MERENTASI BELANTARA DI SKYTREX LANGKAWI

Assalamualaikum dan salam sehati sejiwa semua. Jumpa lagi kita dalam entri Travelogue Langkawi seterusnya. Kali ni Zumal nak cerita pengalaman pertama Zumal dalam aktiviti lasak dan mencabar di Skytrex Langkawi

Zumal ni kalau turun bangunan guna tali tu pernah la buat tapi nak merentasi laluan dari pokok ke pokok yang amat tinggi ni buat rasa cuak dan gayat. Walau apa pun tak cuba tak tahu. Jom ikuti pengembaraan Zumal di Skytrex Langkawi

SKYTREX LANGKAWI


Kalau korang lalu area jalan Kampung Kok selepas Perdana Quay, korang akan nampak signboad Skytrex Langkawi betul-betul kat selekoh jalan tu. Hutan kat belakang tu la tempat kami geng media bakal beraksi.


Debaran makin kuat bila kami dipakaikan peralatan keselamatan untuk memulakan aktiviti di Skytrex Langkawi.

Kami semua tengah membetulkan peralatan masing-masing

Bergaya saat akhir sebelum memulakan aktiviti
Kalau korang nak tahu masa kami dah siap dan dengar taklimat tentang cara-cara untuk menggunakan peralatan yang disediakan hari mulai gelap. Nak hujan!!! Cuak, gabra semua datang tetiba tau. Tapi korang jangan risau, guider berpengalaman Skytrex ada di sisi korang. Jangan takut macam Zumal yer.

Kredit gambar Eddy
Tahap pertama untuk aksi di Skytrex Langkawi, disebabkan Zumal dah tengok dari bawah nampak rendah jer jadi kurang la sikit debaran di dada. 

Kredit gambar Acap
Masa dah makin tinggi ni Zumal makin gabra nak teruskan aktiviti. Dengan berkat sokongan moral dari kawan-kawan kita teruskan juga tau. Tapi bila korang yang gayat macam Zumal dah try aksi macam ni mesti gayat tu makin kurang. Lama-lama seronok pula tau.

Untuk pengetahuan korang pakej di Skytrex Langkawi ni ada 3 kategori, pertama adalah Little Legend (untuk beginner yang belum pernah try macam Zumal) pakej ni ambil masa lebih kurang 2 jam, kedua adalah Eagle Thrill (untuk level pertengahan yang ambil masa lebih kurang 2.5-3 jam dan yang terakhir Island Extreme (untuk golongon yang pro dan mengambil masa antara 2.5 - 3 jam)

Kalau korang datang ke Langkawi jangan lupa terjah Skytrex Langkawi. Kalau korang nak jimat beli tiket secara online di :


SKYTREX LANGKAWI ADVENTURE PARK SDN BHD
Pt 34, Kampung Kok, Mukim Padang Mat Sirat,
07900 Langkawi
KEDAH.

Tel: 019-280 5679
Email: langkawi@skytrex-adventure.com



Travelogue Langkawi ini dibawakan khas kepada anda oleh kolaborasi antara Borakkita Media / Travelogue Malaysia dan The Influenzas Team disokong oleh LADA. Terima kasih untuk penaja utama kami – Mega Watersports , Umgawa Legendary AdventuresSea SplashCrocodile AdventurelandOmbak VillaNadias HotelSmiling Buffalo, Huggin’ Hippo.
Tak lupa juga The Cliff Langkawi, Anytime Holidays, Sky Trex dan Royal Langkawi Yacht Club

Comments

Post a Comment

Popular Posts