SKJELVET


Assalamualaikum dan salam sehati sejiwa semua. Mesti ingat Zumal tengah mamai pi taip tajuk tunggang-langgang kan. Memang betul la ejaan dia macam tu. Semalam Zumal tertonton sebuah filem Norway berjudul Skjelvet. Skjelvet ni bermaksud gempa bumi. Versi Malaysia The Quake.

Cerita ni mengisahkan kehidupan seorang geologist bernama Kristian Eikjord (Kristoffer Joner) yang hidupnya lebih pentingkan kerja-kerja dia berbanding family. Tapi itu sebenarnya anggapan bini dia Idun Karlsen (Ane Dahl Torp) terhadap suaminya itu. Tapi sebenarnya Kristian ni sayang familinya dan nyawa-nyawa insan lain. Cuma orang tak memahami dia dan kerjanya itu.

Kristian dan keluarganya dah tak tinggal bersama. Suatu hari anak perempuannya Julia (Edith Haagenrud-Sane) telah datang berkunjung ke tempat tinggal ayahnya itu. Dapat dilihat Kristian yang hidup agak serabut bagai tak dapat terima kunjungan anaknya tu. 

Semasa kunjungan Julia, Kristian ada terima panggilan dari sahabatnya yang juga geologist tapi Kristian tak jawab panggilan itu. Hari kedua Julia berada di rumahnya, Kristian suruh kemas pakaian suruh Julia pulang semula ke rumah ibunya. Julia ni wataknya lebih diam dan ikut jer apa yang ayahnya suruh. Julia pun pulang tanpa membantah.

Selepas Julia dah pulang, Kristian tertonton berita yang kawannya mati dalam runtuhan terowong di Norway. Kristian berasa bersalah kerana tak jawab panggilan sahabatnya itu. Dia menjangka ada sesuatu yang tak kena di Norway dan dia pun berangkat ke sana.

Kristian bertemu anak sahabatnya yang meninggal itu iaitu Marit. Marit ni pun seperti famili Kristian juga jenis tak memahami dan tak nak fahami kerja-kerja mereka. 

Kristian juga pergi berjumpa keluarganya yang juga tinggal di Norway. Berlaku satu insiden yang meyakinkan Kristian bencana buruk bakal tiba di situ. Kristian kembali ke rumah kawannya untuk melihat kajian yang dilakukan oleh kawannya sebelum terbunuh dalam runtuhan itu. Dia bersama Marit melawat terowong yang runtuh tersebut dan menemui bukti yang kejadian buruk semakin hampir. 

Kalau nak diikutkan kajian geologist sebelum ini pernah mengandaikan gempa besar pada tahun 1904 yang melanda Norway akan terjadi lagi selepas 100 tahun, sepatutnya tahun 2004 berlakulah gempa besar tapi sekarang dah 2017 (dalam cerita tu la). Kristian sangat yakin bahawa kajian itu memang benar cuma pengiraan tahun itu tersasar. 


Setelah berlakunya gegaran kecil, Kristian mula mencari anak bininya untuk diselamatkan tapi anak sulungnya tak jawab panggilannya, isterinya pun sama. Kristian bersama Marit membawa Julia untuk mencari ibunya Idun. Sesampai di pejabat Idun, gempa bumi telah berlaku. Kristian menghadapi kesukaran untuk menjalankan misi menyelamat. Nak tahu Kristian dapat selamatkan keluarganya atau tidak, korang boleh tonton nanti.

Filem ini arahan John Andreas Andersen berdurasi 1 jam 46 minit ini mula ditayangkan bulan Ogos 2018 di Norway. Filem ni pada Zumal agak lembab pada awalnya tapi bila dah mula masa Kristian menjalankan kajian tu dah nampak best. Dari 10 bintang, Zumal letak 6.5/10. Zumal tengok pun sebab suka genre filem macam ni. Selamat menonton yer.

Comments

  1. Tak tonton lagi filem nie...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Zumal pun hanya tertengok ja. maklum la boring malam tu

      Delete
  2. itu la nak tengok tak tertengok lagi.. macam menarik cerita ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah menarik la juga lagi pun perasan Kristian dalam cerita tu lebih kurang sama macam zumal

      Delete
  3. filem Norway pun tengok ya..dahsyat.. btw zumal telah ditag oleh saya,jemput ke blog saya =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Zumal belasah je ape yang jumpa... Terima kasih sudi tag.

      Delete
  4. kalau movie pasal bencana alam mesti hero bercerai dengan bini dia haha

    ReplyDelete
  5. poster filem mcm familiar (poster filem hollywood)

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts