CROCODILE ADVENTURELAND LANGKAWI BUKAN SEKADAR TAMAN BUAYA
Assalamualaikum dan salam sehati sejiwa semua. Kali ini Zumal nak cerita pasal Travelogue Langkawi lagi tapi kali ini nak cerita pasal spesies Zumal eh pasal buaya daa.
![]() |
Jom follow Eddy masuk ke Crocodile Adventureland |
![]() |
Pintu Masuk Crocodile Adventureland |
Kalau korang nak tahu tak Crocodile Adventureland Langkawi ini diiktiraf sebagai taman buaya yang terbesar di Malaysia dalam The Malaysia Book of Records. Ianya bukan sekadar taman buaya tapi ianya lebih kepada ladang buaya yang sangat infomatif. Kenapa Zumal katakan ianya ladang buaya? Ini adalah disebabkan Crocodile Adventureland Langkawi ini mempunyai kira-kira 4000 ekor buaya yang terdiri daripada spesies Tomistoma, Siamese, Guinea dan yang paling popular adalah Buaya Tembaga. Di Crocodile Adventureland Langkawi ini kita bagaikan mula mengembara ke alam buaya. Jom semua ikuti pengembaraan Zumal dan rakan-rakan di Crocodile Adventureland Langkawi.
![]() |
Porosus |
![]() |
Encik Adam sedang menerangkan tentang produk Porosus |
![]() |
Ini adalah antara produk jenama Porosus |
Sebaik sahaja melangkah masuk ke Crocodile Adventureland ini, kami terpandang sebuah bangunan yang ada di laluan masuk Crocodile Adventureland yang terpamer signboard POROSUS. Kalau korang nak tahu Porosus adalah jenama aksesori keluaran Crocodile Adventureland Langkawi yang berasaskan kulit buaya. Menurut Encik Adam yang juga pengurus Crocodile Adventureland ini, produk Porosus ini menawarkan produk yang hanya dikeluarkan dalam kuantiti yang terhad. Satu design hanya satu unit, jadi jika kita beli tak akan ada orang lain dapat miliki design yang sama seperti kita. Handbag Porosus ini menjangkau harga sehingga RM40k. Selain itu, Crocodile Adventureland juga membekalkan tali jam untuk beberapa syarikat jam keluaran Switzerland. Bayangkan betapa hebatnya jenama keluaran Malaysia ini.
Setelah selesai menjamu mata di Porosus, kami menjejakkan kaki pula ke Croc Cafe. Menu paling popular di sini adalah Nasi Lemak tapi bukan lauk buaya la. Kami singgah minum-minum dulu sebelum nak pergi suai kenal dengan buaya.
Selepas menikmati minuman dan makanan ringan maka bermulalah episod pengembaraan kami di Crocodile Adventureland Langkawi.
![]() |
Kaunter Tiket untuk masuk ke Crocodile Adventureland |
![]() |
Pelbagai pakej ditawarkan untuk para pengunjung |
![]() |
Setiap pengunjung dibahagikan kepada beberapa kumpulan bersama guider berpengalaman |
Untuk permulaan kami ditontonkan beberapa jenis buaya yang ditempatkan di dalam kolam-kolam kecil. Dekat sini kami lakukan aktiviti memancing buaya. Dalam aktiviti memancing buaya ini memperlihatkan kepada kita buaya dapat melompat untuk dapatkan makanan.
Kami dapat mencuba seorang sekali memancing buaya di dalam kolam ini. Kuat betul buaya ni menangkap.
Selepas itu kami melewati kiosk informasi kecil tentang buaya. Di kiosk ini kami dapat lihat janin buaya, telur buaya dan buaya yang baru menetas.
![]() |
Keadaan anak buaya baru menetas |
![]() |
Saiz telur buaya |
![]() |
Organ dalaman buaya |
Selepas itu kami ke sudut aktiviti seterusnya, di sini kami diberikan peluang untuk bergambar sambil memegang buaya. Tengok rupa Zumal masa pegang buaya tu.
![]() |
Muka takut |
![]() |
Muka cover takut |
Pengalaman paling seram pegang buaya hidup tapi ianya sangat bermakna buat Zumal. Masa Zumal tengah pegang buaya ni dapat rasa buaya tu bergerak-gerak. Seram tapi best jugak.
Kemudiannya kami menyaksikan pertunjukan buaya. Ada 3 ekor buaya dalam pertunjukkan ini dan salah seekornya adalah buaya yang diberi nama Bujang Lang yang beratnya kira-kira 1000kg.
Untuk pengetahuan korang di Crocodile Adventureland Langkawi ini terdapat juga buaya-buaya istimewa, antaranya buaya bongkok dan buaya kudung. Ada buaya yang kudung sejak lahir dan ada juga buaya yang kudung akibat pergaduhan.
Di Crocodile Adventureland juga Zumal dapat info yang buaya juga boleh memanjat pokok. Jadi kalau korang nak selamatkan diri dari buaya dengan memanjat pokok itu bukanlah satu pilihan terbaik.
Seterusnya kami dapat lihat buaya diberi makan. Buaya dekat sini tak berebut pun untuk dapatkan makanan.
Selepas melihat buaya menjamu selera kami dibawa ke stesen terakhir di mana terdapat seekor buaya besar yang telah diawet dan rangka seekor buaya.
![]() |
Tengok kite selamber je letak kepala dalam mulut buaya |
Akhir sekali kita singgah di gift shop, dekat sini boleh la pilih pelbagai cenderahati seperti patung buaya, mug, tshirt, gigi buaya, tali pinggang dan lain-lain. Kalau nak rasa daging buaya, yang frozen pun ada dijual di sini.
![]() |
Cute pulak gambar Eddy dakap buaya tu |
![]() |
Beli la seekor untuk kenangan |
![]() |
Daging buaya frozen |
![]() |
Rambang mata tengok pelbagai cenderahati di sini |
Untuk maklumat lanjut tentang Crocodile Adventureland Langkawi, korang boleh layari www.crocodileadventureland.com
Crocodile Adventureland Langkawi
Mukim Air Hangat,
Jalan Datai,
Kampung Kubang Badak
07000 Langkawi
KEDAH
Tel: 04-950 2061/04-959 2559
Email: info@porosus.com
Travelogue Langkawi ini dibawakan khas kepada anda oleh kolaborasi antara Borakkita Media / Travelogue Malaysia dan The Influenzas Team disokong oleh LADA. Terima kasih untuk penaja utama kami – Mega Watersports , Umgawa Legendary Adventures, Sea Splash, Crocodile Adventureland, Ombak Villa, Nadias Hotel, Smiling Buffalo, Huggin’ Hippo.
Tak lupa juga The Cliff Langkawi, Anytime Holidays, Sky Trex dan Royal Langkawi Yacht Club
menarik..pernah sampai tapi x sempat masuk masa suntuk time tu
ReplyDeletenext time datang yer
DeleteSinggah pagi2..wah dapat pegang anak buaya ya
ReplyDeleteSeram juga pegang anak buaya tu
Deletemenarik ya tempat tu Zumal
ReplyDeleteya sangat menarik
DeletePengalaman yg mmg menyeronokkan dan mencabar juga dengan buaya ni. Tengok yg kecil tu comel je tp yg besar tu mmg takut nak dekat huhu
ReplyDeletepegang yg kecik pun seram tau
Deletedah agak dah beg kulit buaya ni mesti ribu raban hehehe
ReplyDeleteAnies sesuai grab satu
Deleteuish, pegang buaya tu ayoyo
ReplyDeleteseram ooo
DeleteAdoiii... nampak sangat muka takut Zumal pegang buaya tu walaupun baby buaya jer...
ReplyDeleteSeriau jer... show bersama buaya tu sekali dia ngap tiada maaf bagi mu huhuhu...
kalau dia ngap kite ngap dia balik
DeleteEntry sangat interesting. Tertarik dengan handbag tu apakan daya RM40k!
ReplyDeleteYang kurang 40k pun ade juga
DeleteSempat lagi tak. Nanti zumal usha
ReplyDeleteadeh menarik plak bila zumal bercerita, masa g bulan sept cik mien dengan sengajanya skip tempat ni wpun anak duk berzikir nak ke sini. hihihi....
ReplyDeleteMemang best lokasi ni Cik Mien, pengalaman yang yang kita dapat cukup bermakna gitu
Delete