lagi, maklum la zumal kan pemandu raya. Hahaha. Pak Lang dan Mak Lang tak kisah pun pergi rumah selalu. 

Hari raya kelima kami beraya di rumak Pak Andak, dorang baru sampai ke Perlis malam sebelum tu. Langkah kanan kami beraya ke sana, Mak Andak buat mee kari hari tu. Tapi sebenarnya zumal fokus nak makan laksam sebab mak andak pandai buat laksam. 

Lepas selesai di rumah Pak Andak kami singgah Kampung Repoh di rumah lama Zumal. Rumah tu tempat Zumal membesar, sekarang dah bertukar tuan tapi rumah terbiar usang. Sempat juga kami beraya bersama pak cik Ibrahim, jiran rumah lama kami. 


Sepatutnya kami bergambar 6 orang tapi disebabkan mood anak menakan tak ok jadi adik ipar kena pujuk la anaknya tu. Masa ni adik ipar dah nak balik ke Klang. Itu la anak menakan menangis meraung nak ikut abahnya. Abahnya tak nak pula jadi orang Perlis. Hmmm terpulang la buat korang yer.

Hari raya ketujuh, zumal plan nak ke Jitra lagi sekali. Kebetulan Pak Long dah balik beraya dari Kulim. Dalam perjalanan ke Jitra tu, isteri adik bongsu zumal borong jagung. Dia ni tak boleh tengok orang jual jagung confirm dia beli. Dua longgok dorang beli jagung. 


Gambar bersama Pak Long, masa kami sampai sana Mak Long keluar beraya dengan anak-anaknya. Jadi kami beraya dengan Pak Long aje la...

Kisah-kisah beraya pun tamat...

Comments

  1. Selamat Hari Raya zumal :) Bila zumal up pasal cerita raya, rasa nak up juga la entry
    raya..hehehe

    ReplyDelete
  2. pengalaman manis yg tidak akan pernah dilupakan.. lagi2 masa bahagia bersama keluarga :)

    ReplyDelete
  3. Walaupun Syawal dah nak habis tapi nak ucap juga.. Selamat Hari Raya Zumal..

    ReplyDelete
  4. Jemput singgah entry terkini ejulz :
    http://ejulz.blogspot.com/2018/07/misha-omar-sampai-bila-ost-jangan-benci.html
    http://ejulz.blogspot.com/2018/07/aktiviti-badminton-7-julai-2018.html
    http://ejulz.blogspot.com/2018/07/mari-belajar-bahasa-sarawak-part-16.html

    Jemput join segmen ejulz jika belum join :)
    https://ejulz.blogspot.com/2018/07/segmen-tambah-duit-dengan-kerja-partime_1.html

    ReplyDelete
  5. meriahla umah zumal skarang..:)

    ReplyDelete
  6. Pergi raya naik lori,hebat pengalaman ni :)

    ReplyDelete
  7. Meriah juga zumal beraya ye. OOTD baju jakel ke tu. Hehe.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye Ana, Raya kedua pakai baju Jakel, ada dalam entri pukul 8.00 pagi esok...

      Delete
  8. beraya sakan noo..kite raya ke 5 da masuk kerja haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Zumal ni raya ketiga pun dah masuk kedai tau... dorang jalan petang je, pagi zumal berniaga juga

      Delete
  9. selamat hari raya Zumal.
    lama aida tunggu entry raya Zumal :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yeke Aida, Selamat Hari Raya Aidilfitri juga

      Delete
  10. dah mcm raya kat KL. mamak jg jg port time raya ;-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu, raya tahun ni banyak kat mamak je lagi pun zumal tak memasak macam tahun-tahun lepas

      Delete
  11. syok beraya ni klau g berkunjung umah mak pak sedara ni..
    pak long zumal org kulim dok mana tu? mna tau dekat2 je ngn umah timm, hihi..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sebenarnya mak long yang asal sana, zumal tak tau spesifik tempatnya. Tapi mak long pun dua pupu dengan pak long. Arwah tok asal sana juga...

      Delete
  12. Wah! rare tu pergi beraya naik lori.
    Sekejap aje dah sebulan kan tapi tulah kisah raya Mrs. A belum habis blogkan lagi huhuhu...

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts