JOM TOUR KE LANGKAWI DENGAN TRAVELOKA

JOM TOUR KE LANGKAWI DENGAN TRAVELOKA

Assalamualaikum dan salam sehati sejiwa semua. Bunga-bunga cuti panjang dah nak mai dah ni! Opkos la cuti hujung tahun. Cuti yang paling ditunggu-tunggu oleh anak-anak kita. Anak-anak kita cuti kita pun boleh apply cuti untuk bersama  dengan keluarga. Ala bukan selalu nak hadiahkan kegembiraan buat keluarga kita. Inilah bukti sayangnya kita pada keluarga kita. Eh Zumal ni cerita macam dah ada anak ramai kan, I ni bujang lagi tau. Jatuh saham Zumal nanti. Cuti sekolah ni boleh la bawak mak ayah atau bakal mak ayah dan family depa bercuti sama. Ada macam caring gitu barulah depa berkenan nak buat menantu. Opps.

Walaupun bulan September lalu Zumal dah terjah Langkawi tapi disebabkan pengalaman cuti hari tu la yang buat Zumal teringin nak pi bercuti sekali lagi. Maklum la Langkawi kini dah tak macam dulu. Semakin banyak produk pelancongan terbaru di Langkawi ni. Segalanya best-best tak tau nak habaq la tau.

Langkawi ? Apa yang bestnya? Mai tengok video ni sure hampa semua teringin nak ikut Zumal lah.


Macam yang kita tau, Langkawi adalah permata kepada negeri Kedah dan juga merupakan permata buat negara kita Malaysia. Pulau yang penuh lagenda dan banyak tempat menarik dan cantik untuk kita kunjungi. Zumal pergi bulan September lepas selama 4 hari rasa macam tak puas jer. Mungkin kali ni Zumal nak pergi selama seminggu. Zumal kena dapatkan Langkawi tour packages yang terbaik baru la puas hati beb. 

Sekarang ni Zumal tengah plan nak naik cruise pusing Langkawi macam hari tu, nak repeat tour kepulauan sekitar Langkawi dengan package jet ski tour, nak naik kereta kabel (SkyCab) lagi, nak pi semua yang ada di Oriental Village dan nak tengok buaya lagi. Tak lupa juga Zumal nak mandi laut lama-lama dekat Pantai Cenang. Tapi kalau pi seminggu boleh pergi lebih banyak tempat yang menarik kan. Best tu!!! Tak sabar pulak nak tunggu cuti sekolah yang bakal menjelma nanti.

Banyak yang Zumal pergi bulan September lepas tu adalah pengalaman pertama tau. Sebab tu Zumal nak sangat repeat semua yang Zumal pergi hari tu. Biasa la kalau first time dulu tak berapa berani, ni nak pi pulak mesti lebih best sebab kita dah tau nak adjust bagi jadi lebih baik dan dah berani. Tak gitu? Hehe... 

Langkawi tempat yang sangat cantik, banyak lagi tempat yang Zumal tak sempat pergi, tak sempat nak abadikan memori tu dalam gambar kenangan. Ni Zumal nak pergi selfi sakan la. Nanti boleh print dalam photobook pulak. 

Pengalaman naik cruise pusing Langkawi
Tour dengan jet ski
3D ART kedua terbesar dunia ada di Langkawi
Rasai pengalaman menaiki SkyCab

Pengalaman pegang buaya hidup

Selain tempat-tempat menarik untuk dilawati, tempat makan pun banyak pilihan di Langkawi. Hampa boleh cari dekat blog Zumal ni tau. Tengok kat mana yang paling hampa suka, dari menu tempatan hinggalah ke antarabangsa semua ada di Langkawi. Hampa suka yang mana? Tepuklah dada tanyalah selera yer.

Hotel + Flight Package Feature Traveloka

Zumal tau hampa yang nak pergi bercuti di Langkawi tu tengah risau nak tempah tiket flight la, hotel la macam mana. Maklum la cuti sekolah dah dekat mungkin dah full. Jangan risau la beb, di Traveloka ada feature baru, hampa boleh tempah kombo package flight dan hotel serentak. Lagi mudah hampa download jer app Traveloka di telefon pintar masing-masing. Register free jer beb. Nak melancong ke mana pun mudah dah. Macam yang Zumal pernah cerita dulu, package Traveloka ni tiada caj-caj tersembunyi tau. Traveloka sangat jujur beb.

