PAHALA DARI SEGELAS AIR

Assalamualaikum dan salam sehati sejiwa buat semua. Hari ini zumal terpanggil untuk berkongsi sedikit info, ilmu dari kuliah seorang Ustaz yang juga seorang blogger di Perlis iaitu Ustaz Umar www.omaq.org 

Zumal terpanggil berkongsi kerana kita sering kali melakukan kesilapan ketika minum air. Walaupun nampak ianya remeh tapi bila kita tidak mengendahkannya kemungkinan kita melakukan dosa ataupun tidak memperolehi keberkatan dari rezeki (air) tersebut.

Kebiasaannya kita selalu tengok dalam filem-filem Barat (mungkin ada juga filem kita) minum dengan tangan kiri. Zumal tak pasti adakah itu protokol di meja makan. Lama dah belajar bab protokol dah lupa pun.

Sebagai seorang Muslim kita gunakan tangan kanan untuk makan dan minum. Berikut adalah hadith mengenai makan dan minum digalakkan menggunakan tangan kanan.

إذا أَكَلَ أحدُكُم فليأكلْ بيمينِهِ . وإذا شرِبَ فليشربْ بيمينِهِ . فإنَّ الشَّيطانَ يأكلُ بشمالِهِ ويشربُ بشمالِهِ
jika seseorang dari kalian makan maka makanlah dengan tangan kanannya dan jika minum maka minumlah dengan tangan kanannya. Kerana syaitan makan dan minum dengan tangan kirinya” (HR. Muslim no. 2020).
Video berikut zumal kongsikan bagaimana kita nak dapatkan pahala dari segelas air yang kita minum.


Semoga selepas ini kita akan gunakan tangan kanan untuk makan dan minum dan hindari perkara-perkara seperti yang dinyatakan di dalam video diatas. Sama-sama kita kongsikan ilmu ini kepada saudara Muslim yang lain.

Comments

  1. Alhamdulillah, walaupun fiza kidal tapi part mkn minum memang belah kanan. Masa kecik dulu selalu tgn kidal kena pukul dgn mak sbb guna kiri. Bila selalu kena dgn mak... Tu yang terbiasa.

    ReplyDelete
  2. So far mmg selalu gunan kanan juga sebab tangan kiri mmg agak lemah esp bawa beban tho hanya segelas air 😊

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kenapa tangan kiri tu? Apa pun semoga diberi kesembuhan

      Delete
  3. Alhamdulillah.
    Sunah nabi kita amalkan.

    ReplyDelete
  4. Alhamdulilah..terima kasih untuk perkongsian..

    ReplyDelete
  5. terima kasih di ats perkongsian..

    ReplyDelete
  6. Ilmu baru dapat dengan teguk 3 kali tu. Thanks kongsi Zumal :)

    ReplyDelete
  7. Rasanya yang righthanded memang akan guna sebelah kanan.
    Cuma yang lefthanded tu kena extra alert la kalau nak ikut sunnah sambil menjana pahala

    ReplyDelete
  8. Subhanallah walhamdulillah.. terima kasih atas perkongsian ini sahabat. Semoga Allah sentiasa memberkati.. aamiin.

    ReplyDelete
  9. segala yang kanan itu memang baik cuma kita je yg kdg kala ignore hal tersebut...

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts