DOMINO'S PIZZA SENTIASA DI HATI

DOMINO'S PIZZA


Assalamualaikum dan salam sehati sejiwa semua. Secara tiba-tiba jenama Domino's Pizza menjadi sebutan ramai sejak akhir-akhir ini kan? Biasalah bila sesuatu yang special pasti menjadi sebutan ramai. Sebenarnya sekarang ni tengah berlangsung kempen It's All About You oleh Domino's Pizza.

Disebabkan kempen It's All About You ini membuatkan Zumal tergoda nak makan pizza Domino's yang lazat tu. Kalau korang nak tahu minggu lepas je 2 kali Zumal order Domino's ni. Tambahan pula sekarang duduk di rumah bersama rakan sehati sejiwa gitu, Matt Pijanz. Bila makan berdua ni lagi best.


Zumal order Domino's secara online jer lepas tu take out kat Domino's Pizza cawangan Kangar. Mulanya teringin nak pergi cawangan terbaru Domino's Pizza di Arau tapi situ sukar nak cari parking jadi Zumal pergi Kangar je. Dekat je dengan rumah.

Kalau korang nak tahu jenama pizza pertama Zumal pernah makan adalah Domino's sebab tu Domino's Pizza sentiasa di hati Zumal lagi pun pizzanya lembut dan tak keras walaupun dah berjam-jam kita beli tau. Selain tu di Domino's Pizza ada pelbagai menu untuk side order dari roti hingga ke pasta.


Masa order hari tu Zumal beli regular pizza Extravaganza, Breadstix dan air pilihan Zumal ialah Pepsi.


Pizza Extravaganza adalah pizza pilihan Zumal sejak kerja di Klang masa tahun 2011 lagi tau. Breadstix ni tak tahu la baru ke lama tapi rasa dia memang sedap sangat.



Masa ni kami makan malam. Untuk pengetahuan korang lepas Zumal order online tu Zumal dapat pulak kupon pizza free. Jadi 2 hari lepas tu Zumal order pulak Domino's Pizza tapi kali ni untuk minum petang pulak.


Untuk kali kedua order Zumal pilih 2 pizza personal iaitu Aloha Chicken dan Chicken Pepperoni  dan Breadstix. Matt Pijanz tu suka sangat Breadstix. Di Domino's Pizza setiap kali membeli pasti korang akan terima hadiah kupon untuk tebus pizza ataupun bread percuma selain kupon-kupon diskaun. Itu la tanda Domino's amat menghargai para pelanggannya. Memang kena dengan kempen It's All About You kerana Domino's Pizza sangat menjaga pelanggannya supaya sentiasa terpaut pada Domino's Pizza.



Jom Zumal nak share kat korang sedikit sejarah Domino's Pizza. Korang nak tahu pada tahun 1997, Tom Monaghan, pengasas Domino's Pizza Inc secara rasmi melancarkan Domino's Pizza Malaysia. Store Domino's Pizza pertama ialah di USJ. Masa tu ada 15 orang staff jer. Kemudian tahun 1999, store pertama di Johor pula dibuka. Pada tahun yang sama toll free number untuk delivery dilancarkan. Kemudian Domino's Pizza berkembang ke Penang dan store pertama dibuka pada tahun 2001.

Pada tahun 2003 Domino's Pizza memperkenalkan portal order dalam talian yang merupakan company fast food pertama di Malaysia melancarkannya dan diiktiraf dalam The Malaysia Book of Records. Kemudian Domino's Pizza sekali lagi mencipta nama sebagai Pembuat Pizza Terpantas di dalam The Malaysia Book of Records pada tahun 2007.

Pada tahun 2008, Domino's Pizza melancarkan New York Crush dan 19 perasa pizza baru. Selain itu juga Domino's Pizza melancarkan Awesome Foursome untuk rakyat Malaysia yang membolehkan kita menikmati 4 flavor dalam 1 pizza. Inilah yang sangat menarik.

Tahun demi tahun pelbagai pembaharuan dan peningkatan dijalankan oleh Domino's Pizza hanya untuk korang, It's All About You. Sebab itulah Domino's Pizza sentiasa di hati Zumal.
DOMINO'S PIZZA 

Untuk ketahui lebih lanjut tentang promosi dan kempen It's All About You ini, korang boleh layari www.dominos.com.my/itsallaboutyou





Comments

  1. Sesekali kan Zumal...lagi-lagi makan dengan kawan..rezeki dikongsi..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu PC, sekali sekala makan bersama best juga

      Delete
  2. Domino's pizza memang sedap, tak pandang dah pizzahut... hahaha :'D

    Btw, layan komik indie tempatan tak? Jemput join GA Contest ni, hadiahnya komik. Hehee... GA Contest plain83 :D

    ReplyDelete
  3. Wowwww sedapnyaaa...
    Tak sabo pulak nak ordernyaaaa

    ReplyDelete
  4. sedapnya, dah makan kemarin pun duk rasa lagi dibibir haha!

    ReplyDelete
  5. makan dominos, tak hajakkkkkk ....

    ReplyDelete
  6. Saya suka mkan domina sbb dia cruchcy..sedap. ..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu, itulah yang buatkan Domino's ni special

      Delete
  7. lama tk mkn dominos pizza...yummy

    ReplyDelete
  8. makan pizza x puas rasa nak pergi order lagi nanti hihihi

    ReplyDelete
  9. xpenah x sedap domino ni esp bla mkn panas2

    ReplyDelete
  10. Sedapkan Dominos pizza ni... padanlah orang minat dari dulu sampai sekarang.

    ReplyDelete
  11. rezeki dikongsi bersama lagi bertambah nikmatnya. dominos pizza memang sedap

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts