MEMPERKENALKAN PASAR KARAT ONLINE ZUMAL

Assalamualaikum dan salam sehati sejiwa semua. Seperti kebanyakan rakan-rakan blogger tahu, Zumal ni berniaga barang-barang lama, antik dan terpakai. Pelbagai cabaran dan dugaan muncul dalam perniagaan Zumal ni. Kedai Zumal bersama kawan Zumal pun dah ditutup. Sekarang perniagaan kami tertumpu di Nat Pokok Getah sahaja, dan selepas ini kami akan berniaga di pasar karat UTC Perlis pada setiap Sabtu bermula 24 November ini. Pasar karat UTC Perlis ini akan beroperasi dari jam 5.00 petang hingga 10.00 malam. Kalau berminat duit lama kami akan bawa pada setiap Sabtu.

Tapi dalam entri kali ini bukannya Zumal nak mengeluh pasal bisnes barang lama Zumal tu tapi Zumal nak memperkenalkan kedai online Zumal yang diberi nama Pasar Karat Malaya. Ianya boleh dijejaki di pasarkaratmalaya.blogspot.com 



Dalam Pasar Karat Malaya ni Zumal akan update dari semasa ke semasa stok barang-barang lama yang ada. Kemungkinan info berkaitan barang-barang lama juga akan diceritakan bersama untuk pengetahuan lebih lanjut tentang barang-barang tersebut. Semoga peminat barang-barang lama dapat info sebaiknya di sana. Sekian terima kasih atas sokongan anda semua.

Comments

  1. All de best Zumal, caiyok! 😎

    ReplyDelete
  2. Barang-barang lama ni ada peminatnya yang tersendiri.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu PC, kalau cuti sekolah ramai datang cari

      Delete
  3. wah ada brg2 lama..antik gtu seterika tu...kalo yg suka kumpul brg2 antik sure akan bli tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya, ada macam-macam moga mereka yang berminat boleh lawati blog tu

      Delete
  4. semoga terus sukses ye zumal

    ReplyDelete
  5. selamat maju jaya dlm bisnes zumal.

    ReplyDelete
  6. Waa barang-barang lama berharga ni.. hahaha~ semoga murah rezeki ya..

    ReplyDelete
  7. Bagus jugak nie... ada ramai peminat-peminat barang antik di luar sana tu... anyway, teman doakan semoga perniagaan tuan admin success...

    ReplyDelete
  8. semoga murah rezeki... niaga ni rezekinya tak menentu..ada masa lebih ada masa kurang

    ReplyDelete
  9. cuba zumal cari, Tanjak Crew - jg penjual barang2 lama - pengasas dia jana pendapatan RM3k sehari. mgkn zumal boleh belajar dr dia... kalau tak silap nama dia syazanna

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thanks Anies atas info tu. Nanti Zumal cari...

      Delete

Post a Comment

Popular Posts