TRAUMA CINTA

Assalamualaikum dan salam sehati sejiwa semua. Hmmm pagi ni tajuk trauma lagi tapi version lain sikit dari semalam. Tapi kalau hampa nak tau entri ni pun ditaip oleh Zumal selang beberapa minit dengan entri yang disiarkan semalam juga. Kemungkinan zumal pada masa hampa baca entri ni dah arwah atau duk berniaga di nat ataupun duk lena lagi sebab kereta rosak.

Topik yang zumal nak bawak pagi ni berkaitan trauma cinta. Zumal dan putus cinta ni bagaikan air ombak yang memukul pantai, sekejap dia mai, sekejap dia pi jauh ke tengah laut sampai kering kontang. Hahaha gitu la ibaratnya. Masa duk taip entri ni zumal tengah layan lagu trauma elite yang tetiba menjadi fevret zumal.

Mai dengar lagi


Tak silap zumal masa lepas mengaji kat Sintok dulu lebih kurang tahun 2007 Zumal pernah la bercinta. Sebelum tu pun ada tapi jarak jauh. Tapi tak ingat la dengan sapa. Maklum la dah tua. 

Dalam tahun 2008 Zumal dah bertunang dengan dia. Sebelum tu kalau tak silap N tu jadi adik angkat ja. Entah macam mana TERbertunang la pulak. Tak boleh kata silap mungkin itu dah ditakdirkan berlaku. Masa tu zumal dah berniaga di bangunan MARA Kangar. Habis belajaq terus buka kedai. Modai arwah tok wan tapi ayah macam sekarang support dengan barang. Barang tu kebanyakkan tak laku pun, berkarat dan terus zumal buang cuma ayah tak tau. Hahaha... Jaga hati ayahandaku. 

Dalam hangatnya cinta tu, hangat juga hubungan kami hingga putus di tengah jalan. Dalam kompleks MARA tu juga rapat pula dengan kawan ex tunang. Akhirnya jatuh cinta lagi dengan R...

Bercinta dengan dia, dan makin rapat lepas dapat peluang buka kedai makan dalam kompleks tu juga. Dia tukang masak zumal. Masa tu memang laku juga tapi 2 minggu ja. Lepas tu kedai pun jadi panas dan makin tak laku.

Kami berhijrah ke Klang atas ajakkan adik yang tinggal bersama zumal sekarang. Kami cari kerja kat area Selangor. Dia tinggal dengan family kami kat sana. Satu hari berlaku satu episod besar sampai zumal dengan dia terpaksa balik Perlis. Masa tu sekupang pun tak dak. Zumal jalan kaki nak keluar dari Pulau Indah yang indah bagai lukisan arang tu. Dalam perjalanan kami ditumpangkan oleh sorang akak yang juga tauke sebuah kedai makan kat dalam pulau tu. Bawak kami ke stesen bas Port Klang, Alhamdulillah dapat bantuan dari 2 orang sahabat untuk beli tiket bas balik kampung. 

Dah sampai Perlis, kami pun putuskan hubungan tu kerana tak direstui keluarga. Seterusnya dalam tak mau bercinta tu ada pula orang tetiba miss call selalu. Bila zumal call tak jawab pula. Sampai satu masa baru dia munculkan diri. Bercinta pula dengan H. H ni orang selatan tapi belajaq kat negeri T. Masa dia praktikal kat Cheras, zumal selalu juga jumpa dia. Ni cinta jarak jauh la. Tahan setahun lebih ja akhirnya keluarga dia tak bagi kawan orang jauh-jauh. 

Beberapa tahun lepas tu timbul pula seseorang kat SINI. Kalau klik tak boleh maknanya hampa dah sampai situ. Dia ni garang sangat. Nama dia U. Student lagi dan blogger juga. Status hubungan tu tak tau la macam mana sekarang. Dia wujud kadang2 ja tetapi dalam bulan Julai setiap tahun mesti kerap wasap sebab birthday dia bulan julai tu. 

Jumpa beberapa kali ja. Dia tinggal di R, di negeri S. Belajar pun kat negeri S ja. Kami jumpa tak pernah pun selfie ke hape ke. Simpan dalam memori otak je. Zumal selalu wish birthday dia tapi dia tak pernah pun ingat birthday zumal. Baik adik angkat Zumal yang hampir bercinta juga tu yang nama F selalu ingat birthday zumal siap buat surprise bagai, baru la rasa kita ni wujud. Tapi budak F ni pernah tolak cinta zumal.

Sekarang macam tak ada dah cinta yang hadir tapi jatuh hati tu ada la juga cuma tak mau bagi harapan, tak mau mengharap. Biar la ia terus berlalu ergi. Cukup la trauma yang melanda, menikam-nikam jiwa... Terima kasih kerana sudi baca. Cerita mengarut aje ni tau...

Comments

  1. takpa nanti datang la jodoh yang membahagiakan, jodohkan rahsia Allah

    ReplyDelete
  2. In Shaa Allah, nanti akan ada juga jodohnya tu. Sabar menanti ye

    ReplyDelete
  3. InsyaAllah..nanti ade ler tu jodoh Zumal..hihi

    ReplyDelete
  4. Sabaq na Zumal, jodoh Allah dah tetapkan..jangan putus asa je usaha. In shaa Allah nanti tengok2 Zumal post entry pasal naik pelamin pulak, mana tahu kan..

    ReplyDelete
  5. In shaa Allah...bila tiba masanya nanti, Allah akan hadirkan yang terbaik untuk Zumal.

    ReplyDelete
  6. In Shaa Allah, akan ada jodoh Zumal. Allah tak kan zalim dengan hambaNYA.

    ReplyDelete
  7. takpe, dia tgh on the way dtg masuk dalam kehidupan Zumal selaju yg dia boleh. positif je.

    http://hunnyandvanilla.blogspot.com/

    ReplyDelete
  8. Jodoh pertemuan kerja Allah, kita hanya mampu merancang. Apa yang berlaku akan lebih mematangkan diri...

    ReplyDelete
  9. Rasa cinta dapat diperolehi semula, kerana trauma dan pemulihan kini sudah boleh dirawati dengan kuasa kawalan diri yang baik.
    rg gift

    ReplyDelete
  10. jodoh x penah salah alamat. ia akan smpi bla tiba masanya...

    ReplyDelete
  11. jangan putus asa berdoa kepada Allah SWT supaya dijumpakan dengan jodoh yang sesuai dengan Zumal

    ReplyDelete
  12. in sha Allah teruskan berusaha mencari jodoh. all da best!

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts