TOLONG KAWAN?
![]() |
tolong tengok |
Assalamualaikum dan salam sehati sejiwa semua. Topik pelik lagi kan. Mana tak peliknya kononnya nak tolong tapi macam menambah sengsara je. Pernah ke korang beli barangan kawan korang jual kononnya nak support bisnes kawan korang? Tentunya pernah jika korang seorang yang prihatin. Tapi...
- Minta harga murah - Zumal selalu jumpa kawan (eh ye ke kawan) nak beli barang Zumal jual tapi minta diskaun padu. Kekadang kita dah bagitau kita dah bagi harga special (dah diskaun). Minta kurang sampai ke harga modal. Kalau begitu baik zumal jual dekat orang lain. Sampai tak untung mana boleh jadi.
- Minta hadiah percuma - Zumal ni tak kisah sangat la nak minta hadiah percuma ni tapi biar la kita yang jual ni pilih hadiah nak bagi tapi tidak dia pulak nak pilih dari barang kita. Zumal ni memang selalu bagi hadiah dekat kawan-kawan tapi please la jangan demand sampai nak melingkupkan bisnes kawan.
- Masuk buku - korang faham apa maksud masuk buku tu? Hutang. Hmmm zumal ni sekadar kais pagi makan pagi jer tapi datang sorang tu konon nak tolong kita. Tengok best la, ambil itu ini rasa macam nanti nak masyuk banyak tetiba sekadar masuk buku jer. Bila tak tanya buat diam, bila tanya macam-macam dia nak bayar pulak. Lebih baik kau tak payah ambil. Zumal ni cari makan camtu je tapi begini pulak nasibnya. Aduhai...
Tolong tengok lebih baik der, macam zumal sekadar tengok jer penyu tersangkut jaring tu kan. Maaf la korang andai terpaksa baca kisah-kisah personal ni. Semoga korang tak jadi macam 'kawan' yang kat atas tu yer.
Huhuhu nasib la.. sian dia.. dulu sy pun masa buat bisness kecil jual barang kawan-kawan nak beli ada juga yang mintak diskaun ini itu ^^" Pastu tanya sampai harga modal berapa pula hadeh.....
ReplyDeleteBetul tu YS, modal pun depa nak tau
DeleteIni bukan kawan zumal tapi hantu.. Kalau betul dia kawan, dia tak minta harga diskaun, barang percuma dan masuk buku.. Nie memang spesis nak melingkupkan kawan.. Sha cukup tak suka orang macam nie..
ReplyDeleteKan, hantu betul depa tu
DeleteMmg ada org mcm ni..dh bg murah nk murah lg..sungguh tk phm
ReplyDeleteItu la bukan tolong tapi perosak bisnes kita je
DeleteTolong kawan, biar berpada-pada... Nanti business entah ke mana pulak...
ReplyDeleteManusia nie ada pelbagai ragam yang sukar di jangka... So, beringat la ye...
Betul Izni, kena beringat
DeleteCheq paham sangat ni Zumal..paling tensi bila ada 'kawan' yang bila dia tau kawan dia ada jual apa-apa barang, dia demand nak free ja satu atas alasan 'kawan'. Dia kata dengan kawan pun takkan la nak berkira? Adoi lahai perangai.....macam mana la didikan yang dia dapat selama ni ya..😅
ReplyDeleteKan Cik Suerin, macam mana bisnes kawan nak maju
DeletePernah juga terjadi macam tu Zumal. Kita dah bagitau dah harga tu memang harga modal last-last dia minta kurang lagi. Last sekali langsung kita buat dek je dekat dia. Dah cakap pun takdak paham ka. Memang bikin hati panas ke kan
ReplyDeleteBetul tu, orang-orang macam ni fikiran dorang kolot sangat
Deletetolong boleh tapi beragak. kita sbg penjual kena tegas jg. nk free, nk diskaun ko kenalah tlg promote brg2 aku. win win situation
ReplyDeleteBetul tu Anies
Deleteni la dugaan berniaga, memang akan jumpa situasi macamni. Be strong zumal!
ReplyDeleteTerima kasih Farhana...
DeleteMrs. A support dengan cara beli barang tu tapi ikut keperluan dan kemampuan tak samapi hati jugaklah nak minta diskaun kalau dah memang murah.
ReplyDeletebetul tu Mrs.A
DeleteItulah kadang kawan suka take advantage. Pendapat saya, kena tegas tetapi manis lah, kalau dia perlu sesuatu barang tu dia akan beli. Jangan risau kalau dia tak beli ada orang lain akan beli. Be positive.
ReplyDeleteterima kasih
Deletehahaha..faham, faham...sebab saya pun berniaga juga..tapi alhamdulillah, walau memang ada la segelintir yang cuba minta diskaun, sedangkan harga kita jual tu da cukup murah dah berbanding tempat lain..tapi kebanyakannya tak banyak soal, terima harga seadanya..
ReplyDeleteCustomer tak banyak soal tu memang best, kita pun senang
Deleteehh melampau sgt kalau mcm tu..tak boleh tlg mcm tu..tu dah nak 'matikan' bisness kawan...jual mcm tu mmg tarak untung laaa
ReplyDelete