SAFI DERMASAFE - PRODUK TERKINI LEBIH MESRA KULIT !

Assalamualaikum dan salam sehati sejiwa semua. Zumal yakin tak semua dari kita mudah untuk menggunakan sebarangan produk terutama gadis-gadis kat luar sana. Keluarga Zumal juga antara insan yang mempunyai kulit yang agak sensitif dan sukar memilih produk penjagaan diri. Adik perempuan Zumal sendiri sangat berhati-hati apabila memilih produk terutama untuk kulit muka. Silap pilih buruk padahnya. Tambahan pula muka merupakan aset penting bagi seorang wanita untuk menyerlahkan keyakinan diri mereka.

Rangkaian Produk SAFI DERMASAFE


Alhamdulillah berkat pencarian akhirnya adik Zumal jatuh cinta dengan rangkaian terbaru produk SAFI iaitu SAFI DERMASAFE

SAFI DERMASAFE - PRODUK TERKINI LEBIH MESRA KULIT !

Mulakan transformasi kecantikan dan keyakinan diri dengan kulit yang sihat bersama SAFI DERMASAFE kesinambungan kembara kecantikan terbaharu daripada SAFI – Jenama Halal No.1 Malaysia. Rangkaian Inovasi kecantikan terbaharu daripada SAFI ini adalah hasil komitmen berterusan di dalam penyelidikan dan pembangunan produk oleh SERI (SAFI Excellence in Research and Innovation) makmal produk HALAL terbesar di dunia.

SAFI DERMASAFE adalah rangkaian produk penjagaan wajah “mesra kulit”yang diuji secara dermatologi, tanpa alergen dan diperakui halal , mempunyai kadar pH yang seimbang, dengan rangkaian produk pembersih wajah tanpa paraben. Serta produk penyegar dan pelembap dengan kombinasi formulasi bahan-bahan bebas daripada pewangi ,pewarna , alkohol , minyak mineral dan ujian keatas haiwan.
 
Mr. Sriram CEO Wipro Unza ketika melancarkan produk
SAFI Skin Analysis
SAFI DERMASAFE sesuai digunakan untuk semua jenis kulit dan juga mereka yang mempunyai kulit sensitif. Rangkaian SAFI DERMASAFE turut merumuskan khasiat kecantikan sumber semulajadi ekstrak Bunga Chamomile dan Likouris. Kedua-dua bahan ini mengandungi manfaat terupatik dan anti-radang yang dapat mengurangkan dan mengatasi masalah kulit sensitif seperti jerawat, ruam dan menyamankan kulit dari kerengsaan selain membuatkan kulit lebih segar dan bermaya.
Beberapa pengamal media yang hadir di Majlis Pelancaran SAFI DERMASAFE

Semenjak mulai diperkenalkan 30 tahun lalu, SAFI memahami impian setiap wanita yang mahu memiliki raut wajah idaman iaitu kulit yang sihat kunci keyakinan diri mereka dan setiap wanita mempunyai keperluan kulit yang khusus. Inovasi kecantikan SAFI merangkumi pelbagai jenis rangkaian produk penjagaan wajah setiap satu dibangunkan dan dipasarkan untuk keperluan khusus kulit yang berbeza.  Kami percaya Penggunaan produk penjagaan wajah yang bersesuaian adalah kunci kepada raut wajah mempesona jelas Aishah Zulkifli, Eksekutif jenama SAFI.

Tambah beliau lagi, SAFI DERMASAFE adalah sebahagian daripada komitmen berterusan SAFI dalam mendidik para wanita pentingnya memulakan rutin penjagaan wajah dari usia muda serta formulasi produk yang sesuai dengan keperluan kulit juga gaya hidup. Ia menjadi tunggak disebalik pelancaran SAFI DERMASAFE rangkaian produk “mesra Kulit” diuji secara dermatologi yang amat sesuai digunakan untuk mereka yang memiliki kulit sensitif.

Majlis pelancaran SAFI DERMASAFE turut menjemput Dr Maryati Maharon, Pakar Estetik Perubatan yang telah berkongsi dengan lebih lanjut mengenai faktor penyumbang & tanda-tanda awal masalah kulit sensitif, rutin penjagaan wajah serta formulasi produk yang sesuai untuk mereka yang memiliki kulit sensitif.
Dari kiri Dr Maryati (Pakar Estetik Perubatan), Siti Aishah Zulkifli (Brand Executive) dan Dr Usula Chong (Research Leader) 
 
Dr Maryati Maharon, Pakar Estetik Perubatan ketika menerangkan tentang masalah kulit
“Diantara faktor utama wanita moden kini mengalami masalah kulit sensitif adalah akibat terdedah kepada pencemaran luar, komitmen kerjaya yang memerlukan mereka menjaga penampilan membuatkan mereka kerap mencuba pelbagai produk penjagaan kulit serta bersolek untuk tempoh yang lama. Selain daripada itu gaya hidup seseorang invidu itu juga turut memainkan peranan dalam masalah ini”.






Tambah beliau lagi, “Ramai wanita yang beranggapan masalah kerengsaan kulit, ruam , jerawat yang dialami mereka terutamanya apabila mencuba produk penjagaan wajah adalah hanya kesan sementara dan menjadi penanda aras keberkesanan sesebuah produk. Sebenarnya ini adalah tanda-tanda awal bahawa kulit telah terdedah kepada produk yang mengandungi bahan yang tidak sesuai dengan kulit anda sekaligus menyebabkan kulit menjadi sensitif.







Rangkaian produk dengan formulasi bebas Alergen dan “mesra kulit” adalah sesuai digunakan untuk semua jenis kulit serta pencegahan awal dengan rutin produk penjagaan kulit yang betul dapat mengurangkan risiko kulit sensitif yang lebih teruk.

Lengkapkan rutin penjagaan wajah SAFI DERMASAFE anda dengan 5 jenis produk rangkaian ini iaitu SAFI DERMASAFE Pembersih Muka Mousse Gentle Care , SAFI DERMASAFE Pembersih Muka Gel Mild & Gentle, SAFI DERMASAFE Semburan Booster Hydrate & Refresh, SAFI DERMASAFE Pelembap Siang Soothe & Hydrate & SAFI DERMASAFE Pelembap Malam Rehydrate & Recover.

INFO PRODUK SAFI DERMASAFE

1. SAFI DERMASAFE – RANGKAIAN PRODUK PEMBERSIH MUKA 

TANPA Paraben . TANPA Pewangi . TANPA Pewarna . TANPA Minyak Mineral . TANPA Alkohol . TIDAK diuji ke atas haiwan.
SAFI DERMASAFE Pembersih Muka Mousse Gentle Care

SAFI DERMASAFE Pembersih Muka Mousse Gentle Care adalah pembersih lembut dan ringan yang menghasilkan buih lembut dengan hanya satu pam. Diperkaya dengan esktrak Likuoris dan Chamomile, ia membersihkan kulit secara mendalam sambil mengurangkan kemerahan dan kerengsaan untuk keselesaan pada wajah. 

Formula yang tidak kering dan anti-pencemar ini membantu melindungi kulit dari pencemaran alam sekitar (Anti-PM2.5) sambil mengekalkan kelembapan pada kulit agar kulit kekal segar dan bermaya.

CARA PENGGUNAAN: 
Pam jumlah yang memadai ke tapak tangan dan urut muka dengan lembut sebelum membilas muka. Untuk mendapatkan hasil yang optimum lengkapkan rutin penjagaan kulit muka anda dengan menggunakan rangkaian produk penjagaan kulit muka SAFI DERMASAFE.

