MENGIMBAU SEBUAH SEJARAH DI KOTA MAHSURI

Assalamualaikum dan salam sehati sejiwa semua. Langkawi sebuah nama yang perlu diceritakan lagi pasti semua tahu ianya sebuah pulau bebas cukai yang mahsyur di Malaysia bahkan di dunia. Begitu juga dengan kisah sumpahan Mahsuri terhadap pulau ini selama tujuh keturunan yang menjadikan pulau ini seperti padang jarak padang terkukur.

Siri Travelogue Langkawi kali ini membawa kami team Borakkita mengimbau sebuah perjalanan kisah hidup insan bernama Mahsuri binti Pandak Mayah atau lebih dikenali sebagai Mahsuri.

Mahsuri

Kota Mahsuri menjadi saksi kisah luka insan yang teraniya ini. Di sini kami diceritakan semula perjalanan hidup Mahsuri.

Pintu Masuk Kota Mahsuri
Jadual Tayangan Teater Mahsuri 
Kami sangat bertuah kerana pada hari team kami mengadakan lawatan diadakan tayangan teater kisah Mahsuri.

Kami dicerita serba sedikit tentang Mahsuri sebelum tayangan teater


Dalam kisah Mahsuri ini dapat mengingatkan kita tentang sesuatu perkara yang dijalankan tanpa usul periksa akhirnya membawa kepada padah yang berpanjangan. Fitnah adalah suatu bentuk penganiyaan yang sangat kejam. Begitu juga dengan ketaatan membuta-tuli masyarakat dahulu kepada pemimpin membawa padah kepada masyarakatnya sendiri.

Setelah selesai tontonan kisah Mahsuri kami melawat pula tapak berlakunya kisah silam itu.

Jalan masuk ke kampung Mahsuri
Makam Mahsuri
Kediaman asal Mahsuri
Pergi Mahsuri
Begitulah berakhir sebuah perjalanan kami mengimbau sebuah sejarah luka insan bernama Mahsuri. Kepada korang yang ke Langkawi jangan lupa datang ke Kota Mahsuri untuk melihat kesan sejarah agung dan penceritaan kisah yang banyak memberi pengajaran buat kita meneruskan perjalanan hidup kita hari ini.



Untuk maklumat lanjut korang boleh lawati www.anytimeholidays.com

Kota Mahsuri
Jalan Makam Mahsuri
07000 Langkawi
KEDAH.

Travelogue Langkawi ini dibawakan khas kepada anda oleh kolaborasi antara Borakkita Media / Travelogue Malaysia dan The Influenzas Team disokong oleh LADA. Terima kasih untuk penaja utama kami – Mega Watersports , Umgawa Legendary AdventuresSea SplashCrocodile AdventurelandOmbak VillaNadias HotelSmiling Buffalo, Huggin’ Hippo.
Tak lupa juga The Cliff Langkawi, Anytime Holidays, Sky Trex dan Royal Langkawi Yacht Club

Comments

  1. Pernah masuk sekali masa pegi dulu.. .

    ReplyDelete
    Replies
    1. Zumal pun sebelum nis masuk time form 5 ja, lepas tu pi langkawi tak singgah dah situ. Sekarang dah makin best tempatnya

      Delete
  2. alahai..bestnya bila blh sampai langkawi gak ni..:)

    ReplyDelete
  3. pernah singgah sini beberapa kali, last pegi tahun 2016 tak silap

    ReplyDelete
  4. Ada tayangan theatre Mahsuri lagi lah menarik minat pelawat.

    ReplyDelete
  5. tetiba teringat waris mahsuri, aishah...apa khabar agaknya dia ya

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts