AKTIVITI MENARIK DI BELUM RAINFOREST RESORT
Assalamualaikum dan salam sehati sejiwa semua. Kali ini masih dengan entri mengenai Belum Rainforest Resort. Seperti yang korang tahu, Zumal telah mengikuti misi bersama Team Travelogue Malaysia ke Negeri Perak Darul Ridzuan baru-baru ini. Untuk ketahui entri terdahulu korang boleh la rujuk di ENTRI ini untuk penginapan dan di ENTRI ini untuk info mengenai Hutan Hujan Tropika Royal Belum.
Kali ini Zumal ingin kongsikan mengenai aktiviti-aktiviti yang korang boleh lakukan di Belum Rainforest Resort. Nak datang bercuti tak kan nak tidur saja kan, mesti nak lakukan sesuatu yang menyeronokkan.
Royal Belum terkenal dengan flora dan faunanya termasuklah amat terkenal dengan bunga Rafflesia iaitu bunga yang terbesar di dunia. Oleh itu aktiviti yang tidak harus dilepaskan bila ke Royal Belum adalah aktiviti Rafflesia Spot selain mandi-manda di Air Terjun Sungai Rouk.
![]() |
Rakan-rakan Travelogue Malaysia bermandi-manda di air terjun |
![]() |
Bunga Rafflesia, kalau korang dapat jumpa memang korang insan paling bertuah tau |
Selain itu korang juga boleh melawat perkampungan orang asli di Royal Belum ini salah satunya ialah Kampung Semelor. Team Travelogue Malaysia juga berkesempatan ke sana. Perjalanan ke sana dari jeti Belum Rainforest Resort mengambil masa kira-kira 45 minit dengan bot.
![]() |
Kami dalam bot untuk ke Kampung Semelor |
![]() |
Masa ni kami baru tiba ke Kampung Semelor |
Untuk ke Kampung Semelor ini, tiada jeti yer. Korang kena sedikit memanjat untuk ke daratan. Kemudian kami dibawa ke Kampung Semelor dengan kenderaan pacuan 4 roda.
![]() |
Pak Samad selaku tok batin Kg Semelor berkongsi pengalaman |
Apabila sampai di Kampung Semelor, kami disambut oleh tok batinnya iaitu Pak Samad. Untuk pengetahuan semua, Kampung Semelor adalah perkampungan orang asli yang telah mengecapi kemodenan. Kampung ini didiami oleh 180 orang penduduk yang terdiri daripada 43 keluarga. Kalau korang sampai di sini pasti korang terpegun dengan kebersihan kawasannya. Korang tak akan jumpa sampah walaupun puntung rokok di sini. Kampung ini juga pernah memenangi pertandingan kampung tercantik pada tahun 2005 dan 2006. Kisah lebih lanjut tentang Kampung Semelor Zumal kongsikan DI SINI.
Semasa di Kampung Semelor, kami juga didedahkan tentang Toy Library, Toy Library adalah inisiatif daripada EMKAY Group dalam membantu anak-anak orang asli yang tidak mempunyai peluang ke sekolah dalam pendidikan awal. Toy Library di Kampung Semelor ditubuhkan sejak tahun 2006.
Sistem pendidikan di Toy Library ini sedikit berbeza dengan sistem sekolah biasa, ia mirip kepada pra-sekolah melalui konsep main ambil belajar bagi memupuk minat anak-anak orang asli terhadap pelajaran.
Semasa di Kampung Semelor, kami juga didedahkan tentang Toy Library, Toy Library adalah inisiatif daripada EMKAY Group dalam membantu anak-anak orang asli yang tidak mempunyai peluang ke sekolah dalam pendidikan awal. Toy Library di Kampung Semelor ditubuhkan sejak tahun 2006.
Sistem pendidikan di Toy Library ini sedikit berbeza dengan sistem sekolah biasa, ia mirip kepada pra-sekolah melalui konsep main ambil belajar bagi memupuk minat anak-anak orang asli terhadap pelajaran.
![]() |
Toy Library |
![]() |
Zumal berdiri di hadapan Toy Library |
![]() |
Encik Taufik menerangkan tentang Toy Library |
![]() |
Encik Hanafi bersama anak-anak orang asli di Toy Library |
![]() |
Aktiviti anak-anak orang asli di Toy Library |
![]() |
Team Travelogue Malaysia bergambar bersama pelajar dan guru di Toy Library |
Aktiviti lain yang Zumal cuba semasa berada di Belum Rainforest Resort ini ialah berakit. Ini sebenarnya pengalaman pertama Zumal berakit. Selain berakit, korang juga boleh berkayak dan memancing di tasik ini.
![]() |
Zumal kat belakang tu yer |
![]() |
Gambar tetamu lain yang berakit di sini |
![]() |
Eddy nampak happy masa berakit |
Semasa kami di Belum Rainforest Resort, kami berkesempatan melawat Belum Discovery Centre. Belum Discovery Centre ini sememangnya wajib kita lawati jika keinginan kita adalah untuk mengenali Royal Belum lebih dekat. Di sini terdapat pelbagai info tentang Royal Belum dari sumber kajian mahupun sejarah.
![]() |
Belum Discovery Centre |
![]() |
Dr. Ahmad Najmi menerangkan tentang Belum Discovery Centre |
![]() |
Kami diterangkan tentang flora dan fauna yang terdapat di Royal Belum |
![]() |
Info-info bergambar memudahkan pengunjung |
![]() |
Info pelbagai spesies flora |
![]() |
Tengkorak gajah yang dijumpai dalam Royal Belum |
![]() |
Haiwan-haiwan yang telah diawet |
![]() |
Spesies rama-rama dan serangga |
![]() |
Kucing Batu |
![]() |
Berung Enggang (Hornbill) turut menghuni Royal Belum |
![]() |
Spesies tumbuhan |
![]() |
Team Travelogue Malaysia bergambar di hadapan Belum Discovery Centre |
Berdekatan dengan Belum Discovery Centre ini, terdapat sebuah kebun gaharu yang diuruskan oleh EMKAY Group. Baru-baru ini beberapa orang selebriti tempatan telah turut serta menanam anak-anak pokok gaharu di kebun ini dalam majlis pelancaran Belum Forest Friend (BFF).
![]() |
Kebun Gaharu yang dinamakan Kebun BFF |
![]() |
Maklumat tentang pokok gaharu |
![]() |
Pokok ditaging dengan nama selebriti yang menanamnya |
![]() |
Sebahagian pokok yang baru ditanam |
Hasil daripada Kebun BFF ini adalah untuk membantu kehidupan orang asli di sini untuk menyara kehidupan mereka.
Kami juga telah berkesempatan ke Taman Kelulut. Taman Kelulut ini salah satu inisiatif pihak Belum Rainforest Resort untuk mempelbagai cabang pendapatan. Pemeliharaan kelulut ini hanya di dalam kawasan resort.
![]() |
Taman Kelulut |
![]() |
Terdapat 3 spesies lebah kelulut dipelihara |
![]() |
Salah satu sarang lebah kelulut |
![]() |
Encik Taufik menceritakan tentang taman kelulut ini |
![]() |
Antara katak yang berjaya dikesan |
![]() |
Katak pun pandai pose |
![]() |
Kebanyakan katak-katak ni kami jumpa di dalam kolam |
![]() |
Katak ni sedikit tersembunyi di celah daun |
Sekian sahaja perkongsian Zumal tentang aktiviti-aktiviti yang kami jalankan semasa berada di Royal Belum. Bagi korang yang sukakan kedamaian haruslah berkunjung ke sini dan nikmatilah keindahan alam ciptaan tuhan dengan rasa syukur.
Travelogue Perak ini dibawakan khas kepada anda oleh kolaborasi antara Borakkita Media / Travelogue Malaysia dan The Influenzas Team disokong oleh EMKAY Group. Terima kasih untuk penaja utama kami – Belum Rainforest Resort dan Aidil Travel & Tour serta tak lupa juga Castella Cafe.
Menariknya, mcm2 aktiviti. Bagus ada toy library tu untuk mereka belajar.
ReplyDeleteBetul tu Yea
DeleteAsalam Zumal wah benar2 menarik ..tertarik sekali..boleh mandi manda lagi..
ReplyDeleteYa boleh mandi manda di air terjun tu
DeleteBestnya pergi sini untuk release tension.. ^_^
ReplyDeleteBetul tu Aien
Deleteingatkan berul2 jumpa bunga raflesia tu..bunga tu makin pupus tau susah nk jumpa skrg
ReplyDeleteInsha Allah ada yang bakal kembang nanti sebab kami jumpa kuntum belum terbuka
DeleteBab mandi tu mmg best sgt.. pasti sejuk dan segar. Satu pengalaman ilmu yg menarik utk dikongsikan bersama. Thanks sharing sahabat :)
ReplyDeleteMemang sangat best tau. Moga sahabat berkesempatan ke sini
Deletewow bestnya boleh tgk bunga raflesia
ReplyDeleteBetul tu, satu pengalaman yang sangat berharga
DeleteBelum pernah sampai ke tempat nie
ReplyDeleteMoga ada kesempatan ke sini
DeletePacat ada tak... kikikiki...
ReplyDeleteHehe jawapannya ADA
Deletekira dah mcm 'muzium semulajadi' royal belum ni... arghh hterasa rugilah pula sy tolak offer ke sana thn lps...
ReplyDeleteMoga ada rezeki untuk pergi di lain kali
DeleteSaya ada juga hati nak adventure ke Royal Belum tetapi cabaran nya hebat juga ya.
ReplyDeleteRasanya cabaran tu semua boleh lalui
Deletewhat a nice place!
ReplyDeleteThanks Emily
Delete