RAUDHAH : INFO ISLAMIK DI HUJUNG JARI

Assalamualaikum, salam sehati sejiwa dan salam merdeka buat semua. Umum mengetahui Malaysia adalah sebuah negara Islam bahkan telah menjadi antara negara Islam contoh di kalangan negara-negara Islam yang lain dari segi pentadbiran dan juga ekonominya. Masyarakat kini terlalu sibuk dengan pelbagai aktiviti dan kekadang terlepas pandang tentang soal agama. Untuk mengelak masyarakat kita terlalu jauh dari landasan agama kini Media Prima Digital telah memperkenalkan Raudhah App. Raudhah App adalah aplikasi bercorak Islamik yang amat diperlukan di dalam dunia serba moden ini. Aplikasi ini dapat kita install  secara percuma ke telefon pintar melalui Apple App Store dan Google Play Store. Kini maklumat penting tentang Islam hanya di hujung jari.


Laman Utama Raudhah App









Raudhah App adalah aplikasi pintar yang memudahkan masyarakat Muslim untuk mengakses program keagamaan yang popular seperti Al-Kulliyyah, Tanyalah Ustaz dan Halaqah dan banyak lagi terbitan Media Prima. Selalunya Zumal suka menonton dokumentari Islamik seperti Jejak Rasul di TV3, dengan Raudhah App ini Zumal dapat akses program Jejak Rasul dengan mudah dan kali ini Zumal tak akan terlepas lagi episod-episod Jejak Rasul. Selain itu aplikasi ini juga turut menyediakan paparan waktu solat Subuh, Dhuha, Zuhur, Asar, Maghrib dan Isyak mengikut lokasi pengguna tidak lupa juga waktu Imsak. Senanglah bila sampai bulan Ramadhan nanti ataupun untuk berpuasa sunat. Raudhah App juga mempunyai penggera azan yang membantu kita mengetahui telah masuknya waktu solat secara tepat. Selain itu, Raudhah App juga membantu kita mencari lokasi masjid berdekatan dan juga restoran halal berdekatan dengan kita.




Program Keagamaan Dalam Raudhah App


Maklumat Waktu Solat Berdasarkan Lokasi Kita
Maklumat Restoran Halal Berdekatan

Sebagai seorang Muslim, Zumal amat menyokong dan sangat memerlukan Raudhah App ini. Ini disebabkan Raudhah App adalah aplikasi yang lengkap untuk keperluan umat Islam di Malaysia. Misalnya Raudhah App ini lengkap dengan Al Quran digitalnya, panduan solat, panduan haji dan umrah. Raudhah App juga mempunyai 99 Nama Allah dan Zikir. Kalau kita dapat peluang untuk pergi menunaikan haji dan umrah, kita boleh rujuk panduan di dalam Raudhah App ini disamping menghadiri kursus-kursus haji dan umrah.

Kalau kita selalu ke masjid dan surau pasti kita pernah lihat paparan digital tentang waktu solat dan tarikh-tarikh penting Islam seperti tarikh permulaan Ramadhan, Hari Raya Aidilfitri, Hari Raya Aidiladha, Awal Muharam, Maulidur Rasul dan lain-lain lagi. Kini semua tu ada di dalam Raudhah App. Paling penting Raudhah App juga ada panduan arah kiblat yang memudahkan kita untuk mengetahui arah kiblat untuk kita menunaikan solat apabila kita pergi melancong ke tempat-tempat baru. Zumal suka panduan arah kiblat ini sebab kadang-kadang Zumal ada jalankan aktiviti-aktiviti seperti camping dan hiking, dan ia sangat membantu. Hotel pun tak semua ada arah solat, jadi aplikasi ini memang sangat berguna untuk kita.

Jika kita sebagai ibu bapa, Raudhah App ini amat berguna untuk kita berikan kepada anak-anak kita untuk belajar tentang agama misalnya panduan solat dalam Raudhah App ini lengkap disertakan dengan niat solat fardhu dan sunat selain panduan wudhuk beserta gambar-gambar cara untuk berwudhuk. Kita yang dewasa juga mesti kekadang lupa niat solat-solat sunat tertentu misalnya niat solat terawih dan hari raya kerana ianya kita lakukan setahun sekali sahaja.



Panduan Wudhuk Bergambar

Raudhah App ini amat mendekatkan diri kita dengan Allah SWT. Jadi sebagai umat Islam kita perlu download Raudhah App ini untuk maklumat segera tentang Islam di Malaysia. Jika anda telah baca jangan lupa kongsikan maklumat Raudhah App ini kepada keluarga dan rakan-rakan agar dapat membantu mereka juga. Terima kasih kerana sudi membaca perkongsian Zumal ini.

Comments

  1. good info, baru tau ttg application ni

    ReplyDelete
  2. bagusnya ada apps macam ni. kalu tak sy sokmo terhegeh2 nk buka web utk check waktu solat.

    ReplyDelete
  3. Good info. Bagus ni kalau semua perkara yg diperlukan ada dlm satu apps

    ReplyDelete
  4. Wow, menarik ni. Boleh cuba download nanti.

    ReplyDelete
  5. Baru tahu pasal app ni. Terima kasih kerana brkongsi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Semoga kita lebih senang ketahui info-info Islamik

      Delete
  6. sy ada download apps islamic mcm ni tp dia punya iklan masya allah... smpi naik geram dibuatnya...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yang ni jangan risau, sebab aplikasi tak macam tu

      Delete
  7. terbaek app camni. memudahkan..

    ReplyDelete
  8. Bagus ada apps macamni, memang membantu memudahkan dalam kerja agama..

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts