BELUM RAINFOREST RESORT - PENGINAPAN TERBAIK DAN MENDAMAIKAN DI ROYAL BELUM
Assalamualaikum dan salam sehati sejiwa semua. Seperti yang dijanjikan dalam entri
INI, dalam entri kali ini Zumal akan kongsikan penginapan semasa menyertai
Team Travelogue Malaysia dalam siri
Travelogue Perak. Seperti Zumal kongsikan sebelum ini, kami telah ke Royal Belum dan menginap di
Belum Rainforest Resort, Gerik, Perak Darul Ridzuan.
 |
Kaunter Reception Belum Rainforest Resort |
 |
Ruang bergambar di lobi Belum Rainforest Resort |
 |
Kedai Cenderahati ada di atas Receptionist |
Untuk permulaan jom tengok bilik penginapan Zumal dahulu yer. Di Belum Rainforest Resort ni banyak jenis penginapan mengikut bajet dan keperluan kita. Zumal menginap di Villa Azlanii. Villa ini nampak ciri-ciri alam semulajadi dan bersebelahan dengan Hornbill Restaurant. Senang la nak makan-makan gitu.
 |
Villa Azlanii |
 |
Kiri dan kanan lorong Villa Azlanii dihiasi pagar kayu |
 |
Dilengkapi 2 katil single |
 |
Belakang Zumal ada frezer, water heater |
 |
Bilik Zumal menghadap hutan |
 |
Bilik air yang bersih dan luas |
Pada Zumal bilik di Villa Azlanii ni sesuai bagi mereka yang single datang bersama kawan. Sebabnya kemudahan tempat letak barang ada 2 bahagian. Dilengkapi kabinet, frezer, iron, hair dryer, aircond, kipas, meja tulis, lampu tidur dan sejadah pun dah disediakan jadi tak perlu la korang bawak. Tapi kat bilik ni tak ada tv tau. Sesuai la bagi yang nak menghayati suasana alam semulajadi dan yang datang untuk berkursus tu. Harga pakej untuk bulan Disember 2018, dari RM480 termasuk sarapan untuk 2 orang semalam.
Jom kita tengok pula penginapan mewah berkumpulan iaitu Villa Tanjung Wan, villa 2 tingkat ini ada 7 bilik mewah dan ada ruang makan utama, dapur, treadmill, private swimming poll, ruang tamu dilengkapi sofa dan tv besar. Villa Tanjung Wan mempunyai 4 katil bersaiz King dan 10 katil single.
 |
Villa Tanjung Wan |
 |
Pandangan hadapan Villa Tanjung Wan |
Setiap bilik di Villa Tanjung Wan dilengkapi balkoni menghadap tasik dan dilengkapi meja rehat dan buaian.
 |
Balkoni Villa Tanjung Wan |
Ruang makan bersama ruang tamu dan dapat terus akses ke swimming pool.
 |
Ruang tamu |
 |
Ruang makan ataupun meeting |
 |
Swimming poll khas untuk Villa Tanjung Wan |
 |
Ruang santai di lobi utama Villa Tanjung Wan |
 |
Salah satu bilik tidur di Villa Tanjung Wan |
 |
Setiap bilik dilengkapi tv |
 |
Zumal berada di kawasan swimming pool |
 |
Boleh berlari atas treadmill menghadap tasik |
 |
Inilah swimming pool Villa Tanjung Wan |
Kalau korang tinggal di Villa Tanjung Wan ini, dah tak perlu ke restaurant kerana korang disediakan chef sendiri dan boleh menikmati. unlimited consumption of food dan tanpa alkohol. Harga penginapan di Villa Tanjung Wan ini bermula dari RM8200.00 semalam untuk 18 orang.
Sekarang kita lihat pula bilik di Villa Chengal. Villa Chengal mempunyai bilik yang cukup luas bagi penginapan keluarga atau berpasangan. Ianya juga sesuai untuk berbulan madu. Villa ini dilengkapkan dengan 1 katil bersaiz king atau 2 katil single, mempunyai bath tap dan bilik mandi yang sangat luas. Ia dilengkapi tv dan balkoni menghadap tasik ataupun menghadap taman. Villa ini mempunyai roof top untuk beristirehat dan swimming pool di hadapannya.
 |
Villa Chengal |
 |
Balkoni menghadap tasik |
 |
Terdapat juga pilihan katil single |
Harga penginapan di Villa Chengal ini adalah dari RM650 (garden view termasuk breakfast untuk 2 orang) dan dari RM780 (lake view termasuk breakfast untuk 2 orang)
Kepada mereka yang ingin menginap di atas tasik dan ingin memancing pula, korang boleh menginap di dalam houseboat. Sebuah house boat boleh memuatkan sehingga 14 orang dengan dilengkapi 4 cabin. Untuk pakej penginapan Houseboat ini korang perlulah menempah sekurang-kurangnya 7 hari lebih awal untuk proses permohonan permit.
 |
Houseboat |
 |
Inilah bilik di atas house boat |
 |
Tempat lepak di roof top house boat |
 |
Sesuai untuk buat aktiviti santai dari atas |
Houseboat ini dilengkapi dapur dan tandas juga ruangan open deck. Antara aktiviti untuk pakej houseboat termasuklah:
Easy Trekking
Nature Walks
Jungle Exploring
Fishing
Waterfall Dipping
Wildlife Spotting
Bagi pakej 2 hari 1 malam di houseboat adalah RM6400 dan bagi 3 hari 2 malam ialah RM11000 untuk 14 orang termasuk aktiviti dan makanan.
Belum Rainforest Resort mempunyai 2 buah restaurant utama iaitu Hornbill Restaurant dan SiDai Restaurant. Restaurant ini menawarkan pelbagai menu daripada tradisi, Asian Cuisine dan Western.
 |
Hornbill Restaurant |
 |
SiDai Restaurant |
Sekian untuk entri kali ini, selepas ini Zumal akan kongsi mengenai aktiviti, menu dan tempat yang harus korang kunjungi ketika berada di resort ini. Untuk melihat apakah aktiviti yang boleh korang lakukan bolehlah rujuk
DI SINI.
Bestnya dia dpt ke belum rainforest resort ni..syok dpt stay kt villa tu..tp rege bole tahan kn...kongsi ramai2222...view cantik...tenang je rasa
ReplyDeleteBetul tu rancang dan kongsi ramai2 mesti boleh kan...
Deletebestnya =)
ReplyDeleteAlhamdulillah Mizi
DeleteNampak selesa sekali rumah penginapan ni, berangan nak pergi situ
ReplyDeleteJom Bonde, Zumal rasa nak pergi lagi ni
DeleteWah banyak ya tempat Zumal pergi lawat ni. Bantu promot pasti ada yang tertarik nak ke sana. mana lah tahu Etuza coming here ..not impossible
ReplyDeleteWah, semoga ada kesempatan ke sana yer Cikgu. Nanti lajak ke utara boleh berjumpa.
Deletemenarik nya konsep, back to nature. rasa maccam dok di kampung yg damai ja kan ^_^
ReplyDeleteBetul tu, Zumal memang suka konsep camni
DeleteWAH SERONOK N SELESA BERCUTI DI KELILINGI KEINDAHN ALAM SEMULAJADI
ReplyDeleteBetul tu akak
DeleteWowowow menariknya tempat penginapan di Royal Belum niii....kena bagitau member2 ni kot2 boleh ajak ke sini sekali satu hari nanti 👍👍👍
ReplyDeleteBetul tu Cik Suerin, pi ramai2 baru best
DeleteHouse boat tu menarik betul. Villa tu pun best jugak. Sesuai sangat kalau nak santai dengan family atau kawan ramai2. Best2.
ReplyDeleteBetul Yeaslmn, pergi ramai2 sure best
Deletesis JM teringin nak tdo dalam houseboat..ntah bila nak sampai royal belum ni..mcm best jek
ReplyDeleteSama la, Zumal pun teringin tido dalam house boat, jom kongsi ramai2 ke sana. Hehe...
DeleteLusa bilik di sini, malah sgt kemas dan selesa. Suasana menghijau yg menyegarkan.
ReplyDeleteYa biliknya luas dan selesa
Deletecantik dan nampak sgt selesa.. houseboat tu dulu mama dan family teringin juga nak sewa
ReplyDeleteHmmm houseboat kalau datang satu kumpung besar baru jimat
DeleteKat house boat, boleh la memancing malam2...
ReplyDeleteBetul tu Izni
Deletetampak selesa...bkn mcm resort dlm hutan
ReplyDeleteYa, tak rasa macam duduk dalam hutan kalau masuk biliknya
Delete