HARGA: RM28.90 (150 ml)


SAFI DERMASAFE Pembersih Muka Gel Mild & Gentle
SAFI DERMASAFE Pembersih Muka Gel Mild & Gentle diperkaya dengan esktrak Likuoris dan Chamomile membersihkan kulit secara mendalam sambil mengurangkan kemerahan dan kerengsaan pada wajah untuk keselesan kulit. Ia juga membantu mengekalkan keseimbangan pada kelembapan kulit agar kulit lebih sihat dan berseri. 

CARA PENGGUNAAN: 
Picit ke tapak tangan dan gosok dengan sedikit dengan air sehingga berbuih, urut muka dengan lembut sebelum membilas muka. Untuk mendapatkan hasil yang optimum lengkapkan rutin penjagaan kulit muka anda dengan menggunakan rangkaian produk penjagaan kulit muka SAFI DERMASAFE.

HARGA: RM19.90 (100 g)

2. SAFI DERMASAFE – RANGKAIAN PRODUK PENYEGAR DAN PELEMBAP MUKA

TANPA Pewangi . TANPA Pewarna . TANPA Minyak Mineral . TANPA Alkohol . TIDAK diuji ke atas haiwan.
SAFI DERMASAFE Semburan Booster Hydrate & Refresh
SAFI DERMASAFE Semburan Booster Hydrate & Refresh diperkaya dengan ekstrak Likouris dan Chamomile mempunyai kebaikan 2 dalam 1 yang mengekalkan kelembapan pada wajah sambil memperkuat struktur, melindungi kulit daripada pencemaran dan membolehkan solekan kekal lama.

CARA PENGGUNAAN:
Pejamkan mata dan sembur ke muka 1 – 2 kali dan biarkan ia kering dengan semulajadi. Ia boleh digunakan sepanjang hari sebagai penyembur solekan untuk memastikan solekan tahan lama atau untuk memberikan rasa kesegaran segera .

Untuk mendapatkan hasil yang optimum lengkapkan rutin penjagaan kulit muka anda dengan menggunakan rangkaian produk penjagaan kulit muka SAFI DERMASAFE.

HARGA: RM 39.90 (100 ml)
SAFI DERMASAFE Pelembap Siang Soothe & Hydrate
SAFI DERMASAFE Pelembap Siang Soothe & Hydrate diperkaya dengan ramuan semulajadi ekstrak Likuoris dan chamomile yang menyegarkan. Tidak berminyak dan pantas menyerap ke dalam kulit menjadikan kulit kekal lembap selama 24 jam.

CARA PENGGUNAAN: 
Oleskan ke muka dan leher yang bersih. Urut perlahan - lahan dengan gerakan putaran. Gunakan produk ini setelah membersihkan muka dengan SAFI DERMASAFE Pembersih Muka Mousse atau Pembersih Muka Gel dan SAFI DERMASAFE Semburan Booster Hydrate & Refresh untuk hasil yang optimum.

HARGA: RM35.90 (50 g)
SAFI DERMASAFE Pelembap Malam Rehydrate & Recover
SAFI DERMASAFE Pelembap Malam Rehydrate & Recover diperkaya dengan ramuan semulajadi ekstrak Likuoris dan chamomile yang mudah meresap kedalam kulit dan membantu merawat kulit muka tanpa meninggalkan kesan minyak terutamanya ketika anda sedang tidur. 

CARA PENGGUNAAN: 
Oleskan ke muka dan leher yang bersih. Urut perlahan - lahan dengan gerakan putaran. Gunakan produk ini setelah membersihkan muka dengan SAFI DERMASAFE Pembersih Muka Mousse atau Pembersih Muka Gel dan SAFI DERMASAFE Semburan Booster Hydrate & Refresh untuk hasil yang optimum.

