ROYAL LANGKAWI YACHT CLUB
Assalamualaikum dan salam sehati sejiwa semua. Dah plan nak bercuti? Kat mana yer? Kalau belum decide nak bercuti di mana jom la bercuti di Langkawi. Bulan lepas Zumal pergi Langkawi bersama team Borakkita dalam siri Travelogue Langkawi. Hari kedua di sana Zumal menginap di Royal Langkawi Yacht Club.
![]() |
Royal Langkawi Yacht Club |
Sebelum kami check in tu Zumal berehat kat lobinya. Best sangat dekat sini sebab Royal Langkawi Yacht Club ini ada marinanya sendiri. Kita boleh tengok kapal-kapal layar keluar masuk dari marina dan ada yang berlabuh di Royal Langkawi Yacht Club ini.
![]() |
Kaunter Royal Langkawi Yacht Club |
![]() |
Di sinilah kapal-kapal layar berlabuh |
Bila tengok kapal-kapal layar di depan mata ni mula la teringin nak ada sebuah. Berangan je lebih bukannya mampu pun. Lain la ada sponsor. Hikhik. Jom ikut Zumal masuk bilik. Korang boleh pilih nak bilik mengadap laut atau tak. Biasa la mengadap laut tu harganya lebih sikit tapi berbaloi.
Biliknya luas dan selesa. sesuai la nak honeymoon atau bersama keluarga.
Royal Langkawi Yacht Club ini juga ada ruang untuk korang duduk bersantai sambil melihat laut atau menanti sunset.
Untuk menjamu selera, korang perlu ke tingkat bawah Royal Langkawi Yacht Club.
![]() |
Ruang Sangat Selesa Untuk Menjamu Selera |
![]() |
Menu Sarapan Secara Buffet |
![]() |
Pelbagai Menu Disediakan |
![]() |
Bergambar Bersama Team |
Kalau korang nak menjamu selera sebelah malam pula, ada beberapa cafe sebaris dengan cafe Royal Langkawi Yacht Club ini.
![]() |
Dinner di Charlie's Bar & Grill |
![]() |
Dah jadi fevret |
![]() |
Coffee kat sini memang sedap |
![]() |
Crocodile Pizza pun ada |
Kepada non-muslim tu, korang boleh la try Crocodile Pizza tu. Sahabat kita yang rasa tu katanya macam rasa ayam. Malam tu CEO Royal Langkawi Yacht Club belanja kami makan. Ada lagi menunya tak sempat ambil gambar dah masuk dalam perut.
![]() |
Ini pemandangan Royal Langkawi Yacht Club sebelah malam dari marina |
Disebabkan Royal Langkawi Yacht Club ini terletak berhampiran Jeti Kuah, jadi banyak la lokasi boleh shopping.
Alhamdulillah dapat berehat dan menikmati malam yang tenang di sini. Penginapan di Royal Langkawi Yacht Club ini sangat selesa dan mendamaikan.
![]() |
Best sangat tidur sorang-sorang di atas tilam empuk |
Untuk pengetahuan korang Royal Langkawi Yacht Club (RLYC) ini mempunyai 44 buah bilik. Selain itu RLYC ini pernah memenangi Archipelago Awards. Ini bermakna RLYC ni bukan hotel sembarangan yer. Di sini juga terdapat kolam renang dan jacuzzi untuk kegunaan tetamu hotel.
Untuk maklumat lanjut tentang Royal Langkawi Yacht Club ini sila layari www.langkawiyachtclub.com
ROYAL LANGKAWI YACHT CLUB
Jalan Dato Syed Omar
07000 Kuah
Langkawi
KEDAH.
Tel: +604 966 4078 Fax: +604 966 5078
E-mail: office@langkawiyachtclub.com
Travelogue Langkawi ini dibawakan khas kepada anda oleh kolaborasi antara Borakkita Media / Travelogue Malaysia dan The Influenzas Team disokong oleh LADA. Terima kasih untuk penaja utama kami – Mega Watersports , Umgawa Legendary Adventures, Sea Splash, Crocodile Adventureland, Ombak Villa, Nadias Hotel, Smiling Buffalo, Huggin’ Hippo.
Tak lupa juga The Cliff Langkawi, Anytime Holidays, Sky Trex dan Royal Langkawi Yacht Club
Menarik....bila tempat penginapan mengadap ke laut...nikmat bergandakan....best.
ReplyDeleteBetul tu PC
Deletehuiiii syoknya mcm org have have ;-)
ReplyDeleteHehe...
Delete