CROCODILE ADVENTURELAND LANGKAWI BUKAN SEKADAR TAMAN BUAYA

Assalamualaikum dan salam sehati sejiwa semua. Kali ini Zumal nak cerita pasal Travelogue Langkawi lagi tapi kali ini nak cerita pasal spesies Zumal eh pasal buaya daa. 


Jom follow Eddy masuk ke Crocodile Adventureland

Pintu Masuk Crocodile Adventureland

Kalau korang nak tahu tak Crocodile Adventureland Langkawi ini diiktiraf sebagai taman buaya yang terbesar di Malaysia dalam The Malaysia Book of Records. Ianya bukan sekadar taman buaya tapi ianya lebih kepada ladang buaya yang sangat infomatif. Kenapa Zumal katakan ianya ladang buaya? Ini adalah disebabkan Crocodile Adventureland Langkawi ini mempunyai kira-kira 4000 ekor buaya yang terdiri daripada spesies Tomistoma, Siamese, Guinea dan yang paling popular adalah Buaya Tembaga. Di Crocodile Adventureland Langkawi ini kita bagaikan mula mengembara ke alam buaya. Jom semua ikuti pengembaraan Zumal dan rakan-rakan di Crocodile Adventureland Langkawi

Porosus

Encik Adam sedang menerangkan tentang produk Porosus

Ini adalah antara produk jenama Porosus





Sebaik sahaja melangkah masuk ke Crocodile Adventureland ini, kami terpandang sebuah bangunan yang ada di laluan masuk Crocodile Adventureland yang terpamer signboard POROSUS. Kalau korang nak tahu Porosus adalah jenama aksesori keluaran Crocodile Adventureland Langkawi yang berasaskan kulit buaya. Menurut Encik Adam yang juga pengurus Crocodile Adventureland ini, produk Porosus ini menawarkan produk yang hanya dikeluarkan dalam kuantiti yang terhad. Satu design hanya satu unit, jadi jika kita beli tak akan ada orang lain dapat miliki design yang sama seperti kita. Handbag Porosus ini menjangkau harga sehingga RM40k. Selain itu, Crocodile Adventureland juga membekalkan tali jam untuk beberapa syarikat jam keluaran Switzerland. Bayangkan betapa hebatnya jenama keluaran Malaysia ini.

Setelah selesai menjamu mata di Porosus, kami menjejakkan kaki pula ke Croc Cafe. Menu paling popular di sini adalah Nasi Lemak tapi bukan lauk buaya la. Kami singgah minum-minum dulu sebelum nak pergi suai kenal dengan buaya.





Selepas menikmati minuman dan makanan ringan maka bermulalah episod pengembaraan kami di Crocodile Adventureland Langkawi

Kaunter Tiket untuk masuk ke Crocodile Adventureland

Pelbagai pakej ditawarkan untuk para pengunjung


Setiap pengunjung dibahagikan kepada beberapa kumpulan bersama guider berpengalaman




Untuk permulaan kami ditontonkan beberapa jenis buaya yang ditempatkan di dalam kolam-kolam kecil. Dekat sini kami lakukan aktiviti memancing buaya. Dalam aktiviti memancing buaya ini memperlihatkan kepada kita buaya dapat melompat untuk dapatkan makanan.



Kami dapat mencuba seorang sekali memancing buaya di dalam kolam ini. Kuat betul buaya ni menangkap. 

Selepas itu kami melewati kiosk informasi kecil tentang buaya. Di kiosk ini kami dapat lihat janin buaya, telur buaya dan buaya yang baru menetas.


Keadaan anak buaya baru menetas

Saiz telur buaya

Organ dalaman buaya
Selepas itu kami ke sudut aktiviti seterusnya, di sini kami diberikan peluang untuk bergambar sambil memegang buaya. Tengok rupa Zumal masa pegang buaya tu.

Muka takut

Muka cover takut
Pengalaman paling seram pegang buaya hidup tapi ianya sangat bermakna buat Zumal. Masa Zumal tengah pegang buaya ni dapat rasa buaya tu bergerak-gerak. Seram tapi best jugak.

Kemudiannya kami menyaksikan pertunjukan buaya. Ada 3 ekor buaya dalam pertunjukkan ini dan salah seekornya adalah buaya yang diberi nama Bujang Lang yang beratnya kira-kira 1000kg. 





Untuk pengetahuan korang di Crocodile Adventureland Langkawi ini terdapat juga buaya-buaya istimewa, antaranya buaya bongkok dan buaya kudung. Ada buaya yang kudung sejak lahir dan ada juga buaya yang kudung akibat pergaduhan.


Di Crocodile Adventureland juga Zumal dapat info yang buaya juga boleh memanjat pokok. Jadi kalau korang nak selamatkan diri dari buaya dengan memanjat pokok itu bukanlah satu pilihan terbaik.

Seterusnya kami dapat lihat buaya diberi makan. Buaya dekat sini tak berebut pun untuk dapatkan makanan. 




Selepas melihat buaya menjamu selera kami dibawa ke stesen terakhir di mana terdapat seekor buaya besar yang telah diawet dan rangka seekor buaya.


Tengok kite selamber je letak kepala dalam mulut buaya
Akhir sekali kita singgah di gift shop, dekat sini boleh la pilih pelbagai cenderahati seperti patung buaya, mug, tshirt, gigi buaya, tali pinggang dan lain-lain. Kalau nak rasa daging buaya, yang frozen pun ada dijual di sini.

Cute pulak gambar Eddy dakap buaya tu

Beli la seekor untuk kenangan



Daging buaya frozen



Rambang mata tengok pelbagai cenderahati di sini

Untuk maklumat lanjut tentang Crocodile Adventureland Langkawi, korang boleh layari www.crocodileadventureland.com



Crocodile Adventureland Langkawi
Mukim Air Hangat,
Jalan Datai,
Kampung Kubang Badak
07000 Langkawi
KEDAH

Tel: 04-950 2061/04-959 2559

Email: info@porosus.com


Travelogue Langkawi ini dibawakan khas kepada anda oleh kolaborasi antara Borakkita Media / Travelogue Malaysia dan The Influenzas Team disokong oleh LADA. Terima kasih untuk penaja utama kami – Mega Watersports , Umgawa Legendary AdventuresSea SplashCrocodile AdventurelandOmbak VillaNadias HotelSmiling Buffalo, Huggin’ Hippo.
Tak lupa juga The Cliff Langkawi, Anytime Holidays, Sky Trex dan Royal Langkawi Yacht Club

Comments

  1. menarik..pernah sampai tapi x sempat masuk masa suntuk time tu

    ReplyDelete
  2. Singgah pagi2..wah dapat pegang anak buaya ya

    ReplyDelete
  3. Pengalaman yg mmg menyeronokkan dan mencabar juga dengan buaya ni. Tengok yg kecil tu comel je tp yg besar tu mmg takut nak dekat huhu

    ReplyDelete
  4. dah agak dah beg kulit buaya ni mesti ribu raban hehehe

    ReplyDelete
  5. Adoiii... nampak sangat muka takut Zumal pegang buaya tu walaupun baby buaya jer...
    Seriau jer... show bersama buaya tu sekali dia ngap tiada maaf bagi mu huhuhu...

    ReplyDelete
  6. Entry sangat interesting. Tertarik dengan handbag tu apakan daya RM40k!

    ReplyDelete
  7. Sempat lagi tak. Nanti zumal usha

    ReplyDelete
  8. adeh menarik plak bila zumal bercerita, masa g bulan sept cik mien dengan sengajanya skip tempat ni wpun anak duk berzikir nak ke sini. hihihi....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang best lokasi ni Cik Mien, pengalaman yang yang kita dapat cukup bermakna gitu

      Delete

Post a Comment

Popular Posts