MENU MENYELERAKAN DI THE CLIFF LANGKAWI

20180924_185605-01-1008x756

THE CLIFF LANGKAWI


Assaalamulaikum dan salam sehati sejiwa semua. Kali ini berjumpa lagi kita dalam entri Travelogue Langkawi. Untuk entri ini Zumal nak kongsi sebuah restaurant best di Pantai Cenang iaitu The Cliff Restaurant

Seperti yang korang tahu, Pantai Cenang merupakan sebuah kawasan tumpuan di Langkawi terutama yang menyukai aktiviti pantai dan laut. Selain itu di Pantai Cenang ni adalah antara port untuk shopping. Barang yang glam kat Cenang ni tentulah coklat. Memang tak sah kalau tak bawak balik coklat dari Langkawi ni. Tapi itu shopping, lepas penat shopping mesti nak menjamu selera pula. Zumal cadangkan korang mencuba pelbagai menu di The Cliff Restaurant. The Cliff Restaurant ni terletak belakang Underwater World jer.


The Cliff Restaurant menawarkan menu masakan Melayu tradisional dan moden. 

Deep-fried Fish with Sweet Chili Honey Tamarind Mango Chutney

Deep-fried Mackerel Fish & Battered Soft Shell Crab Chili Garlic Coriander Dipping

Wok-fried Breaded Slice Chicken with Mild Chili Onion Paste

Chili Paste Green Mussel

Hidangan untuk diner kami

Tropical Sliced Fruits Platter with Walnut Brownies

Tengok la betapa laparnya budak tu
Menu-menu dekat The Cliff Restaurant ni tak la begitu pedas jadi ia sangat sesuai untuk makan bersama keluarga walaupun ada anak kecil. Menjamu selera sambil ditemani deruan ombak memukul pantai dan angin laut yang sepoi-sepoi bahasa buat diner kami bertambah asyik.

Untuk pengetahuan semua The Cliff Restaurant ini boleh menempat kira-kira 120 orang tetamu pada satu-satu masa. Ianya juga boleh ditempah untuk majlis-majlis seperti hari jadi, jamuan dan sebagainyai.

Jika korang ingin menjamu selera di The Cliff Restaurant boleh ke:

The Cliff Restaurant & Bar
Lot 63 & 40, Jalan Pantai Cenang (belakang Underwater World)
07000 Pulau Langkawi
Masa Operasi: Setiap Hari 12pm - 11pm
Tel: 04-953 3228 

Travelogue Langkawi ini dibawakan khas kepada anda oleh kolaborasi antara Borakkita Media / Travelogue Malaysia dan The Influenzas Team disokong oleh LADA. Terima kasih untuk penaja utama kami – Mega Watersports , Umgawa Legendary Adventures, Sea Splash, Crocodile Adventureland, Ombak Villa, Nadias Hotel, Smiling Buffalo, Huggin’ Hippo.
Tak lupa juga The Cliff Langkawi, Anytime Holidays, Sky Trex dan Royal Langkawi Yacht Club

Comments

  1. Tak sah jika tak hadap makanan kat Langkawi tu Zumal..sedap2 belaka..

    ReplyDelete
  2. next trip aida ke langkawi, pasti akan stay di cenang.
    lepak tepi pantai.
    makan-makan dgn anak-anak.
    last time, 2015, ke sana, da berubah betul wajah pantai cenang!
    modern.
    ramai org.
    happening sgt.

    ReplyDelete
  3. alahai..mewahnya makanannya..:)

    ReplyDelete
  4. Mmg pasti kenyang makan di sini.. sajiannya nampak banyak dan puas makan

    ReplyDelete
  5. Sedap2, nx if melawat langkawi akan lepak sini

    ReplyDelete
  6. Menarik sgt menu2 restoran tu. Boleh masuk dalam list ni.

    ReplyDelete
  7. Hadoi.. hadoi.. Bestnya menu-menu dia.. Yang ini yang paling mengancam Chili Paste Green Mussel.. ohsem..

    ReplyDelete
  8. menu ala chef la restoran ni. boleh la repeat trip langkawi utk follow tempat yg zumal dah jejak.hehe...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wah semoga percutian lepas ni lebih bermakna gitu

      Delete
  9. portion yg kecik tu... cukup kewwww hahahaha

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts