DALIL MENGENAI LARANGAN MENCAMPUR MAKANAN LAUT DAN DARAT

Assalamualaikum dan salam sehati sejiwa semua. Hari ini Zumal terdetik untuk berkongsi tentang dalil mengenai larangan mencampur makanan laut dan darat kerana sebelum ini Zumal sering mendengar rakan-rakan bercakap mengenai perkara tersebut. 


Sebenarnya semalam Zumal telah mencari dalil mengenai larangan mencampur makanan laut dan darat di dalam google dan daripada dapatan carian tersebut banyak ceramah agama oleh uztaz dan mufti menafikan wujudnya dalil berkaitan larangan mencampur makanan laut dan darat.

Ianya lebih meyakinkan Zumal apabila ada artikel yang dikeluarkan oleh Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan mengenai topik tersebut. Berikut adalah artikel yang disiarkan dalam laman web Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan :

Perintah memakan daripada rezeki atau hasil yang halal lagi baik merupakan perintah daripada Allah SWT kepada orang-orang beriman dan juga kepada para rasul. Di dalam al-Quran terdapat banyak ayat al-Quran yang menunjukkan akan tuntutan bagi setiap insan itu untuk memakan daripada hasil atau rezeki yang halal lagi baik. Ini kerana, makanan yang halal lagi baik itu merupakan salah satu faktor utama kemustajaban doa seseorang hamba itu. Antara firman Allah SWT yang menunjukkan akan tuntutan tersebut adalah:

Firman Allah SWT:

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا كُلُوا مِن طَيِّبَاتِ مَا رَزَقْنَاكُمْ وَاشْكُرُوا لِلَّـهِ إِن كُنتُمْ إِيَّاهُ تَعْبُدُونَ
al-Baqarah:172
Maksudnya: “Wahai orang-orang yang beriman! Makanlah dari benda-benda yang baik (yang halal) yang telah Kami berikan kepada kamu, dan bersyukurlah kepada Allah, jika betul kamu hanya beribadat kepadanya.”

Menurut Imam al-Hafiz Ibn Kathir, ayat ini jelas menunjukkan perintah Allah SWT kepada hamba-Nya yang beriman agar memakan makanan yang baik (halal) daripada apa yang telah Allah SWT rezekikan kepada mereka. Selain itu, mereka juga perlu bersyukur kepada Allah SWT di atas kurniaan tersebut jika benar mereka itu adalah hamba Allah SWT. Tambahan pula, memakan daripada apa yang halal merupakan sebab diterimanya doa dan ibadat sepertimana memakan daripada apa yang haram akan menghalang diterimanya doa dan ibadah. [Lihat: Tafsir Ibn Kathir, 480/1]

Berdasarkan soalan di atas, setelah kami menekuni berkaitan isu ini maka kami katakana bahawa tiada larangan sama ada daripada al-Quran ataupun hadith Nabi SAW berkaitan mencampurkan makanan di antara makanan laut dan darat ketika makan. Akan tetapi, jika ilmu sains membuktikan bahawa dengan mencampurkan antara makanan darat dan laut akan menyebabkan mudharat maka ia perlulah dijauhi. Di samping itu juga, berkemungkinan amalan tidak mencampur di antara makanan darat dan laut adalah merupakan petua orang-orang tua terdahulu kerana adat orang-orang dahulu adalah dengan tidak mempelbagaikan laut pauk ketika menjamu selera. Selain itu juga, kita perlulah meraikan adab-adab ketika makan seperti tidak berlebih-lebih dalam menjamu selera dan juga tidak berlaku sebarang pembaziran.

Sabda Nabi SAW:

مَا مَلَأَ آدَمِيٌّ وِعَاءً شَرًّا مِنْ بَطْنٍ. بِحَسْبِ ابْنِ آدَمَ أُكُلَاتٌ يُقِمْنَ صُلْبَهُ، فَإِنْ كَانَ لَا مَحَالَةَ فَثُلُثٌ لِطَعَامِهِ وَثُلُثٌ لِشَرَابِهِ وَثُلُثٌ لِنَفَسِهِ


Maksudnya: “Tidak ada tempat yang diisi oleh anak keturunan Adam yang lebih buruk daripada perutnya. Cukuplah bagi anak keturunan Adam agar makan sekadar untuk menegakkan tulang sulbinya. Melainkan jika dia tidak dapat mengelak, maka isilah sepertiga untuk makanannya, sepertiga untuk minumannya dan sepertiga untuk nafasnya.” [Riwayat al-Tirmizi (2380)][Hadith ini dinilai hasan sahih oleh Imam al-Tirmizi]



Penutup

Kesimpulannya, tidak terdapat ayat al-Quran ataupun hadith Nabi SAW melarang mencampurkan makanan laut dan darat ketika makan. Semoga dengan pencerahan yang ringkas ini dapat memberi sedikit manfaat dan kefahaman kita dalam agama. Akhirnya, semoga Allah SWT memberi kita kefahaman di dalam agama agar dapat kita beramal dengannya serta sampaikannya kepada orang lain. Amin. (Artikel asal)

Comments

  1. thank you for sharing this ilmu..

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah terim akasih Zumal.Baru tahu, padahal jika ada ikan dan ada ayaum dalam menu kenduri Etuza hanya ambil sayur dan ayam..sebabnya kan ada pendapat jangan campurkan makanan laut dan di darat. kan mudah begini..boleh asal rezeki halal..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang banyak pendapat begitu hingga zumal sendiri juga terikut rupanya dalilnya memang tak wujud.

      Delete
  3. Bagus share pasal ni. ..
    Mmg pernah dgr org kata xelok makan campr mcm ni.. Tapi dh biasa mcm ni. .

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu la kita biasa dengar macam tu tapi sebenarnya tak salah pun

      Delete
  4. Terima kasih atas perkongsian..

    ReplyDelete
  5. terima kasih share dalil ni.
    saya pun dengar macam tu dan rasa takut bila nak campur,
    tapi kadang2 hentam juga campur . . .huhuhu

    ReplyDelete
  6. Saya masak ikut selera. Kadang2 campur juga.

    ReplyDelete
  7. alhamdulillah..tq atas pencerahan/perkongsian tu...

    ReplyDelete
  8. TB pun baru-baru ni masak ayam goreng dan sotong goreng kunyit.. terdetik difikiran tentang isu ni.. tetiba jumpa post zumal baru tahu takde apa sebenarnya campur2.. cuma kan lagi bagus.. sehari satu lauk, sayur dan ulam ke kan.. kalau sehari je dah dua lauk, makan berdua je.. macam membazir je kan..huhu.. itu yang benarnya .. tapi TB tetap juga hati2.. sebab ada kajian sains yang mengatakan boleh memudaratkan.. so.. jangan selalu buat macam tu la kan.. hihihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu TB, lebih baik berjimat dan kesihatan kita juga terjaga

      Delete
  9. rasanya yg x boleh bercampur mcm daging dgn ayam... kalau campuran makanan darat dan air ni sy x pasti...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ooo danging dengan ayam yer, nanti zumal google

      Delete
  10. Oo..memang tiada ye?? Hmm apasal dari dulu kita tak cari jawapannya ye. Btw terima kasih zumal

    ReplyDelete
    Replies
    1. Zumal pun sebelum ni tak teringat nak cari tapi bila ada pendapat berbeza itu yang buat zumal nak tahu perkara sebenar

      Delete

Post a Comment

Popular Posts