MOVIE REVIEW : SKYSCRAPER

Assalamualaikum dan salam sehati sejiwa semua. Hari ni buat kali pertamanya Zumal nak buat sedikit review filem yang tengah letup-letup kat panggung wayang. Disebabkan ini kali pertama maybe ada banyak kekurangan dalam review ini. Walaubagaimanapun Zumal teringin nak share tentang filem ni yang pada Zumal ia wajar ditonton bagi menghargai pengorbanan seseorang. Review ini hanya berdasarkan pemahaman Zumal bukan la untuk mempopular dan mempromosi filem ini bahkan untuk kritik. Sebenarnya Zumal tergerak nak tengok filem ni sebab ramai yang puji filem Skyscraper ni. Teruja ceq nak tengok tau.

MOVIE REVIEW : SKYSCRAPER

Filem Skyscraper ini dibintangi oleh hero yang tidak asing lagi iaitu Dwayne Johnson bersama Neve Campbell, Pablo Schreiber, Noah Taylor dan ramai lagi. Filem Skyscraper ini diarahkan oleh Rawson Marshall Thurber berdurasi 102 minit. Filem ini berlatarbelakangkan bumi Hong Kong.


Permulaan cerita memaparkan Will Sawyer (Dwayne Johnson) mengetuai misi FBI dalam menyelamat tebusan dalam sebuah peperangan tetapi beliau tidak bernasib baik kerana terperangkap dalam satu insiden sehingga menyebabkan beliau kehilangan sebelah kaki.

Selepas beberapa tahun berlalu Will Sawyer telah dilantik sebagai penilai keselamatan sebuah bangunan icon pencakar langit di Hong Kong yang diberi nama The Pearl. Bangunan The Pearl ini setinggi 220 tingkat tau. 

Nasib Will Sawyer tidak begitu baik kerana telah dikhianati oleh teman baiknya sendiri. Mereka merancang untuk memusnahkan The Pearl dan memerangkap keluarganya. 

The Pearl telah diceroboh dan tingkat 96 telah terbakar akibat letupan. Tapi penghuni The Pearl dan pihak pengurusannya bagaikan tidak cemas kerana begitu yakin The Pearl tidak terbakar kerana tingkat 100 ke atas adalah anti kebakaran. Tapi kemegahan itu hanya sementara kerana sistem keselamatan The Pearl telah digodam dan kebakaran semakin merebak. 

Masa itu isteri Will Sawyer dan anak-anaknya terperangkap dalam The Pearl manakala Will Sawyer pula jadi buruan Polis Hong Kong kerana Will Sawyer yang disyaki melakukan sabotaj terhadap The Pearl kerana id beliau telah digunakan untuk akses masuk The Pearl.

Masa ni la detik paling cemas, Will Sawyer menjadi buruan manakala beliau perlu selamatkan isteri dan anak-anaknya. Bayangkan Will Sawyer yang kini menjadi orang kurang upaya melakukan misi menyelamatkan keluarganya.

Nak tau lebih lanjut kena tengok sendiri di panggung wayang berdekatan yer. Apa pun rating untuk filem ni Zumal bagi 10/10 tau. Aksi dan jalan ceritanya sangat best. Selamat menonton Skyscraper.

Comments

  1. ulasan yang baik dan percubaan yang bagus..

    saya belum lagi sempat tengok wayang..

    mungkin satu hari nanti...bisa terlaksana kot

    ReplyDelete
  2. wuyooo 10/10. saya takde masa nak tengok ni lagi tapi memang dah masuk dalam wishlist

    ReplyDelete
  3. wahhhh tinggi rating zumal, tengok trailer best jugak. Movie ni sama dengan movie korea bezanya ada bini je. Harap jalan cerita lain la.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Almaklum la zumal suka lakonan Dwayne Johnson. Hehehe...

      Delete
  4. Kalau dah 10/10 tu mesti best ceritanya.

    ReplyDelete
  5. wah review yg menarikmesti ramaiyg tertarikhendak menonton filem ni

    ReplyDelete
  6. Baca reviews Zumal ni lagilah buat Mrs. A rasa nak tengok.
    Last week time family days out Mrs. A nak tengok movie nilah tapi tulah dua orang anak dengan babah dia nak tengok Mission Impossible fallout so tak dapeklah nak nolong huhuhu....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Owh Mission Impossible zumal belum tengok...

      Delete
  7. Tak sempat tengok lagi. Macam best aje. Boleh bawak anak2 gi tengok nanti.

    ReplyDelete
  8. jujur ckp sy x suka filem2 lakonan the rock bkn sbb lakonan the rock x bgs tp jln cerita dia sama je... at the end yg kuat / hebat/ gagah perkasa / hero laa sng cite... jd penyelamat... (sbb kebanyakan the rock berlakon di bwh pengarah yg sm) ;-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehehe camtu yer. Memang la ceritanya tak masuk akal kan...

      Delete
  9. Wah kena tgk ni... i wan to see wat rock kuking in skyscraper 🤣🤣🤣

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aksi the rock la yang sangat teruja pada zumal. hihi

      Delete
  10. Wahhh menariklah zumal. Terasa macam nak tengok sekarang jugak nak-nak kita ni suka cerita aksi-aksi camni

    ReplyDelete
  11. Lama dah tak tengok movie. Kena tunggu anak-anak balik baru seronok tengok ramai-ramai

    ReplyDelete
  12. Dah tengok juga movie ni.. kecut perut, asyik lompat2 dari tempat tinggi je.. gayat haha :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan tingkat 220 pulak tu. Zumal syok tengok ja kalau ada peluang naik tempat tinggi memang zumal tolak la

      Delete
  13. sejak pasang android box ni tunggu je la server upload HD hihihi... nk ke panggung pun dah malas skang sbb nk kena angkut 3 org anak.

    ReplyDelete
  14. Wahhh zumal dah tgk. Ramai kata yg best. Kak ana tggu masuk panggung astro je lah nampaknya.

    ReplyDelete
  15. Replies
    1. Ini memang best tapi rasanya dah habis siaran di panggung. Kena cari CD nampaknya. Pastikan ori baru beli. hihi

      Delete

Post a Comment

Popular Posts