HARAPAN DEEPAVALI SEORANG ZUMAL
![]() |
HARAPAN DEEPAVALI SEORANG ZUMAL |
Assalamualaikum dan salam deepavali semua. Walaupun Deepavali sudah berlalu semalam tapi hari ni Zumal teringat nak share sesuatu yang belum pernah Zumal share kepada sesiapa tau.
Nampak macam serius je ayat zumal tu kan. Sebenarnya dulu Zumal semasa masih kanak-kanak bila menghampiri Deepavali Zumal mengharapkan dapat menonton filem-filem Hindi di tv. Selalunya malam Deepavali akan ditayangkan filem-filem Hindi terkini atau yang box office la. Sebab tu Zumal menantikan hari Deepavali. Itulah harapan Zumal yang sebenar. Siapa terkena baca entri ni ye?
Eh selain tu kan, harapan Zumal bila menjelang Deepavali ni adalah untuk menikmati makanan-makanan tradisi masyarakat India tapi Zumal ni tak la tahu nama makanan tu. Tapi Zumal suka.
Zumal tak ramai rakan daripada kaum India jadi takde la nak pergi beraya sangat cuma semasa Zumal bergiat aktif dalam NGO warga emas suatu masa lalu ada yang Zumal tak sabar tunggu iaitu duit raya. Ada sorang AJK warga emas ni dia orang yang berada dan selalu jemput ke rumah masa Deepavali. Paling tak sangka Zumal yang tua ni pun dapat duit raya tau. Hehe...
Itu saja la cerita harapan Zumal bila menjelmanya cahaya Deepavali. Selamat Hari Deepavali buat semua yang meraikannya...
happy deepavali zumal..hihi
ReplyDeleteHihi, happy deepavali juga
Deletesha pulak geram sebab cerita sha nak tak tayang sebab dorang tayang cerita india
ReplyDeleteAlahai kesian dekat Sha
DeleteDeepavali mesti lawat kawan India. Satu rumah pun dah kira ok.
ReplyDeleteBetul tu
Deletecantik cahayanya.
ReplyDeleteHehe
DeleteHarapan Yun Sing kat youtube je la filem Hidi tu.. hahaha nasib la jauh ke utara~
ReplyDeleteHihi kat youtube je yer
Deletewah bagusnya zumal.. 1malaysia gitu
ReplyDeleteHehe dulu je pun
DeleteHihihi terkena cheq baca entri ni....Deepavali Vartikal! 😂😎
ReplyDeleteHihihi happy deepavali
Deletezaman sekolah ada ramai kwn2 india... laa ni dah keje, sorang pun x de kwn2 india...
ReplyDeleteSama la kita Anies
Delete