FATIN CORNER DAH KEMBALI


Assalamualaikum dan salam sehati sejiwa semua. Semalam lepas baiki cik tam, Zumal dan Faizal terjah kedai Fatin Corner untuk menjamu selera. Lokasi terkini Fatin Corner adalah di Jalan Kampung Bakau iaitu di sebelah Taman Bakau Emas atau lebih senang nak cari iaitu bertentangan McD.

Fatin Corner ni sebuah kedai makan paling lagend la di Perlis untuk para penggemar Cendol Pulut, Nasi Ayam dan Bihun Sup. Fatin Corner ni telah beroperasi sejak tahun 2008 cuma tempatnya berubah-ubah. 

Walaupun Fatin Corner ni sekejap kat sana, kat situ dan kat sini tapi citarasa menunya masih seperti dulu. Maksud Zumal kesedapannya kekal macam dulu. 

Nasi Ayam Fatin Corner

Cendol Fatin Corner

Cendol Fatin Corner
Kalau hampa nak tau, nasi ayam Fatin Corner ni supnya pun dah sedap. Ada rasa macam nak hirup jer tapi memandangkan Zumal ni pemalu jadi zumal tak buat la adegan macam tu. Isi ayam dan sosnya juga sangat menyelerakan. Sedap sangat wei...

Semalam zumal hanya makan cendol biasa je tapi kat Fatin Corner ni ada macam-macam jenis cendol iaitu Cendol Pulut, Cendol Tapai, Cendol Jagung, Cendol Laici dan Cendol Biasa. Cendol biasa pun dah sedap apakan pula cendol-cendol lain.

Lepas ni hampa semua dah boleh la terjah Fatin Corner. Rasa sekali pasti jatuh hati...

Comments

  1. Berubah tempat pulak... P dulu masa buka kt langar tepi jln tu.. Nama pa tau kat situ

    ReplyDelete
  2. boleh p try la nanti, kalau bgtau mcd tau la kat mana hahaha

    ReplyDelete
  3. Kalau dah sedap pindah mana pun customer akan cari juga.

    ReplyDelete
  4. kalau mama ke perlis boleh lah try

    ReplyDelete
  5. Wah sedapnya..cendol, nasi ayam dan bihun sup semua pun feveret saya tu..

    ReplyDelete
  6. ccl selalu lunch kat sini .. Bihun sup sambal hitam diaaa terbaiklah

    ReplyDelete
  7. fuh cendol dia...telan air liur tengok =)

    ReplyDelete
  8. hmmm..yummy suka kat cendol tu..hehe

    ReplyDelete
  9. memang legend tempat ni. memang port lepak masa study dlu kalau makan cendol.

    ReplyDelete
  10. Ok ada tempat makan nk tuju kalau balik ke Perlis. Tq for sharing :)

    Tips Bisnes Sebagai Life Career

    ReplyDelete
    Replies
    1. Banyak sebenarnya. Balik Perlis kena singgah yer

      Delete
  11. Replies
    1. Cendol biasa je zumal makan tapi dah rasa betapa nikmatnya...

      Delete
  12. Terbuka selera bila tengok cendol tu.. sedap ni. Thanks sharing Zumal :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau datang Perlis, zumal boleh jadi tour guide

      Delete
  13. cendol pulut!
    i love cendol. terutama cendol durian.

    ReplyDelete
  14. Pergh... cendol tu membuatkan Fiza terliur haihh. Haha...

    ReplyDelete
  15. w'pn berubah maknanya tukang msk still org sama. sbb tu rs masih kekal... berapa sepinggan nasi ayam tu?

    ReplyDelete
  16. nampak sedapnya cendol tu..terliur tengoknya

    ReplyDelete
  17. pernah makan di sini masa than 2009 ke 2010 macam tu. memang sedap nasi ayam tu.

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts