MAKAN-MAKAN CUMA RM1.90 DI MAULANA CAFE

Dari kiri DBoy, Zumal dan Asyraf

Assalamualaikum dan salam sayang semua. Ubah sikit ucapan ni boleh kan? Ok la stok cerita rakan-rakan blogger dari KL datang ke Perlis belum habis tau. Kalau terlepas cerita tu boleh la baca SINI dan SINI. Disebabkan esok cuti merdeka pasti ada yang bakal memburu makanan. Jadi malam ni Zumal nak share ada cafe baru yang wajib hampa terjah kat Perlis ni. Cafe yang zumal maksudkan tu adalah MAULANA CAFE.

MAULANA CAFE

Sejujurnya Zumal selaku penduduk negeri Perlis sendiri tak tahu pun kewujudan cafe yang ohsem ni di Perlis. Alhamdulillah la ada geng Perlis Nature & Wildlife memperkenalkan Maulana Cafe kepada kami semua. Kalau hampa nak tau masa kami terjah Maulana Cafe ni dah hampir jam 10.00 malam dah. Itu pun setelah perut dah berisi kat hotel. Maulana Cafe ni tengok dari luar pun dah tergoda sebab binaannya dari kayu yang sangat cantik lepas tu tiga tingkat pulak tau. Masa kami sampai tingkat ketiga cafe ni baru seminggu dibuka kepada pengunjung tau.




Mesti hampa semua nak tau apa tarikan utama Maulana Cafe ni kan? Dah tentu la menunya? Pasai apa? Pasai menu kat Maulana Cafe ni cuma serendah RM1.90 jer. Tak percaya! Mai cheq tunjuk menunya kat hampa naa...



Tak dinafikan ada menu lain yang harga lebih dari RM 1.90 tapi ianya tetap murah pada zumal kerana rasa dan portion makanannya tu berbaloi dengan wang hampa. Hampa makan satu menu pun boleh berlahak dah tau. Portion tu tak la kecil sangat kecuali kepak ayam nampak comel sikit. Tapi tempat lain harga lebih lagi tau.

Rakan blogger yang turut serta dari kiri ofkos la Zumal, DBoy, Marou, Asyraf dan AM

Malam tu kami menjamu selera di roof top cafe sambil di terangi bulan bintang yer. Jom tengok menu apa yang kami order kat Maulana Cafe ni

Mee Rebus
Mee Rebus kat Maulana Cafe ni antara menu yang berharga RM 1.90, rasa dia memang cukup serba serbi. Kuah dia pulak pekat dan likat. Zumal pulak memang minat makan Mee Rebus sejak dulu lagi. 

Kepak Ayam Berempah

Kepak Ayam Berempah ni comel sikit macam zumal nyatakan kat atas tadi tapi berbaloi la dengan harganya tapi rasa tu memang ohsem dan sangat sedap gitu. Al maklum la ayam goreng berempah bukan ayam goreng tepung tau.

Pizza Hot Pocket Mini

Pizza Hot Pocket Mini ni harganya RM5.00, tapi walaupun namanya mini kami boleh kongsi berlima tau. Kalau biasa tempat lain RM5 mungkin untuk personal pizza yang cukup untuk sorang makan tapi portion pizza ni boleh tahan puas makan la. Rasa pun not bad la...

Chicken Grill
Chicken Grill ni kami tak tau sapa yang order. Sampai kat meja kami try la. Hahaha. Rasa boleh tahan sedapnya. Portion dia besar juga berbaloi untuk harga RM5.00

Antara menu lainnya hampa boleh skodeng kat instagram dan facebook Maulana Cafe, rupanya ada yang lupa zumal ambil gambar iaitu ayaq. Tapi ayaq semua kenai dah. Ayaq dia gelas besaq juga, memang lega tekak hampa minum segelas tu.

Chicken Chop dan Meatball
Untuk pengetahuan hampa Maulana Cafe ni dibuka jam 4.00 petang hingga 11.30 malam yer setiap hari kecuali hari Ahad. Elok pi awai-awai sebab Maulana Cafe ni selalu ramai orang.

Alamat:
Maulana Cafe
460, Jalan Baru,
Kg Sri Medan, Utan Aji
01000 Kangar, Perlis

Tel:
 017-478 2285 (Maulana Al-Fin)
013-520 8874 (Maulana Al-Ikraam)




Salam Merdeka dan selamat menjamu selera yer... Sekalung penghargaan dan terima kasih Zumal kepada AcikDboyEddyAlong MurniMarouAsyraf , Kak Min , Encik Pink serta krew Borakkita dan Perlis Nature and Wildlife ajak Zumal turut serta dalam sesi food review ini. Terima kasih juga kepada Maulana Cafe jemput kami hari tu. Boleh baca second round Zumal terjah Maulana Cafe di SINI.

Comments

  1. Murahnya.. nampak pun menyelerakan. Mmg teringin nak singgah ni klu ke perlis.. best2 :)

    ReplyDelete
  2. Murahnya..tengok je dah menyelerakan. Alahaiii teringin mee rebus tu la. Sedapnya kalau dapat

    ReplyDelete
  3. Asalam Zul. Banggalah dengan keamanan dan nikmat hari ini. Makanan yang kita ada yang kita rasai adalah antara nikmat negara kita merdeka hasil kebijakan minda pemimpin masa lalu..Sayangi Malaysiaku

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam. Betul tu cikgu, kita patutu bersyukur menjadi rakyat Malaysia

      Delete
  4. Zul terima kasih ya masih linkkan blog Etuza

    ReplyDelete
  5. kalau pi perlis memang akan singgah di cafe ini...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau datang Perlis contact la zumal yer...

      Delete
  6. menarik menu dan dekorasi kedainya..balik kedah ada masa bolehlah singgah

    cntik nama menu dan pic tu
    pakai app apa zumal 🙊

    ReplyDelete
  7. Kalau cafe Maulana ni dekat dengan rumah hari hari pun tak payah masak.

    ReplyDelete
  8. suka blog zumal ni yg explore makanan di negeri perlis. in sha Allah kalau dah sampai sana boleh la jjcm yg zumal rekomen.

    ReplyDelete
  9. Sagu gula melaka yang best tu...

    ReplyDelete
  10. Bestnya ! Kalau dekat CN dah pergi ! menggoda betul menunya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hmmmm betul tu CN, ni pun rasa nak pergi lagi

      Delete
  11. Wah... Menggoda betul menunya. Dahla murah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Datang Perlis dan jangan lupa singgah sini yer

      Delete
  12. murah tu kat mn lokasi tak tahu pun hihi

    ReplyDelete
  13. mmg sgt2 murah... agak2 lps SST ni akan kekal murah ke... or naik harga? ;-)

    ReplyDelete
  14. terbaek.. kalau dekat sini mmg pagi ptg siang mlm ejulz mkn kat sana je. haha

    ReplyDelete
  15. Murahnya harga, kalau kat sini sama macam kedai Eat and Repeat tapi portion makanan kecik je la..

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts