AKTIVITI MENARIK DI BELUM RAINFOREST RESORT

Assalamualaikum dan salam sehati sejiwa semua. Kali ini masih dengan entri mengenai Belum Rainforest Resort. Seperti yang korang tahu, Zumal telah  mengikuti misi bersama Team Travelogue Malaysia ke Negeri Perak Darul Ridzuan baru-baru ini. Untuk ketahui entri terdahulu korang boleh la rujuk di ENTRI ini untuk penginapan dan di ENTRI ini untuk info mengenai Hutan Hujan Tropika Royal Belum

Kali ini Zumal ingin kongsikan mengenai aktiviti-aktiviti yang korang boleh lakukan di Belum Rainforest Resort. Nak datang bercuti tak kan nak tidur saja kan, mesti nak lakukan sesuatu yang menyeronokkan.

Royal Belum terkenal dengan flora dan faunanya termasuklah amat terkenal dengan bunga Rafflesia iaitu bunga yang terbesar di dunia. Oleh itu aktiviti yang tidak harus dilepaskan bila ke Royal Belum adalah aktiviti Rafflesia Spot selain mandi-manda di Air Terjun Sungai Rouk.

Rakan-rakan Travelogue Malaysia bermandi-manda di air terjun

Bunga Rafflesia, kalau korang dapat jumpa memang korang insan paling bertuah tau
Selain itu korang juga boleh melawat perkampungan orang asli di Royal Belum ini salah satunya ialah Kampung Semelor. Team Travelogue Malaysia juga berkesempatan ke sana. Perjalanan ke sana dari jeti Belum Rainforest Resort mengambil masa kira-kira 45 minit dengan bot.

Kami dalam bot untuk ke Kampung Semelor

Masa ni kami baru tiba ke Kampung Semelor
Untuk ke Kampung Semelor ini, tiada jeti yer. Korang kena sedikit memanjat untuk ke daratan. Kemudian kami dibawa ke Kampung Semelor dengan kenderaan pacuan 4 roda. 

Pak Samad selaku tok batin Kg Semelor berkongsi pengalaman
Apabila sampai di Kampung Semelor, kami disambut oleh tok batinnya iaitu Pak Samad. Untuk pengetahuan semua, Kampung Semelor adalah perkampungan orang asli yang telah mengecapi kemodenan. Kampung ini didiami oleh 180 orang penduduk yang terdiri daripada 43 keluarga. Kalau korang sampai di sini pasti korang terpegun dengan kebersihan kawasannya. Korang tak akan jumpa sampah walaupun puntung rokok di sini. Kampung ini juga pernah memenangi pertandingan kampung tercantik pada tahun 2005 dan 2006. Kisah lebih lanjut tentang Kampung Semelor Zumal kongsikan DI SINI.

Semasa di Kampung Semelor, kami juga didedahkan tentang Toy Library, Toy Library adalah inisiatif daripada EMKAY Group dalam membantu anak-anak orang asli yang tidak mempunyai peluang ke sekolah dalam pendidikan awal. Toy Library di Kampung Semelor ditubuhkan sejak tahun 2006.

Sistem pendidikan di Toy Library ini sedikit berbeza dengan sistem sekolah biasa, ia mirip kepada pra-sekolah melalui konsep main ambil belajar bagi memupuk minat anak-anak orang asli terhadap pelajaran.

Toy Library

Zumal berdiri di hadapan Toy Library

Encik Taufik menerangkan tentang Toy Library

Encik Hanafi bersama anak-anak orang asli di Toy Library

Aktiviti anak-anak orang asli di Toy Library

Team Travelogue Malaysia bergambar bersama pelajar dan guru di Toy Library
Kemudahan Toy Library ini telah memberi peluang kepada anak-anak orang asli untuk menguasai 3M iaitu membaca, menulis dan mengira di samping mereka didedahkan juga dengan penguasaan Bahasa Inggeris. Konsep belajar sambil bermain ini dapat menambah keseronokan mereka dalam menguasai ilmu.

Aktiviti lain yang Zumal cuba semasa berada di Belum Rainforest Resort ini ialah berakit. Ini sebenarnya pengalaman pertama Zumal berakit. Selain berakit, korang juga boleh berkayak dan memancing di tasik ini.

Zumal kat belakang tu yer

Gambar tetamu lain yang berakit di sini

Eddy nampak happy masa berakit

Semasa kami di Belum Rainforest Resort, kami berkesempatan melawat Belum Discovery Centre. Belum Discovery Centre ini sememangnya wajib kita lawati jika keinginan kita adalah untuk mengenali Royal Belum lebih dekat. Di sini terdapat pelbagai info tentang Royal Belum dari sumber kajian mahupun sejarah.

Belum Discovery Centre

Dr. Ahmad Najmi menerangkan tentang Belum Discovery Centre

Kami diterangkan tentang flora dan fauna yang terdapat di Royal Belum

Info-info bergambar memudahkan pengunjung

Info pelbagai spesies flora

Tengkorak gajah yang dijumpai dalam Royal Belum

Haiwan-haiwan yang telah diawet

Spesies rama-rama dan serangga

Kucing Batu

Berung Enggang (Hornbill) turut menghuni Royal Belum

Spesies tumbuhan

Team Travelogue Malaysia bergambar di hadapan Belum Discovery Centre

Berdekatan dengan Belum Discovery Centre ini, terdapat sebuah kebun gaharu yang diuruskan oleh EMKAY Group. Baru-baru ini beberapa orang selebriti tempatan telah turut serta menanam anak-anak pokok gaharu di kebun ini dalam majlis pelancaran Belum Forest Friend (BFF).

Kebun Gaharu yang dinamakan Kebun BFF

Maklumat tentang pokok gaharu

Pokok ditaging dengan nama selebriti yang menanamnya

Sebahagian pokok yang baru ditanam

Hasil daripada Kebun BFF ini adalah untuk membantu kehidupan orang asli di sini untuk menyara kehidupan mereka.

Kami juga telah berkesempatan ke Taman Kelulut. Taman Kelulut ini salah satu inisiatif pihak Belum Rainforest Resort untuk mempelbagai cabang pendapatan. Pemeliharaan kelulut ini hanya di dalam kawasan resort.

Taman Kelulut

Terdapat 3 spesies lebah kelulut dipelihara

Salah satu sarang lebah kelulut

Encik Taufik menceritakan tentang taman kelulut ini
Terdapat juga beberapa aktiviti malam seperti Night Trekking dan Frog Hunting. Kami berkesempatan sertai Frog Hunting. Dipercayai terdapat 8 spesies katak yang mendiami Royal Belum ini. Malam itu baru lepas hujan, memang bunyi katak sungguh meriah. Terima kasih buat Eddy kerana kongsi gambar-gambar katak ni. Cute kan?

Antara katak yang berjaya dikesan

Katak pun pandai pose

Kebanyakan katak-katak ni kami jumpa di dalam kolam

Katak ni sedikit tersembunyi di celah daun
Encik Taufik mengingatkan jangan masukkan tangan dalam kolam-kolam di sini sebab ada ikan toman dalam kolam-kolam tu.

Sekian sahaja perkongsian Zumal tentang aktiviti-aktiviti yang kami jalankan semasa berada di Royal Belum. Bagi korang yang sukakan kedamaian haruslah berkunjung ke sini dan nikmatilah keindahan alam ciptaan tuhan dengan rasa syukur.

Travelogue Perak ini dibawakan khas kepada anda oleh kolaborasi antara Borakkita Media / Travelogue Malaysia dan The Influenzas Team disokong oleh EMKAY Group. Terima kasih untuk penaja utama kami – Belum Rainforest Resort dan Aidil Travel & Tour serta tak lupa juga Castella Cafe.

Comments

  1. Menariknya, mcm2 aktiviti. Bagus ada toy library tu untuk mereka belajar.

    ReplyDelete
  2. Asalam Zumal wah benar2 menarik ..tertarik sekali..boleh mandi manda lagi..

    ReplyDelete
  3. Bestnya pergi sini untuk release tension.. ^_^

    ReplyDelete
  4. ingatkan berul2 jumpa bunga raflesia tu..bunga tu makin pupus tau susah nk jumpa skrg

    ReplyDelete
    Replies
    1. Insha Allah ada yang bakal kembang nanti sebab kami jumpa kuntum belum terbuka

      Delete
  5. Bab mandi tu mmg best sgt.. pasti sejuk dan segar. Satu pengalaman ilmu yg menarik utk dikongsikan bersama. Thanks sharing sahabat :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang sangat best tau. Moga sahabat berkesempatan ke sini

      Delete
  6. wow bestnya boleh tgk bunga raflesia

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu, satu pengalaman yang sangat berharga

      Delete
  7. Pacat ada tak... kikikiki...

    ReplyDelete
  8. kira dah mcm 'muzium semulajadi' royal belum ni... arghh hterasa rugilah pula sy tolak offer ke sana thn lps...

    ReplyDelete
  9. Saya ada juga hati nak adventure ke Royal Belum tetapi cabaran nya hebat juga ya.

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts