PASEMBOQ

PASEMBOR

SEBELUM

SELEPAS
Assalamulaikum dan salam sehati sejiwa semua. Pernah makan pasemboq? Pasemboq ataupun pasembur ni sangat glamour kat utara Malaysia. Selalunya mudah ditemui di kedai mamak atau pasar pagi atau nat. 

Zumal suka sangat pasemboq ni sejak kecil lagi. Dulu arwah tok suka buat pasemboq. Kalau buat sendiri macam-macam rencah atau bahan yang boleh kita masukkan bersama. Antara bahan yang ada dalam pasemboq ni ialah sengkuang, timun, tauge, cucur udang atau ketam, telur rebus, isi daging, kadang-kadang campur bihun. Kuahnya ala-ala kuah rojak tapi sikit cair. Fuh kalau zumal makan confirm tak tengok kiri kanan dah.

Kalau beli di pasar pagi atau nat harga dalam lingkungan RM2.50 hingga RM3.00 tapi kalau kedai mamak, harganya menjangkau RM4.00 hingga RM5.00. Kenapa berbeza? Pertamanya saiz hidangan kedai mamak ni lebih besar portionnya dan keduanya bahan yang ada lagi best dan terangkat.

Di Perlis ni kalau nak makan pasemboq sedap kena cuba di Restoran Abdul Alim yang terletak di belakang Bangunan KWSP Jalan Bukit Lagi. Hampa semua boleh rujuk peta kat bawah ni...


Comments

  1. sedapnya menjejes ayaq lioq :)

    ReplyDelete
  2. teringin juga nak makan pesembur ini..

    rupa macam rojak je..

    yang penting sedap

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang kalau bukan utara dorang sebut rojak tapi kalau kami kat utara rojak tu buah-buahan jer

      Delete
  3. enak bangget ni, kuncur lidah tengok pasembor ni

    ReplyDelete
  4. Tak pernah cuba pun walaupun pernah belajar dekat Penang hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Zumal pun tak pernah buat sendiri walaupun dulu selalu buat dengan arwah tok

      Delete
  5. teringin pula nak makan pasemboq tiba tiba. nyum nyum. saya kalau makan pasemboq tu suka sangat dengan kuih dia atau cucur udang tu. perghhh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu kalau sedap cucur udang dia, sedap la pasemboqnya...

      Delete
  6. aih... sedap la... akak slu p kangar... nk kena p cari ni

    ReplyDelete
  7. dah lama tak makan sebab jarang ada dekat subang ni. Kalau ada pun tak power sangat

    ReplyDelete
  8. Selalu lepas gian makan pasemboq kalau pegi Penang. Best.

    ReplyDelete
  9. mcm ni rupanya pasemboq.. selalu dgr je.. mesti sedap ni :)

    ReplyDelete
  10. lama betul x mkn pasembor ni... sy x jumpa lagi kuah pasembor yg betul2 sedap wpn dah mkn kt penang

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts