COMPLICATED
Assalamualaikum dan salam sehati sejiwa semua. Camne best tak layan lagu Complicated oleh Avril Lavigne tu? Sebenarnya Zumal bukan nak bagi lirik atau promote lagu Complicated tu tapi just nak bercerita tentang betapa complicated kehidupan Zumal ni.
Kalau sebelum ni kereta rosak. Mula dengan kipas radiator je tak jalan. Lepas baiki radiator pulak bocor. Fuh dugaan banyak sangat. Semua kos tu adalah hutang. Ish ish.
Kesihatan. Bulan 8 lalu dah pernah rasa lemas macam nak mati tapi tak mati pun. Dah berubat ingat lega. Bulan 10 jadi lagi teruk dan doktor detect ada macam penyakit pula, asma memang ada, jantung dan kencing manis pulak menjelma. Itu la teringin sangat sakit.
Berniaga. Target beli harga ni murah boleh jual dapat untung banyak. Hakikatnya tak jadi begitu. Sebab terdesak jual barang murah-murah akhir untung pun entah ke mana.
Ekonomi. Kita bayang, kita jual orang beli. Tak semudah tu, kita jual orang tengok saja je. Semua orang berjimat kerana ekonomi tak stabil. Pergi pasar habis tenaga angkut barang, jual tak laku tapi kena bayar tapak la, duit petrol lagi, makan lagi entah la.
Ada rumah tapi macam-macam masalah berkaitan rumah. Fuh penat. Penat sangat. Complicated hidup ini.
Sekarang fokus blog je la maybe ada rezeki di blog ni kan. Tapi complicated juga kan...
Usaha baiki kesihatan. Regular bersenam dan makanan sihat. Bila diri sihat dan bersemangat semua complications tu boleh di nyahkan.
ReplyDeleteInsha Allah sis
DeleteSetiap org akan ada ujian masing2. ..
ReplyDeleteSemoga urusan zumal sentiasa dipermudahkan
Insha Allah Aamiin
DeleteIt’s too complicated kan. Huhu. Jaga kesihatan bro. Jangan lupa makan ubat dan follow-up selalu. Amalkan gaya hidup sihat. Semoga Allah permudahkan urusan Bro Zumal. In shaa Allah.
ReplyDeleteInsha Allah Aamiin
DeleteApa yang berlaku pasti ada hikmah
ReplyDeleteDan semua itu mengajar kita untuk memahami erti kehidupan yang sebenar.
Jaga kesihatan ya.
Amalkan gaya hidup sihat.
Semoga segala urusan dipemurdahkan.
Insha Allah Aamiin
DeleteItulah normal kehidupan Zumal..perlu bersabar dan sentiasa reda. Usah putus asa. Cuba dan cuba lagi. Inta dont Give up!
ReplyDeleteInsha Allah cikgu
Deletehaih la complicated post ni. moga dipermudahkan semua urusan dan hari2 yang lebih baik, kesihatan yang lebih baik akan datang. Inshaallah. Amiin
ReplyDeleteInsha Allah Aamiin...
DeleteHidup ni memang complicated la.. Takde yang mudah. Tapi apa pun, jangan lupa bersyukur.. Harap dipermudahkan ya, dah semoga cepat sembuh :)
ReplyDeleteTerima kasih YS
DeleteSemoga dipermudahkan urusan zumal
ReplyDeleteAamiin
DeleteSemoga urusan Zumal dipermudahkan.
ReplyDeleteInsha Allah Aamiin
DeleteKehidupan ni kan sebuah ujian, kita semua ni akan terus diuji. Keep positip na Zumal, kuatkan semangat dan ingat Allah Taala sentiasa ada 😊
ReplyDeleteTerima kasih Cik Suerin
DeleteWah Avril Lavigne mmg best. Mam suka lagi ni
ReplyDeleteBetul tu lagu ni best
Deleteapa yg zumal tulis ni, buat saya teringat kata2 guru saya.
ReplyDeletekatanya, masalah ni, pokok pangkal penyelesaiannya terletak pada, bagaimana kita MENJAGA SESUATU HUBUNGAN. hubungan dgn Sang Pencipta (amal ibadah), hubungan dgn ibu ayah, hubungan dgn org sekeliling etc. kalau kita jaga hubungan ini (melakukan ibadah, menghormati ibu ayah, jaga kebajikan sekeliling), insya allah, sedikit demi sedikit masalah akan berkurangan. ini krn kita tak tahu, dlm perhubungan itu ada 'hati-hati' yg tercalar, terguris, teraniaya 9dek perbuatan kita) dan sbb itulah hidup (rezeki) kita tak lancar (bermasalah).
sy sekadar berkongsi sahaja...x de kena mengena dgn yg hidup atau yg mati...
Mrs. A pun pernah dengar tazkirah pagi sinar bersama dengan DMFK berkenaan jaga hubungan ini terutama sekali hubungan kita dengan Allah. DMFK kata kalau kita menjaga hubungan kita dengan ALLAh contoh jaga solat 5 waktu etc. In Sha Allah hubungan kita dengan yang lain-lain Allah akan jaga iaitu dengan sendirinya dipermudahkan olehNYA. Wallahualam
DeleteTerima kasih Anies dan Mrs.A
DeleteTak sah hidup kalau tak complicated. Tunggu sampai satu fasa kita akan rasa tenang sangat sampai tak sedar masa pun berlalu.
ReplyDeleteSemoga fasa tu cepat datang. Aamiin...
DeleteSabar Zumal.. tiap-tiap orang ada bahagiannya masing-masing. Cuma selepas susah itu ada senangnya. In Shaa Allah, moga yang senang tu cepat menjelmalah
ReplyDeleteInsha Allah, terima kasih yer ciktie
Delete