BEG SEKOLAH


Assalamualaikum dan salam sehati sejiwa semua. Hari ni zumal muncul lewat sikit. Mungkin beberapa hari nanti entri pun tak ada sebab zumal kehabisan idea, data internet dan keserabutan melampau. Hahaha tak ada laa...

Hari ni zumal nak cerita tentang beg sekolah. Bukan kisah beg sekolah berat yang dibincangkan oleh Menteri Pendidikan kita tu. Tapi kisahnya pasal beg sekolah juga. Masa zumal sekolah dulu memang beg tu berat juga, dan berat sangat la. Tapi zumal ni super power boleh je angkat berat mana pun. Disebabkan zumal skema zumal akan bawak semua buku balik rumah dan bawak ke sekolah ikut jadual. Sekolah zumal kalau sapa tinggai buku bawah meja akan dirampas terutama buku teks. Tapi masa pemulangan buku teks kita kena bayar denda lagi. Disebabkan susah memang zumal tak akan tinggai buku kat sekolah.

Kalau hampa nak tau zumal kekadang bawak lebih dari satu beg, bukan buku dah tapi dalam tu ada jajan. Bukan nak makan tapi zumal adalah supplier jajan untuk kawan-kawan sekelas dan kelas-kelas berjiran. Bila dah susah kena la cari jalan penyelesaian pula.

Selalu zumal ambil order sehari sebelum dan hanya bawak yang kawan order ja. Maklum la bawak banyak pun berat juga. Masa zaman budak-budak zumal bukan ingat nak simpan duit pun. Beli mainan walaupun dah sekolah menengah. Lebihnya duit makan dan beli aksesori basikal. Habis duit banyak dekat basikal jer sebenarnya. Tukar brek aloi, rim aloi, tayar besar, pasang lampu depan belakang la.

Kalau bab mainan tu, zumal pengumpul kereta tamiya. Masa tu tengah viral mainan tu. Sayangnya masa pindah ke rumah taman tok wan dah buang mainan tu. Kalau tak sekarang boleh buat muzium tau. Hehehe...

Itulah kisah beg sekolah zumal sewaktu zaman muda mudi dulu. La ni dah tak muda dah.Terima kasih sudi baca bebelan zumal ni. Jumpa di lain siaran...


Comments

  1. mmg berat beg sekolah... akak masa sek ren jalan kaki 1km lbh beg berat tuan kecikkk.... rebeh rasa bahu...

    ReplyDelete
  2. Zumal masih muda lagi....teruskan perjuangan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe Abg MKL, zumal dah tak rasa macam muda dah sebab sakit sana sini...

      Delete
  3. beg sekolah saya dulu pun berat. Biasalah budak skema, suka bawa buku ke hulu ke hilir. Haha

    ReplyDelete
  4. Ms sekolah menengah best, pinjam kwn sebelah je buku, harini diorg bawa 2 aku bawa 2 so sebab cikgu sama, tak mgkin masuk dua kelas dlm ms yg sama kan. Tukar2 lah 😁

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wah bijak betul awak, zumal tak pernah terfikir nak buat camtu...

      Delete
  5. fuhhhh jadi supplier jajan! Kalau kita satu sekolah kan best :P

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aah supplier jajan sebab zumal start berniaga jajan sejak darjah 6.

      Delete
  6. Aah, dulu beg sekolah memang berat sebab penuh dengan buku. Tapi zaman dulu sekolah best, mcm2 game ada, tamiya, tamaguchi. Enjoy sekolah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu Nurul, teringat zaman sekolah dulu

      Delete
  7. masa sekolah rendah ja beg sha berat. masuk menengah buku share share sebab duk asrama kan. masuk form6 buku semua kat kelas sbb tak share kelas, bawak balik buku ada hw je hahaha

    ReplyDelete
  8. sama laa kite zumal. bw beg berat nk patah bahu. beg cuma ringan time exam je😆😆

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehehe sama la kan time exam bawa alat tulis dan nota untuk baca sebelum exam jer

      Delete
  9. Samalah kita tapii masa ting.5 kita dah pandai hehe sama2 kongsi bawa buku teks subjek yang sama dengan bff kelas sebelah. Siapa mula kelas dulu dia guna dulu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Owh pandainya, zumal tak terfikir pun camtu. hehehe...

      Delete

Post a Comment

Popular Posts