MELAWATI MUZIUM DI LAMAN PADI DAN MENJAMU SELERA DI GEMALAI RESTAURANT

Assalamualaikum dan salam sehati sejiwa semua. Zumal masih dalam misi menghabiskan coretan-coretan mengenai Travelogue Langkawi. Sebelum ni Zumal dan ceritakan tentang penginapan Zumal di The Gemalai Village kan? Dalam entri tersebut Zumal ada ceritakan di The Gemalai Village ni korang boleh lakukan beberapa aktiviti iaitu termasuk melawat muzium Laman Padi dan menjamu selera di Gemalai Restaurant. 

Dalam entri kali ini Zumal nak kongsi pengalaman Zumal melawat muzium Laman Padi. Muzium Laman Padi ini terletak satu pagar dengan The Gemalai Village. 
Zumal berada di hadapan bangunan muzium
Inilah muzium Laman Padi
Laman Padi adalah muzium yang memberikan fokus kepada sejarah penanaman padi khususnya di Langkawi dan secara amnya di Kedah yang sangat terkenal dengan jolokan panggilan Negeri Jelapang Padi. 

Sebelum sawah padi di Malaysia berubah menggunakan teknologi moden, suatu masa dulu pesawah hanya menggunakan tenaga manusia sepenuhnya dan dibantu oleh haiwan ternakan seperti kerbau untuk aktiviti membajak sawah. 

Kerbau digunakan untuk membajak sawah
Di belakang Zumal adalah jentera pembajak  (kobota) yang
menggantikan penggunaan kerbau
Suatu masa dulu pesawah hanya menjalankan aktiviti menanam padi antara sekali dan dua kali setahun disebabkan masa itu belum wujud sistem saliran yang boleh membantu pesawah mengerjakan bendang mereka. Justeru itu kebanyak pesawah melakukan aktiviti lain untuk menampung keperluan mereka seperti membuat kraf, menangkap ikan darat, memelihara burung dan lain-lain lagi.

Kanan sekali adalah bubu untuk menangkap ikan di bendang

Hasil kraf petani

Aktiviti menangkap ikan di sawah

Sangkar burung

Hasil kraf petani
Di Laman Padi bukan sahaja ada barangan sejarah berkaitan tanaman padi tapi di sini juga ada bendang yang dijalankan untuk kemudahan pelancong mengenali lebih dekat pertanian padi ini.

Sawah padi di Laman Padi

Tapak semaian padi

Padi yang dah hampir masak

Siput ini adalah musuh utama penanaman padi

Kalau korang nak tahu lebih lanjut kenalah berkunjung sendiri ke Laman Padi Langkawi. 

Setelah penat berjalan dalam muzium dan terkena panas mentari tu eloklah kita menjamu selera di Gemalai Restaurant pula.

Gemalai Restaurant
Gemalai Restaurant ini dahulunya dikenali sebagai Sea Shell Restaurant. Gemalai Restaurant yang berlatar belakang sawah padi ini berkeluasan 3000 kaki persegi dan boleh menerima 200 tetamu pada satu-satu masa. Ianya menawarkan hidangan ala kampung dan juga ala barat. 

Team Media sibuk bergambar

Hidangan ala kampung yang sangat menyelerakan

Gulai ni buat Zumal nak pergi lagi ke sana
Satu hidangan masakan ala kampung seperti yang dihidangkan kepada kami berharga RM70 untuk empat orang. Memang puas la makan. Sangat menyelerakan dan sungguh mengenyangkan.

Setakat ini sahaja perkongsian Zumal kali ini. Untuk maklumat lanjut sila hubungi :

The Gemalai Village Laman Padi
Jalan Pantai Cenang
07000 Langkawi
Kedah

Tel: 604-955 3225
Email: sales@ladaeco.my

Travelogue Langkawi ini dibawakan khas kepada anda oleh kolaborasi antara Borakkita Media / Travelogue Malaysia dan The Influenzas Team disokong oleh LADA. Terima kasih untuk penaja utama kami – Mega Watersports , Umgawa Legendary AdventuresSea SplashCrocodile AdventurelandOmbak VillaNadias HotelSmiling Buffalo, Huggin’ Hippo.
Tak lupa juga The Cliff Langkawi, Anytime Holidays, Sky Trex dan Royal Langkawi Yacht Club

Comments

  1. Menarik sungguh muzium ini.. Bagus bawa anak anak nie..

    ReplyDelete
  2. Bestnya kalau dapat pergi dan tengok sendiri tu. Negeri jelapang padi cantiknya hijau kuning je jelapang padi tu

    ReplyDelete
  3. Unik ya muzium sana...menarik..

    ReplyDelete
  4. Dok tau muzium padi ja. . Xtau la pulak ada laman padi kt langkawi..

    ReplyDelete
  5. dah makin cantek muzium ni dulu mcm bosan sket

    ReplyDelete
  6. bla g pantai cenang mesti nampak muzium ni... alahaiiiii langkawi menggait rasaaaa

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jom g Anies, cuti sekolah ni baru nampak meriah. Hahaha...

      Delete
  7. Makan-makan sambil layan view padi, bestnya. Suka layan pemandangan sawah padi, luas mata memandang.

    ReplyDelete
  8. Makan-makan sambil layan view padi, bestnya. Suka layan pemandangan sawah padi, luas mata memandang.

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts