MENU BARU DI SAMUDERA BISTRO HOTEL PUTRA BRASMANA KUALA PERLIS

SAMUDERA BISTRO

MENU BARU DI SAMUDERA BISTRO HOTEL PUTRA BRASMANA KUALA PERLIS


Assalamualaikum dan salam sehati sejiwa semua. Selamat berhujung minggu dan selamat bercuti kepada semua. Zumal tak cuti pun hari ni, pertama kali masuk nat untuk hari Sabtu. Seperti yang Zumal ceritakan sebelum ni, Zumal berjumpa kawan-kawan blogger dari KL pada hari Ahad lepas (SINI) Entri kali ni adalah seperti yang Zumal janji tu. Jumpa kawan-kawan bukan sekadar borak kosong tapi ada tugas perlu dilaksanakan. Malam tersebut Samudera Bistro jemput untuk sesi food tester menu baru mereka. Terima kasih kepada Samudera Bistro, Team Borakkita, PNW, Acik dan kawan-kawan yang ajak Zumal join sama.
Khusyuk betoi kawan-kawan duk tangkap gambar makanan tu yer

Samudera Bistro adalah cafe yang terletak di dalam Hotel Putra Brasmana, Kuala Perlis. Hotel ni adalah hotel terbesar la di Kuala Perlis dan paling glamour di kalangan penduduk negeri Perlis dan pelancong kerana ia sangat hampir dengan Jeti Kuala Perlis, iaitu jeti yang menjadi pilihan pelancong untuk ke Langkawi. Selain dari itu, Hotel Putra Brasmana ini juga teletak berhampiran pot penggemar seafood kerana dihadapan hotel ini banyak kedai makan yang fokus mereka adalah makanan laut selain menu-menu lain.

Pasti ramai yang tau yang Hotel Putra Brasmana ni ada cafe yang menghidangkan pelbagai menu hebat dan sedap. Hampa jangan la risau walaupun menu dari hotel tetapi harganya cukup murah berbanding hotel-hotel terkemuka lain. Tak salah zumal katakan citarasa hotel pada harga restaurant jer. 

Antara menu baru yang ingin diperkenalkan Samudera Bistro kepada hampa semua terdiri daripada Mee Ketam, Nasi Ayam, Cucuq Udang, Sizzling Mee dan beberapa menu minuman terbaru.

MEE KETAM

Mee Ketam adalah menu utama yang hendak dikenal kepada semua. Kalau tengok pada gambar tu, ketamnya sangat besar tau. Jangan risau meenya juga banyak. Kuah tu kalau orang Perlis sebut mee kuah la, rasa lebih kurang mee bandung tapi lebih marvelous tau bila dah bergabung dengan encik ketam besar tu. Kuah mee pun pekat dan baunya hmmm sangat sedap...

SIZZLING MEE

Sizzling Mee antara menu baru yang diperkenalkan di Samudera Bistro ni. Tak dinafikan sizzling mee adalah fevret Zumal jadi jangan marah kalau kita cerita pasal sizzling mee ni lebih sikit. Kalau hampa nak makan sizzling mee kat sini jangan hirup kuah dulu nanti korang tak rasa nikmat tersembunyinya. Nak lebih rasa umph tu jangan abaikan cendawan, cili dan telur tu. Bila bercampur serentak semua masuk ke dalam mulut, memang akan ada rasa macam letup-letup berapi kat dalam mulut hampa. Isi ayam yang ada dalam hidangan ini juga lembut sangat. Portion menu di Samudera Bistro ni memang besaq ceq ooi. Kalau kaki makan tu memang kenyang la. Rasanya orang yang tangki kecik boleh share dua orang ni.

NASI AYAM

Nasi Ayam Samudera Bistro ni nasinya sahaja pun dah sedap. Ayam untuk nasi ayam ni garing di luar dan lembut di dalam. Tapi rasa dia tak macam ayam goreng biasa tu. Apa yang pasti ianya sedap tambah pula bila dicicah bersama sos sambal dan kicap lagi marvelous rasanya. Ayamnya pun banyak bersama portion nasi tu yang cukup mengenyangkan.

CUCUR UDANG

Menu yang ringan sikit adalah cucur udang. Orang Perlis sebut cucoq tau. Cucur udang ni kalau tak best kuah dia memang tak best la. Tapi kuah cucur udang ni memang sedap dengan pekatnya memang umphhh la. Cucur udang cukup rangup dan dipenuhi udang dan sangat sedap la...


Tudia tengok ayaq kat atas ni memang meleleh ayaq liuq la. Zumal try yang depan sekali tu je. Walaupun warna macam tembikai tapi kandungannya bukan sekadar tembikai tapi dicampur bersama lemon dan bahan lain yang sangat menyegarkan tau. Fuh terkenang kembali ayaq depa tapi sorry la nama dia ceq lupa. 

Ok la itu saja yang dapat zumal kongsikan. Bagi hampa yang dari luar Perlis zumal kongsikan la map untuk membantu hampa cari lokasinya yer


Untuk gambar ni Zumal pinjam dari Acik, Dboy, Eddy, Along Murni, Marou, Asyraf , Kak Min , Hakmal serta krew Borakkita dan Perlis Nature and Wildlife. Terima kasih kepada Samudera Bistro untuk sesi food tester hari tu.

Comments

  1. sebebanrnya saya tak pernah sampai eprlis hehe

    ReplyDelete
  2. Sizzling mee sgt mgoda, mee ketam pun nampak sedap.airnya... wah nak! Nak! Lebih2 time panas2 ni

    ReplyDelete
  3. Dengan kuali dihidang memang satu kelainan juga. Terkejut akak tengok.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kecik je kuali tu, ini second time zumal jumpa hidangan dalam kuali

      Delete
  4. sedap betul mee ketam tu.

    begitu juga dengan air

    kalau pergi perlis ni mesti singgah

    ReplyDelete
  5. Usually, I never comment on blogs but your article is so convincing that I never stop myself to say something about it. You’re doing a great job Man. Best article I have ever read

    Keep it up!

    ReplyDelete
  6. Sedapnya dah lama tak makan sizzling mee ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hmmmm zumal pun dah lama tak makan sekali jumpa menu tu memang suka sangat la

      Delete
    2. Ye banyak menu lain yang best kat sini

      Delete
  7. untung kan..

    kalau dapat merasa makanan yag sedap- sedap

    ReplyDelete
  8. bilalah nak pergilagi jalan-jalan cari makan di perlis.

    ReplyDelete
  9. Boleh take note temat ni klu ke perlis nanti. Pasti akan roger2 Zumal juga hehe :)

    ReplyDelete
  10. mee ketam yg paling menarik utk dicuba. dap nye.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu, tengok ketam pun dah teringin cuba

      Delete

Post a Comment

Popular Posts