MENEROKA KEINDAHAN ALAM DI THE ORIENTAL VILLAGE LANGKAWI

MENEROKA KEINDAHAN ALAM DI THE ORIENTAL VILLAGE LANGKAWI

Assalamualaikum dan salam sehati sejiwa semua. Berjumpa lagi dalam entri Travelogue Langkawi seterusnya oleh Zumal. Kali ini Zumal nak cerita pengalaman Zumal menjejakkan kaki ke The Oriental Village Langkawi. Bagi korang yang belum pernah ke The Oriental Village Langkawi mesti tertanya-tanya tempat apa tu? Ada apa kat situ? Jom ikuti perkongsian Zumal.

3D ART LANGKAWI



Perkongsian pertama Zumal adalah tentang 3D Art Langkawi. Untuk pengetahuan semua 3D Art Langkawi ini adalah muzium 3D yang kedua terbesar di dunia dan confirmlah terbesar kat Malaysia.

Zumal la yang tergolek atas kerusi tu

Port pertama nak bergambar ada depan pintu masuk muzium 3D Art Langkawi. Gambar kat atas tu kekonon Encik Shukri dari LADA tu gergasi la. Nampak tak?

Pandangan hadapan 3D Art Lagkawi
Pintu masuk 3D Art Langkawi
Untuk masuk ke dalam muzium 3D Art Langkawi ni kita kena tinggalkan kasut kat kaunter tau.

Kasut kena tinggal di Shoe Rack ni, pastikan korang ingat nombor rack yer
Lukisan 3D kat sini nampak cantik dan hidup
Tetiba Zumal sampai ke Venice 
Lukisan 3D piramid di Mesir 
Banyak lagi lukisan 3D yang ada dalam muzium ni. Tapi kalau Zumal cerita semua tak surprise la kalau korang pergi nanti kan... Ok la sebelum berakhir kisah 3D Art, ada satu lagi yang bakal korang terpukau masa di 3D Art Langkawi ni iaitu persembahan 3D. Zumal share sebahagian jer tau. Nak tengok lebih best kena la pergi sendiri yer...



6D CINEMOTION

Produk kedua yang Zumal terjah di The Oriental Village Langkawi adalah 6D Cinemotion. 6D Cinemotion ni macam panggung wayang juga la tapi istimewanya kita bagaikan berada dalam filem yang ditontonkan tu. Kalau korang nak tahu ini adalah panggung 6D pertama di Asia Tenggara pada tahun 2013 dulu.
Kredit gambar daripada Eddy

Bila kita masuk ke 6D Cinemotion kita akan dibekalkan cermin mata khas. Jadi kalau ambil gambar guna phone pun nampak tak sama macam kita pakai cermin mata tu. Jadi kalau korang nak rasai keseronokannya kena la masuk ke 6D Cinemotion Langkawi ni sendiri. Kalau dekat dengan rumah memang Zumal nak pergi selalu sebab tayangannya berbeza-beza, kalau boleh nak tengok semua.

SKYCAB

Sekarang Zumal nak kongsi mengenai SkyCab pula. SkyCab ni adalah perkhidmatan kereta kabel yang menghubungkan kita ke puncak Gunung Mat Chinchang. Dalam perjalanan ke puncak Gunung Mat Chinchang tu kita akan dapat lihat pemandangan hutan dari atas dan perairan Langkawi yang cukup indah.

Kita akan dapat saksikan panorama indah dengan menggunakan SkyCab
Teruja bila dapat melihat gunung-ganang dan pulau sekitar Langkawi


Untuk pengetahuan korang, masa naik ke gunung Mat Chinchang, Zumal menggunakan kereta kabel biasa (standart gondola). Tapi masa nak turun semula ke bawah tu Zumal diberikan peluang menaiki Crystal Glass Gondola pula. 

Pemandangan dari dalam Crystal Glass Gondola
Mulanya Zumal ingat akan rasa gayat bila naik gondola yang nampak bawah tu. Alhamdulillah la tak rasa gayat pun cuma rasa teruja dan seronok tambah pula pemandangan yang kita lihat sangat cantik.


