MENEROKA KEINDAHAN ALAM DI THE ORIENTAL VILLAGE LANGKAWI
MENEROKA KEINDAHAN ALAM DI THE ORIENTAL VILLAGE LANGKAWI
Assalamualaikum dan salam sehati sejiwa semua. Berjumpa lagi dalam entri Travelogue Langkawi seterusnya oleh Zumal. Kali ini Zumal nak cerita pengalaman Zumal menjejakkan kaki ke The Oriental Village Langkawi. Bagi korang yang belum pernah ke The Oriental Village Langkawi mesti tertanya-tanya tempat apa tu? Ada apa kat situ? Jom ikuti perkongsian Zumal.3D ART LANGKAWI
![]() |
Zumal la yang tergolek atas kerusi tu |
Port pertama nak bergambar ada depan pintu masuk muzium 3D Art Langkawi. Gambar kat atas tu kekonon Encik Shukri dari LADA tu gergasi la. Nampak tak?
![]() |
Pandangan hadapan 3D Art Lagkawi |
![]() |
Pintu masuk 3D Art Langkawi |
![]() |
Kasut kena tinggal di Shoe Rack ni, pastikan korang ingat nombor rack yer |
![]() |
Lukisan 3D kat sini nampak cantik dan hidup |
![]() |
Tetiba Zumal sampai ke Venice |
![]() |
Lukisan 3D piramid di Mesir |
6D CINEMOTION
Produk kedua yang Zumal terjah di The Oriental Village Langkawi adalah 6D Cinemotion. 6D Cinemotion ni macam panggung wayang juga la tapi istimewanya kita bagaikan berada dalam filem yang ditontonkan tu. Kalau korang nak tahu ini adalah panggung 6D pertama di Asia Tenggara pada tahun 2013 dulu.
![]() |
Kredit gambar daripada Eddy |
Bila kita masuk ke 6D Cinemotion kita akan dibekalkan cermin mata khas. Jadi kalau ambil gambar guna phone pun nampak tak sama macam kita pakai cermin mata tu. Jadi kalau korang nak rasai keseronokannya kena la masuk ke 6D Cinemotion Langkawi ni sendiri. Kalau dekat dengan rumah memang Zumal nak pergi selalu sebab tayangannya berbeza-beza, kalau boleh nak tengok semua.
SKYCAB
Sekarang Zumal nak kongsi mengenai SkyCab pula. SkyCab ni adalah perkhidmatan kereta kabel yang menghubungkan kita ke puncak Gunung Mat Chinchang. Dalam perjalanan ke puncak Gunung Mat Chinchang tu kita akan dapat lihat pemandangan hutan dari atas dan perairan Langkawi yang cukup indah.
![]() |
Kita akan dapat saksikan panorama indah dengan menggunakan SkyCab |
![]() |
Teruja bila dapat melihat gunung-ganang dan pulau sekitar Langkawi |
Untuk pengetahuan korang, masa naik ke gunung Mat Chinchang, Zumal menggunakan kereta kabel biasa (standart gondola). Tapi masa nak turun semula ke bawah tu Zumal diberikan peluang menaiki Crystal Glass Gondola pula.
![]() |
Pemandangan dari dalam Crystal Glass Gondola |
Mulanya Zumal ingat akan rasa gayat bila naik gondola yang nampak bawah tu. Alhamdulillah la tak rasa gayat pun cuma rasa teruja dan seronok tambah pula pemandangan yang kita lihat sangat cantik.
SKYGLIDE
Bila kita sampai ke puncak, kita akan berpindah ke SkyGlide pula untuk ke SkyBridge. SkyGlide ini adalah sejenis tram. Dalam SkyGlide ni pengunjung hanya boleh berdiri. Kita boleh lihat keindahan hutan di puncak Gunung Mat Chincang dengan lebih dekat.
SkyGlide |
SKYBRIDGE
![]() |
SkyBridge |
SkyBridge ini adalah satu tarikan pelancong popular di Langkawi bahkan ianya juga antara Top 10 tarikan pelancong di Malaysia. Ianya menghubungkan antara dua puncak Gunung Mat Chinchang. ketinggian SkyBridge dari paras tanah adalah kira-kira 100 meter. SkyBridge dapat menampung sehingga 250 orang pada satu-satu masa. Di SkyBridge ini kita akan dapat lihat panorama indah Langkawi dan pulau-pulau sekitarnya. Menurut pengunjung yang ada, jika cuaca tidak berkabus, kita akan nampak pulau-pulau di Thailand juga. SkyBride ini tempat paling best nak bergambar kenangan.
SKYBISTRO
SkyBistro adalah satu-satunya cafe yang berada di puncak Gunung Mat Chinchang. Terdapat pelbagai menu menarik di SkyBistro ini terutama yang best adalah menu westernnya.
Pengalaman yang sangat menarik bila dapat menikmati hidangan lazat di puncak gunung berlatarkan suasana indah.
![]() |
Jemput la makan yer |
![]() |
SkyBistro |
Sebenarnya banyak lagi produk tarikan pelancong di The Oriental Village ini. Untuk merasai keseronokannya korang perlu datang sendiri ke The Oriental Village Langkawi ini.
![]() |
Kereta api ni kami tak sempat naik :) |
![]() |
Electric Car Rental in Oriental Village |
![]() |
Ada pelbagai kedai dan kiosk untuk kaki shopping |
Untuk maklumat lanjut korang boleh layari www.panoramalangkawi.com
PANORAMA LANGKAWI SDN BHD
Oriental Village, Burau Bay
07000 Langkawi
KEDAH
Tel: 604-959 4225/1225
Fax: 604-959 1121/4121
Email: info@panoramalangkawi.com
Travelogue Langkawi ini dibawakan khas kepada anda oleh kolaborasi antara Borakkita Media / Travelogue Malaysia dan The Influenzas Team disokong oleh LADA. Terima kasih untuk penaja utama kami – Mega Watersports , Umgawa Legendary Adventures, Sea Splash, Crocodile Adventureland, Ombak Villa, Nadias Hotel, Smiling Buffalo, Huggin’ Hippo.
Tak lupa juga The Cliff Langkawi, Anytime Holidays, Sky Trex dan Royal Langkawi Yacht Club
bestnya, rindu langkawi! hehehe haritu masuk 6D tu kan, kluar hilang stress hahaha
ReplyDeleteYe betul tu kluar 6D rasa macam lepas buat aktiviti xtreme ja
DeleteWah Zumal sangat menarik ..tak mustahil ramai datang ke Langkawi. InshaAllah manalah tahu kami dari Sabah melaWAT KE TEMPAT TU..
ReplyDeleteWah, jemput la datang ye cikgu
Deleteteringin nk pergi langkawi lagi. makin byk tempat menarik kt sana..
ReplyDeletesekarang makin banyak produk pelancongan baru
Deleteseram nyer kabel car ni!
ReplyDeleteaida da naik skali. rasa serik sgt!!!
sebab masa tu, angin kuat. wrong timing.
so, the kabel car was berayun-ayun teribly!!!
Ooo ye ke, nasib masa zumal naik tak berangin sangat
Delete3D tu x penah msk lagi... kabel car dah penah sekali... rs nk repeat langkawi lg...
ReplyDeleteZumal pun rasa nak repeat sebab tak puas pergi 4 hari je. Hehe...
Delete