BUKIT MERAH LAKETOWN RESORT - PERCUTIAN UNTUK KELUARGA

Assalamualaikum dan salam sehati sejiwa semua. Pada 18 hingga 20 Disember 2018 yang lalu Zumal telah menyertai satu lagi aktiviti travelogue bersama Team Travelogue Malaysia. Kali ini destinasi kami adalah Bukit Merah Laketown Resort.

Sebenarnya sejak dulu Zumal hanya tahu Bukit Merah sebagai water park je. Almaklum la waktu masih budak-budak ingat tempat main je. 

Team Travelogue Malaysia
Bila sampai je ke Bukit Merah Laketown Resort, fuh macam-macam ada, dari water park, eco park, resort dan macam-macam lagi. Zumal ni rasa sangat-sangat teruja tau. Tak sabar nak tahu apa yang ada di Bukit Merah Laketown Resort ni??? Jom terokainya bersama Zumal.

Water Park


Inilah pintu masuk ke water park Bukit Merah Laketown Resort
Bukit Merah Laketown Resort sememangnya terkenal dengan taman tema air untuk penduduk di utara Malaysia. Terdapat pelbagai permainan air yang sesuai untuk kanak-kanak dan dewasa. Ianya juga sangat luas dan mampu menampung pengunjung yang ramai pada satu-satu masa.

Bukit Merah Water Park
Apabila, korang masuk je water park korang akan jumpa macam kat atas tu. Boleh la membasahkan diri lalu dekat situ bagi memulakan pengembaraan di water park.
Family Splash Adventure
Family Splash Adventure antara permainan yang pertama yang korang akan nampak kerana ianya besar dan tinggi juga. Ini adalah permainan baru dekat water park ini. Sesuai untuk seisi keluarga. Anak kecik pun ok je. Zumal yang tak tau berenang ni suka beremdam depan Family Splash Adventure ni kerana ia dikelilingi oleh kolam seakan sungai. Air dekat sini 0.5 meter je.

Seronok anak-anak kalau dapat main kat sini

Inilah kawasan air yang memisahkan Family Splash Adventure tu
Racer Slide

Racer Slide juga adalah permainan baru di water park ini. Korang boleh try race dengan kawan sebab boleh turun dua orang serentak. Racer Slide ni Zumal tak main sebab kolam dibawah tu 1.2 meter. Tak la dalam tapi kalau tiba ke bawah dalam keadaan baring tu akan buat Zumal gelabah sikit. 

Crazee Cone
Crazee Cone juga permainan baru di sini. Yang ini Zumal try. Laluan gelongsornya hanya sebelah Racer Slide je. Rasanya ini lagi mencabar dari Racer Slide tu sebab bila je korang turun ke gelongsor Crazee Cone ni, kelajuannya nampak laju gila disamping laluan berpusing-pusing di dalam tu hingga la sampai ke kawasan berbentuk cone tu. Korang akan terpusing sana-sini dalam cone tu baru la korang akan keluar dari permainan. Gelongsor ini korang boleh duduk atas pelampung besar, syaratnya korang kena pegang kuat-kuat je.


Mainan seterusnya ni gelongsongnya lebih tinggi. Yang ni Zumal tak main sebab nampak seram. Tapi best la pulak tengok kawan-kawan main.

Ini adalah permainan seterusnya rakan-rakan media kami main. Yang ini siapa dapat bertahan di puncak bola tu dia la menang. Tapi rakan-rakan media ni semua bijak-bijak tak ada sorang pun terjatuh masa naik atas bola tu. Tabik springgg da... Zumal kat mana? Zumal ambil gambar je sebab tak mampu memanjat. Biasa la dah berumur. 

Habis semua pengenalan permainan di water park ni, rakan-rakan media buat acara bebas. Main le puas-puas. Zumal berendam sambil jaga barang di tepi Family Splash Adventure jer. 

Pulau Orang Utan

Lepas breakfast di Le Lac Restaurant pada hari kedua team media di Bukit Merah Laketown Resort ni, kami bersiap sedia untuk ke Pulau Orang Utan. Pulau Orang Utan ni adalah salah satu pulau yang terdapat di tasik Bukit Merah ni. Perjalanan ke Pulau Orang Utan menggunakan bot selama 15-20 minit juga daripada jeti. 

Kami dalam bot untuk ke Pulau Orang Utan
Ini la Pulau Orang Utan
Pulau Orang Utan ini mula dibuka untuk pengunjung pada tahun 2000. Pulau Orang Utan ini sebenarnya adalah untuk penyelidikan dan pemiliharaan spesies orang utan di Malaysia. Di sini juga telah berjaya melahir anak orang utan. Jumlah orang utan di sini lebih kurang 24 ekor. 

Berikut adalah kadar bayaran masuk ke Pulau Orang Utan



Jom kita tengok orang utan.
Yang ni sekor je bergayut kat tasik

Orang utan ni bebas ke sana-sini di pulau ini

Lebih banyak hidup bersendirian
Untuk pengetahuan semua, orang utan di pulau ini tidak dikurung sebalik kita yang ingin melawat mereka yang masuk dalam sangkar. Laluan pengunjung di sini memang di dalam sangkar untuk keselamatan.

Di tepi laluan pengunjung terdapat pelbagai tanaman herba

Yang belakang ni patung je
Pulau Orang Utan ini juga ada hospital untuk merawat orang utan yang sakit dan juga memberi bantuan untuk bayi yang baru lahir.

Inilah pusat rawatan untuk orang utan
Kalau korang nak tahu, orang utan mempunyai DNA 97% sama dengan manusia. Mereka telah menghadapi kepupusan di habitat asal, jadi di sini la tempat untuk memulihara spesies ini. Korang juga disaran membantu dalam proses pemuliharaan orang utan ini dengan melawat mereka di Bukit Merah Laketown Resort. Hasil dari tiket itu dapatlah menyumbang kepada program pemuliharaan ini. Jom kita bantu mereka.

Eco Park dan SkyCycle 

Setelah pulang dari Pulau Orang Utan, bot kami singgah ke Eco Park. Eco Park n
ini adalah taman yang rimba yang menempatkan haiwan-haiwan seperti mini zoo.
Laluan ke Eco Park

Eddy bergambar dengan Peacock 
Dekat Ecopark ni terdapat pelbagai jenis burung, buaya, beruang, binturung, musang, arnab, ular, arapaima, rusa dan banyak lagi la. Macam burung-burung kita berpeluang untuk pegang mereka, haiwan lain kita boleh ambil pengalaman untuk memberi mereka makan.

Sopan je dia ambil makanan

Yang ni pemalu sikit

Merak ni kalau korang bernasib baik dia akan keluar ke laluan pengunjung

Naff sedang beri arapaima makan

Naff bergambar dengan arnab
Seram tengok ikan arapaima gigas tu makan. Ikan tu pun dah sebesar orang, kalau dia jumpa orang agaknya dia makan kot.

SkyCycle
Okay, kita cerita tentang skycycle pula. Skycycle ni treknya cuma sepanjang 200 meter. Menarik tentang skycycle ni adalah ianya dikayuh menggunakan tangan. Satu unit boleh memuatkan 2 hingga 3 orang. Skycycle membawa kita melalui hutan kecil dan melintasi ecopark.

Sally dan Sienny memulakan kayuhan
Zumal naik skycycle dengan Eddy dan Tajul

Akitiviti Berkayak

Sebelum ini Zumal pernah melakukan aktiviti berakit di Belum Rainforest Resort, tapi di Bukit Merah Laketown Resort ini Zumal mencuba aktiviti berkayak pula. Ini la kali pertama nak naik kayak pula. Bagi mereka yang takut air atau tak tahu berenang jangan la risau kerana korang akan diberi tunjuk ajar secara terperinci dan korang akan melalui sesi water confident sebelum memulakan aktiviti.

Taklimat oleh jurulatih berpengalaman

Kami melakukan senaman ringan

Sesi water confident

Korang tengok la Zumal sesat di mana

Dalam sesi water confident ini kami diajar untuk mengapungkan diri, cara untuk berenang ke tepi. Tapi itu la Zumal macam tak confident jer. Apa pun jadi kami diminta bertenang. Hmmm boleh la yakin sikit sebab Zumal pakai life jacket tu. Syok juga terapung dalam air tu.

Kami dah pertengahan perjalanan

Melalui chalet Kampung Air

Tersilap laluan dah tu
Kami berkayak sejauh 2km untuk ke Pulau Pak Tuan. Lenguh beb berkayak ni rupanya. Sampai di Pulau Pak Tuan, kami berehat sambil menikmati rambutan. Rambutan tu kait sendiri ler dekat pokok. Lepas berehat dalam lebih kurang 30 minit, team media pun berkayak pulang ke daratan. Zumal jer naik bot balik sebab semput. Apa pun aktiviti berkayak ni sangat best. Pengalaman baru la katakan.

Penginapan

Untuk penginapan di Bukit Merah Laketown Resort ini kami dibahagi kepada 2 kumpulan iaitu satu kumpulan di Laketown Hotel dan satu lagi di Kampung Air Water Chalet.

Zumal dan Eddy sebilik di Kampung Air Water Chalet. Chalet yang terletak atas air ini merupakan penginapan mewah di sini. Chaletnya dibina dengan senibina Melayu dengan kemasan kayu. Mempunyai hiasan dalaman yang nampak antik dan menarik. Chalet ini dilengkapi kipas, aircond, mini bar, katil single 2 buah, ruang rehat di balkoni, bathtab dan bilik air yang luas dan selesa.

Pemandangan Kampung Air Water Chalet dari jeti Ecopark

Dalam bilik kami

Kemasan kayu membangkit suasana tenang

Televisyen dan di bawahnya ada mini bar

Bilik air yang luas

Ruang rehat di balkoni
Kalau korang berpeluang menginap di Kampung Air, korang boleh memancing di balkoni bilik korang. Dekat sini banyak ikan toman yang pasti buat kaki pancing teruja la.
Berehat di balkoni kejap
Merenung masa depan
Zumal pun tak lepas peluang memancing

Le Lac Restaurant

Semasa penginapan kami di Bukit Merah Laketown Resort ini, semua makan dan minum kami adalah di Le Lac Restaurant. Untuk makan pagi dan tengah hari adalah secara buffet. Manakala malamnya korang boleh pilih antara, buffet, barbeque ataupun steamboat. Yang pasti menu dekat Le Lac ni semuanya sedap-sedap.

Kami berkesempatan bergambar dengan chef

Aktiviti BBQ

Steamboat

Fire Show

Setiap malam para pengunjung Bukit Merah Laketown Resort akan dihidangkan dengan persembahan fireshow. Persembahan menarik ini sangat menghiburkan dan adakala aksi mereka agak seram.

Fireshow

Persembahan yang memukau

Persembahan api mengikut irama muzik

Tetamu juga diberi kesempatan untuk bergaya dengan api

Art Lane

Bagi mereka yang suka selfie dan bergambar. Bukit Merah Laketown Resort ni ada Art Lane yang menempatkan lukisan-lukisan dinding menarik yang sesuai untuk korang yang suka bergambar.

Zumal di Art Lane

Bnayak port menarik untuk bergambar
Di Art Lane juga korang boleh nikmati Kebab, Pizza dan Ais Krim Gulung

Eddy menanti aiskrim gulung

Inilah salah satu menu aiskrim gulung di sini

Night Safari Taiping

Selain menonton fireshow, korang boleh juga penuhi aktiviti malam ke Night Safari yang terletak di Taiping. Ianya kira-kira 30 minit perjalanan dari Bukit Merah Laketown Resort.

Thanks Eddy untuk gambar ini
Di Night Safari ni korang kena bawak bekal kamera yang sesuai jika nak tangkap gambar yer sebab ianya disebelah malam jadi kalau kamera tak sesuai korang hanya dapat gelap malam je la. Hehe...

Zifarah ni jinak boleh pegang-pegang

Badak sumbu, besar gila haiwan ni

Kuda belang

Badak-badak air sedang diberi makan
Kebanyakan haiwan di sini korang boleh tengok walaupun malam tapi cuma kamera Zumal je la tak dapat capture semua. Kalau korang nak tengok kena terjah sendiri ke Night Safari Taiping.

Travelogue Perak ini dibawakan khas kepada anda oleh kolaborasi antara Borakkita Media / Travelogue Malaysia dan The Influenzas Team disokong oleh EMKAY Group. Terima kasih untuk penaja utama kami – Bukit Merah Laketown Resort dan Rhino Airiel Travel serta tak lupa juga Zoo Taiping & Night Safari.

Comments

  1. Asalam menarik sekali Zumal..happy holiday ya. tahniah dapat anugerah di laman Etuza

    ReplyDelete
  2. Ini bukan sekadar bergembira...tetapi mendekati alam juga.

    ReplyDelete
  3. Tempat yang menarik.
    Selamat bercuti

    ReplyDelete
  4. I dunno bukit merak so interesting...
    I would like to go to that pulau orang utan & eco park & water chalet there
    nice travel blog post n what an awesome experience you have

    ReplyDelete
    Replies
    1. I hope you will enjoy the holiday in Bukit Merah Laketown Resort

      Delete
  5. fuh, macam2 ada rupanya.. selama ni ingat dok ada water park tu ja..

    ReplyDelete
  6. banyaknya tempat menarik di Bukit Merah, nt nak bawa anak

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang sesuai untuk anak-anak bergembira masa cuti camni

      Delete
  7. Thanks for info. Banyak aktiviti menarik.
    Pemandangan di Bukit Merah sememang nya menarik. Masih ada lagikah bunga teratai di tasik.

    ReplyDelete
  8. teringin betul kita nak ke Bukit merah Laketown resort ni.ramai yang kata best bercuti di sana...tempat pun menarik

    ReplyDelete
  9. new face bukit merah waterpark mcm best jer

    ReplyDelete
  10. menarik tempat ni.. agak2 kalau org hutan betul2 berani tak selfie? haha

    ReplyDelete
  11. tmpt2 mcm ni mmg syok. kalau nk pegi jgn tggu cuti sekolah sesak ehehehhe

    ReplyDelete
  12. Ooo. .Macam² ada ye. Ingatkan waterpark je. Tapi bestlah

    ReplyDelete
  13. Wow.. best la.. wajib pergi mcm nie bawa anak-anak..

    ReplyDelete
  14. Best ni, jenuh Sis ko baca dari atas hingga habis..
    Dah boleh masuk dalam list utk tahun 2019 ni..
    Makaseh Zumal..

    ReplyDelete
  15. seronok tgk.. aktiviti kat sini pon bnyk yg menarik ye.. kena letak dalam list ni.. :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selamat bercuti ke Bukit Merah Laketown Resort

      Delete
  16. Wah.. menarik rupanya Bukit Merah ini.. Sha tak pernah sampai sini lagi..

    ReplyDelete
  17. Teman tak pernah lagi bercuti kat sini. Macam menarik je. Boleh la plan kesini nanti...

    ReplyDelete
  18. pernah 2x bercuti di bkt merah..memang best

    ReplyDelete
  19. Menarik juga klu santai2 bercuti bawa keluarga ke sini.. boleh plan ke sini nanti. Thanks sharing sahabat.

    ReplyDelete
  20. nampak menarik, macam aktiviti mandi,orang utan tu memang tau cuma yang lain-lain tu extra info la

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts