TOUR LANGKAWI DENGAN JET SKI MEGA WATER SPORTS

Assalamualaikum dan salam sehati sejiwa semua. Maaf la sebab zumal dah lama menghilangkan diri. Sebenarnya Isnin lepas zumal telah ke Langkawi atas jemputan team Borakkita untuk siri Travelogue Langkawi

Dah lama Zumal tak pergi Langkawi, maklum la tak ada geng. Bila dapat peluang macam ni rugi la kalau Zumal tak terima lepas tu ramai pulak geng. Aktiviti hari pertama di Langkawi ialah tour by jet ski. Selalunya kita kalau naik jet ski sekadar pusing tepi pantai je tapi dengan pakej dari Mega Water Sports ni kami di bawa pusing ke pulau-pulau lain sekitar Langkawi. Ada 8 buah check point yang merangkumi Pulau Dayang Bunting,  Pulau Singa Besar, Pulau Beras Basah dan lain-lain.

Zumal naik jet ski bersama Encik Shukri dari LADA. Kalau nak tahu kami berdua first time naik jet ski. Jangan risau la, dengan kepakaran guider Mega Water Sports, kita yang tak pandai boleh terus pandai dan dapat meredah lautan luas membiru...

Inilah group Borakkita dalam jet ski tour

Jet Ski yang besar dan berkuasa tinggi

Inilah lokasi booth Mega Water Sports di Pantai Cenang

Booth Mega Water Sports

Pakej jet ski tour dari Mega Water Sports ni mengambil masa dalam 4 jam lebih. Kalau nak join jangan lupa sapu sunblock atau pakai baju lengan panjang yer. Perjalanan pertama kami adalah ke Pulau Dayang Bunting. Kalau tak silap hampir 15 minit juga baru sampai ke Pulau Dayang Bunting tu. Zumal pertama kali sampai ke Pulau Dayang Bunting.





Pulau Dayang Bunting ni adalah pulau kedua terbesar selepas Pulau Langkawi. Pulau Dayang Bunting hanya boleh diakses dengan bot dan juga jet ski. Menariknya pulau ini adalah kerana ianya mempunyai tasik air tawar di atas paras laut yang dinamakan Tasik Dayang Bunting. Di tasik ni kita boleh jalankan pelbagai aktiviti seperti mandi manda atau pun berkayak. Mengikut mitos siapa yang sukar mengandung boleh minum air tasik ini dan ia bakal memudahkan untuk mendapat cahaya mata. Kami di sini selama 20 minit. Puas juga menikmati keindahan alam ciptaan tuhan di sini.

Selepas itu, kami bertolak ke lokasi pula. Kali ini kami tak mendarat di pantai tapi singgah di tengah laut yang dikelilingi pulau batu kapur yang cukup indah. Kami berhenti di situ dan dapat mandi laut di kelilingi keindahan pulau.



Dekat kawasan ini airnya sangat tenang, kami jumpa ada sebuah kapal layar berlabuh di situ. Nampak gaya mereka di atas kapal layar itu sedang memancing. Rasanya lokasi ini memang sangat sesuai untuk memancing kerana batuan pulau tanpa penghuni ini menjadi tempat ikan-ikan bermain.


Kepada pencinta alam dan yang suka bergambar memang sesuai mengambil pakej jet ski tour dari Mega Water Sports ini. Anda jangan lupa pula bawa kamera kalis air untuk merakam memori indah anda. Silap tak bawak dron ambil gambar kami dari udara, lagi best buat video kan. Boleh la kongsi dekat anda semua. Kalau tak ada kamera boleh jer sewa GoPro dari Mega Water Sports dengan harga berpatutan.



Setelah sampai satu destinasi yang agak jauh dari pulau-pulau, kami dilepaskan untuk melakukan aktiviti bebas di tengah laut tu. Nak berenang ke, menyelam ke nak pecut jet ski dengan gaya sendiri pun boleh. Memang puas hati la pakej tour bersama Mega Water Sports ni.

Destinasi terakhir kami ialah Pulau Beras Basah. Kami dibawa singgah di Pulau Beras Basah untuk berehat dan menikmati keindahan pulau yang dikelilingi karang. Paling best masa kami sedang berjalan-jalan di pantai terjumpa pula seekor gamat. Zumal dapat sentuh gamat tu. Fuh, pengalaman yang cukup berharga.

Semasa kami tiba di Pulau Beras Basah

Dalam perjalanan pulang ke Pantai Cenang, kami dapat menikmati keindahan sunset di perairan Langkawi.


Masa nak balik ke Pantai Chenang tu rakan-rakan media pakat berlumba nak sampai dulu. Awal-awal jalan masing-masing slow jer, maklum la lepas perjalanan 4 jam lebih tu semua dah jadi pro. Itu la bukti guider kami memang pakar. Jadi kepada newbie pun jangan risau anda bakal jadi pro juga. Pasal keselamatan, anda dibekalkan life jacket dan setiap pakej di Mega Water Sports ini termasuk perlindungan insuran. Apa lagi nak tunggu, jom la ke Langkawi dan pilih pakej jet ski tour di Mega Water Sports.


Untuk langgan pakej atau inginkan info lanjut sila layari https://megawatersports.com

Travelogue Langkawi ini dibawakan khas kepada anda oleh kolaborasi antara Borakkita Media / Travelogue Malaysia dan The Influenzas Team disokong oleh LADA. Terima kasih untuk penaja utama kami – Mega Watersports , Umgawa Legendary AdventuresSea SplashCrocodile AdventurelandOmbak VillaNadias HotelSmiling Buffalo, Huggin’ Hippo.
Tak lupa juga The Cliff Langkawi, Anytime Holidays, Sky Trex dan Royal Langkawi Yacht Club

Comments

  1. lately sy terfikir nak g langkawi lg.... wahhh best ni zumal... sy mmg belum penah try lg naik jet ski ni

    ReplyDelete
  2. Seronoknya tuan tanah ni pi bercuti main water sports. Cheq dah bertahun tak jenguk Langkawi..mesti dah banyak perubahan di pulau tu :)

    ReplyDelete
  3. Bestnya zumal.patutlah lama tak tengok entri baru zumal naik dalam reading list... ropenya orang seronok pergi bercuti. Hehe...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah la Fiza, banyak lagi mengenai percutian di Langkawi bakal zumal share

      Delete
  4. best juga ehh kalau dapat tour dengan jetsky

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang sangat best, nanti boleh la ke Mega Water Sports

      Delete
  5. Interesting. Dapat best feelings kan semasa riding jetski sambil meredah ombak!

    Good info.

    ReplyDelete
  6. dah lama ateng tak singgah sini, makin cantik lah blog zumal. and yes, rinduuu langkawi, banyak yg menarik sekarang ye, nanti nak pergi lah tempat ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih Ateng. Nanti boleh la pergi bercuti di Langkawi

      Delete
  7. Lamanya xp langkawi. ... Nnt nk kena p jugak la. .Langkawi makin byk tempat bole explore kn

    ReplyDelete
  8. AKTIVITI MENYERONOKAN DI PULAU LANGKAWI

    ReplyDelete
  9. uwaaaa missing langkawi! rindu laut hahaha


    jemput join ga sha ; http://www.shfyqhazhr.com/2018/10/giveaway-planner-2019-by-shfyqhazhrcom.html

    ReplyDelete
  10. Menarik ni.. sememangnya pengalaman yg menyeronokkan.. best!

    ReplyDelete
  11. baru je balik dari langkawi september lepas.tak tau pun ada pakej best macam ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Owh sama la Zumal pun pergi bulan september juga

      Delete

Post a Comment

Popular Posts