HARGA: RM48.90 (50 g)

Rangkaian produk SAFI DERMASAFE dipasarkan pada harga RM19.90 – RM48.90 dan HANYA boleh didapati di WATSONS – rangkaian farmasi dan toko produk penjagaan diri terbesar di Malaysia. Untuk maklumat lanjut dan promosi terkini dari SAFI, sila layari laman sesawang rasmi SAFI di www.safi.com.my , laman Facebook rasmi SAFI di www.facebook.com/SAFI.MY dan laman instagram rasmi SAFI di www.instagram.com/SAFIMalaysia. Rangkaian produk SAFI DERMASAFE juga boleh dibeli secara atas talian di https://www.watsons.com.my.

Ayuh kita memperkasa dan bina keyakinan diri setiap wanita bersama-sama dengan berkongsi kisah kulit sihat anda dengan memuat naik foto atau video di profil media sosial berserta tanda palang #SAFIDERMASAFE dan #SAFISKINSTORY.

***

MENGENAI JENAMA SAFI
Jenama SAFI di lancarkan pada tahun 1985 dengan rangkaian minyak wangi, talkum dan deodoran. Kemudian rangkaian produk SAFI diperkembangkan dengan kehadiran produk penjagaan kulit muka. Pada tahun 1999, jualan rangkaian produk SAFI melonjak apabila ia muncul dengan reka bentuk bungkusan produk yang lebih moden dan feminin.
Kini, SAFI menawarkan produk penjagaan kulit muka, ubat gigi, syampu,deodoran, talkum, seleksi produk kosmetik, penata gayaan rambut, produk penjagaan peribadi wanita dan juga produk mandian. SAFI merupakan jenama terbesar Wipro Unza (M) Sdn Bhd semenjak tahun 2005.

Comments

  1. Wah ada yang baru dari Safi ya...bagusnya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya PC, Safi keluarkan produk baru paling hebat

      Delete
  2. Wah nampak lebih elegen produk SAFI DERMASAFE ni. Nak cuba lah nanti.

    ReplyDelete
  3. Dulu pernah pakai Safi tapi sejak dah pandai guna produk oversea ni, dah tak pakai Safi..berlagak betul perangai kan? Hihi..takde la, gurau je..muka sesuai pakai Clinelle, itu yang dah tak pakai Safi tu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ooo camtu yer, boleh juga cuba yang terbaru ni...

      Delete
  4. bestnya guna produk safi ni. Anak-anak kak zi suka guna.

    ReplyDelete
  5. tak sabar nak mencubanya sendiri nanti :)

    ReplyDelete
  6. Oh! Safi ada produk baru ya...
    Nampak yang ni lebih menarik packaging dia

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya. Bukan sekadar packaging tapi ramuan serta penghasilanya sangat terbaik...

      Delete
  7. menarik....tapi saya dah beli produk daripada spa..takut juga kalau guna sebarangan,saya kulit sentitif.bila kene produk yang tak kena dengan kulit,mula lah naik..haiyaaa

    apapun goodluck untuk produk safi!

    ReplyDelete
  8. bagus jugak tgk Safi ada kuarkan produk untuk kulit sensitif ni. boleh la nak usha2 nnti

    Jemput dtg blog myra tau!

    https://hunnyandvanilla.blogspot.com/

    ReplyDelete
    Replies
    1. Produk terbaru Safi ni memang sesuai untuk kulit sensitif. Terima kasih myra sudi follow zumal. Zumal dah followback tau...

      Delete
  9. safi nie dah lama di hati pengguna malaysia

    ReplyDelete
  10. Menarik ni.. saya pun pengguna Safi.. mmg suka produknya sbb bau wangi :)

    ReplyDelete
  11. berita baik bagi mereka yg mementingkan penjagaan kulit wajah

    ReplyDelete
  12. semalam pi watsons nmpk produk ni..tapi tak pula try sbb tak survey review lagi..ni bru bace..heheh..psst zumal awat kecik sgt tulisan..tak nmpk mata

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ooo macam tu yer AD. Pasal tulisan nanti zumal besarkan

      Delete
  13. Produk Safi memang produk yang sesuai dengan kulit akak.. =)

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts