OMBAK VILLA LANGKAWI
Assalamualaikum dan salam sehati sejiwa semua. Cuti sekolah pun dah hampir tiba pasti ada yang merancang untuk pergi bercuti. Kepada korang yang merancang untuk bercuti di Langkawi tu Zumal nak cadangkan penginapan mewah untuk korang yang pasti membuat korang rasa tenang dan damai iaitu di Ombak Villa Langkawi.
Ombak Villa Langkawi |
Bulan September 2018 lalu Zumal bersama team Borakkita telah berpeluang menginap di Ombak Villa Langkawi dalam siri Travelogue Langkawi. Kehadiran kami bersama pegawai LADA diberi sambutan meriah.
Jika korang pilih untuk menginap di Ombak Villa Langkawi, korang boleh memilih beberapa jenis Villa antaranya Ombak Suite, Seroja Suite dan Villa Seri Andaman. Untuk pengetahuan semua, di sini ada sebuah villa khas iaitu Villa Seri Kasturi adalah penginapan untuk Perdana Menteri Malaysia.
![]() |
Villa Seri Kasturi Khas Untuk PM |
![]() |
Seroja Suite |
![]() |
Ombak Suite |
![]() |
Villa Seri Andaman |
Zumal cerita sikit mengenai Seroja Suite, suite ini adalah honeymoon suite yang sangat mewah berbanding suite lain yang ada di Ombak Villa Langkawi ini. Suite ini betul-betul tepi laut dah dihadapannya ada landskap yang sangat indah.
![]() |
Landskap Seroja Suite |
![]() |
Landskap Seroja Suite |
Tengok di luar pun dah sangat mengujakan dan bila Zumal melangkah masuk je ke dalam buat mata Zumal terpegun dengan kecantikkan reka letak dan hiasan dalaman villa ini.
![]() |
Pintu Depan Seroja Suite |
![]() |
Ruang Tamu |
![]() |
Ada Ruang Meja Makan |
![]() |
Macam Dalam Istana |
![]() |
Ruang Dalaman Seroja Suite |
Macam mana dah plan nak honeymoon di sini? Jom kita tengok suite lain pula. Kita melawat Ombak Suite pula.
![]() |
Ombak Suite |
![]() |
Ruang Dalaman Ombak Suite |
Untuk menjamu selera pula kita boleh memilih beberapa cafe yang tersedia di sini iaitu Bayu Restaurant, Mentari Lounge, Amai Bistro dan Al Shallal Restaurant.
![]() |
Kolam Renang Berhadapan Laut |
Bersebelahan Bayu Restaurant ada dua buah kolam renang untuk kemudahan pengunjung. Ombak Villa juga mempunyai sebuah gimnasium untuk para tetamunya.
Bagi yang suka mandi laut, di Ombak Villa Langkawi ada pantai persendirian yang amat privasi. Di sini juga jika korang bernasib baik akan dapat menangkap bronok. Bronok ni adalah sejenis lintah laut yang sedikit comel dari gamat.
Manakala berdekatan Amai Bistro, korang boleh mengunjungi perkampungan nelayan Kuala Muda Langkawi.
![]() |
Di Belakang Zumal Adalah Bot Nelayan Kuala Muda |
Untuk maklumat lanjut tentang Ombak Villa Langkawi, korang boleh layari www.ombakvillalangkawi.com dan berikut adalah alamat Ombak Villa Langkawi:
Lot 78, Jalan Kuala Muda,
Padang Matsirat, 07100 Langkawi,
Kedah Darul Aman, Malaysia.
Tel: 604 - 955 8181
Faks: 604 - 955 8881
Travelogue Langkawi ini dibawakan khas kepada anda oleh kolaborasi antara Borakkita Media / Travelogue Malaysia dan The Influenzas Team disokong oleh LADA. Terima kasih untuk penaja utama kami – Mega Watersports , Umgawa Legendary Adventures, Sea Splash, Crocodile Adventureland, Ombak Villa, Nadias Hotel, Smiling Buffalo, Huggin’ Hippo.
Tak lupa juga The Cliff Langkawi, Anytime Holidays, Sky Trex dan Royal Langkawi Yacht Club
uiii syoknya kalau dpt menginap kt sini semalam dua...
ReplyDeleteItu la zumal pun rasa macam tu tau
Delete