Jom Zumal tunjuk macam mana nak tempah di Traveloka yer

Mula-mula install di telefon pintar dan register la dulu. Kemudian hampa buka akan nampak macam kat bawah.

Ini contoh pemuka kalau hampa buka app Traveloka
Kemudian klik pada promosi yang hampa nak, pilih la package kombo flight + hotel macam Zumal tunjuk di anak panah di bawah tu yer.

Nak ambil package   Flight + Hotel seperti yang Zumal tunjuk tu yer
Lastly akan keluar macam di bawah ni. Isikan segala maklumat dan jangan lupa ada kod diskaun di dalam iklan tu dan isikan di tempat kosong yang disediakan tau.
Dekat sini hampa isi la berapa lama package yang hampa nak

Berdua lebih baik beb dengan Traveloka. Macam mana ? Berdua tu maksud Zumal package kombo flight + hotel di Traveloka. Hampa dah tak payah risau lagi nak tempah satu-satu. Traveloka dah memudahkan segalanya buat hampa bercuti dengan riang dan gembira. 

Apa tunggu lagi tu, cepat la tempah package kombo flight + hotel di Traveloka DI SINI. Untung-untung kita dapat jumpa di Langkawi. Dapat bercuti bersama, boleh Zumal guide hampa ke tempat-tempat menarik yang ada di Langkawi tu. Macam mana nak dak? Menarik kan tawaran Zumal tu? Cepat tempah sekarang! 

Comments

  1. Inshaallah semoga di izinkan oleh Allah. nak juga ke Langkawi melihat keindahan ciptaanNya ..indah sekali kelihatannya Zumal

    ReplyDelete
  2. Sekarang mudah sangat kan Zumal...banyak pakej yang ditawarkan..alhamdulillah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah PC banyak yang memudahkan kita

      Delete
  3. mmg suka booking thru traveloka...sbb harga murah..lps tu ada kupon dpt lg diskaun...lama tk ke langkawi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cuti sekolah ni boleh la ke Langkawi kan, sekarang ada ciri baru di Traveloka boleh booking flight+hotel serentak

      Delete
  4. Replies
    1. Wow Sha baru je balik kan dah rindu lagi. Jom booking melalui Traveloka...

      Delete
  5. Bestnya.. aduhai hidup 19 tahun ni tak pernah lagi ke Langkawi ^^"

    ReplyDelete
    Replies
    1. Takpe YS nanti balik boleh terjah Langkawi yer

      Delete
  6. dulu masa umur 15 tahun camtu kot pernah pergi Langkawi..tapi tak banyak tempat pergi..nantilah kalau ada rezeki,akan cuba pergi lagi sekali

    ReplyDelete
  7. Buleh la cheq nak pi pantai Cenang hujung tahun ni, lama dah tak pi..biasa dok booking hotel guna agoda ja selama ni 😀

    ReplyDelete
    Replies
    1. Buleh sangat tu, kali ni try la guna Traveloka yer

      Delete
  8. aduhhh. bestnyaaa p langkawi! harap2 tahun depan ada lah rezeki nak ke sana lepas beranak nanti kahhkahh. entah rajin ke idokk laki nak melayankan dgn bawak budak kecik heheheh

    ReplyDelete
  9. Seronoknya macam macam aktiviti ada kalau ke langkawi, menariknya kombo dari traveloka

    ReplyDelete
  10. Biasa pergi Langkawi dah lama dulu . Ingat lagi travel guide yang ceria sebut Wellcome to Lang Kawi!
    Thanks for the good info.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu Langkawi dari perkataan Lang Kawi, sejenis helang

      Delete
  11. mmg nakkkkkkk sgt g langkawi... tp apakan daya sy seorg je yg xjemu org lain x😆😆

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha sama macam adik la, tetiap tahun nak pi Langkawi. Zumal ni boleh pergi mana2 kerap kali andai tempat tu best

      Delete

Post a Comment

Popular Posts