SKYGLIDE

Bila kita sampai ke puncak, kita akan berpindah ke SkyGlide pula untuk ke SkyBridge. SkyGlide ini adalah sejenis tram. Dalam SkyGlide ni pengunjung hanya boleh berdiri. Kita boleh lihat keindahan hutan di puncak Gunung Mat Chincang dengan lebih dekat. 

Image result for skyglide langkawi
SkyGlide

SKYBRIDGE

SkyBridge
SkyBridge ini adalah satu tarikan pelancong popular di Langkawi bahkan ianya juga antara Top 10 tarikan pelancong di Malaysia. Ianya menghubungkan antara dua puncak Gunung Mat Chinchang. ketinggian SkyBridge dari paras tanah adalah kira-kira 100 meter. SkyBridge dapat menampung sehingga 250 orang pada satu-satu masa. Di SkyBridge ini kita akan dapat lihat panorama indah Langkawi dan pulau-pulau sekitarnya. Menurut pengunjung yang ada, jika cuaca tidak berkabus, kita akan nampak pulau-pulau di Thailand juga. SkyBride ini tempat paling best nak bergambar kenangan.

SKYBISTRO

SkyBistro adalah satu-satunya cafe yang berada di puncak Gunung Mat Chinchang. Terdapat pelbagai menu menarik di SkyBistro ini terutama yang best adalah menu westernnya.



Pengalaman yang sangat menarik bila dapat menikmati hidangan lazat di puncak gunung berlatarkan suasana indah. 

Jemput la makan yer

SkyBistro
Sebenarnya banyak lagi produk tarikan pelancong di The Oriental Village ini. Untuk merasai keseronokannya korang perlu datang sendiri ke The Oriental Village Langkawi ini. 

Kereta api ni kami tak sempat naik :)

Electric Car Rental in Oriental Village

Ada pelbagai kedai dan kiosk untuk kaki shopping
Untuk maklumat lanjut korang boleh layari www.panoramalangkawi.com 

PANORAMA LANGKAWI SDN BHD
Oriental Village, Burau Bay
07000 Langkawi
KEDAH

Tel: 604-959 4225/1225

Fax: 604-959 1121/4121

Email: info@panoramalangkawi.com

Travelogue Langkawi ini dibawakan khas kepada anda oleh kolaborasi antara Borakkita Media / Travelogue Malaysia dan The Influenzas Team disokong oleh LADA. Terima kasih untuk penaja utama kami – Mega Watersports , Umgawa Legendary AdventuresSea SplashCrocodile AdventurelandOmbak VillaNadias HotelSmiling Buffalo, Huggin’ Hippo.
Tak lupa juga The Cliff Langkawi, Anytime Holidays, Sky Trex dan Royal Langkawi Yacht Club

Comments

  1. bestnya, rindu langkawi! hehehe haritu masuk 6D tu kan, kluar hilang stress hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye betul tu kluar 6D rasa macam lepas buat aktiviti xtreme ja

      Delete
  2. Wah Zumal sangat menarik ..tak mustahil ramai datang ke Langkawi. InshaAllah manalah tahu kami dari Sabah melaWAT KE TEMPAT TU..

    ReplyDelete
  3. teringin nk pergi langkawi lagi. makin byk tempat menarik kt sana..

    ReplyDelete
    Replies
    1. sekarang makin banyak produk pelancongan baru

      Delete
  4. seram nyer kabel car ni!
    aida da naik skali. rasa serik sgt!!!
    sebab masa tu, angin kuat. wrong timing.
    so, the kabel car was berayun-ayun teribly!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ooo ye ke, nasib masa zumal naik tak berangin sangat

      Delete
  5. 3D tu x penah msk lagi... kabel car dah penah sekali... rs nk repeat langkawi lg...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Zumal pun rasa nak repeat sebab tak puas pergi 4 hari je. Hehe...

      Delete

Post a Comment

Popular Posts