CIK TAM DAH SIHAT

Assalamualaikum dan salam sehati sejiwa semua. Kemungkinan masa entri ni disiarkan zumal dah memulakan perniagaan di Nat Balai Baru. Hari ni zumal kongsi kegembiraan, Cik Tam dah sihat.

Semalam Zumal dan Faizal bawak cik tam ke bengkel Nur Tayar. Bengkel ni kalau hampa nak tukar tayar baru dan tukar minyak enjin memang boleh pergi terus ke sana. Tapi kalau hampa suruh pasang macam-macam hampa kena beli barang sendiri dan upah depa pasang. Bengkel Nur Tayar ni ada 2 cawangan iaitu di Sempering dan di Bintong. Tapi kalau kat Bintong nama kedai Murni Tyre. Kalau di cawangan Murni Tyre, bateri kereta pun ada dijual. Semalam cik tam pergi bengkel dekat Sempering.

Kedai Nur Tayar Sempering
Murni Tyre Bintong
Zumal dah serik baiki cik tam di bengkel lain sebab banyak sangat penipuan depa. Di bengkel Nur Tayar dan Murni Tyre ni, depa sangat jujur dan depa repair on the spot bila kita pi sana. Kalau kena tunggu pun tak lama la.

Semasa tukar minyak hitam cik tam

Masa ni tengah check radiator

Kerja depa memang cermat
Lepas repair semalam, cik tam dah macam kereta baru. Zumal rasa lega sangat. Kalau hampa ada masalah kenderaan dalam Perlis ni terus la bawak ke cawangan depa. Insha Allah kereta selamat dan duit pun jimat.

Comments

  1. Alhamdulillah.. semoga cik tam x sakit lagi.. :)

    ReplyDelete
  2. Ingatkan cik tam tu kucing hehehe...
    Okaylah cik Tam dah kembali beraksi takdelah stress tak boleh ke mana-mana kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe macam kawan zumal ingatkan cik tam tu kucing

      Delete
  3. Alhamdulillah, semoga terus sihat ye ciktam

    ReplyDelete
  4. Alhamdulillah sihat dah cik tam. Happy lah ye.

    ReplyDelete
  5. Alhamdulillah CikTam dah sihat..apa masalah CikTam sebenarnya Zumal? Kena tukar barang apa?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lepas tukar motor kipas radiator, kipas still tak jalan tapi buka aircond kipasnya jalan. Tapi ahad lepas, kipas tak jalan radiator terus bocor jadi tukar terus radiator baru...

      Delete
  6. Alhamdulillah cik tam dah sihat. Bolehlah bawa zumal ronda-ronda.

    ReplyDelete
  7. alhamdulillah. hari tu apa yg problem?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Macam2 penyakitnya, motor radiator yang rosak tapi bila pasang tak pusing juga rupanya radiator pun dah problem

      Delete
  8. Happy for you boleh berniaga semula cik tam dah baik. Semoga perniagaan semakin rancak.

    ReplyDelete
  9. Alhamdulillah.. cik tam dah boleh terus berbakti kpd tuannya :)

    ReplyDelete
  10. baca tajuk, aida ingatkan kucing :) hi hi hi
    kta rupanya. asben aida pun ada bengkel feveret dia.
    da kenal mcm kawan rapat.
    jujur tu satu kunci utama dlm berniaga.
    if not, pelanggan lari dan takkan pernah kembali.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu kejujuran menambat hati pelanggan terus setia

      Delete
  11. Ooo kat Sempering noo...nanti buleh la pi check tayar keta cheq kat sana pulak, bengkel lain macam ada unsur2 penipuan ja huhuu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu Cik Sue, tempat lain banyak sangat drama penipuan

      Delete
  12. Ciktam jangan sakit lagi yea..nanti tuan ciktam susah hati lagi..hehe

    ReplyDelete
  13. zumal, suruh diorg bukak cawangan kat kl ni... sini payahlah nk cari peniaga tayar yg jujur...

    ReplyDelete
  14. kena tipu dengan bengkel memang memeritkan. bertabahlah ye. dah jumpa bengkel yang bagus memang elok kita rekomenkan.

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts