BUMBLEBEE

BUMBLEBEE

Assalamualaikum dan salam sehati sejiwa semua. 20 Disember yang lalu Bumblebee telah mula ditayangkan di semua pawagam seluruh dunia. Mungkin ramai yang tak sabar menanti filem ini ditayangkan terutama peminat Transformers. Jom Zumal kongsikan serba sedikit tentang Bumblebee ni.

Kisahnya bermula apabila planet asal Transformers (Cybertron) telah diserang oleh Decepticon dalam tahun 1987. Setelah peperangan semakin dahsyat, Optimus Prime mengarahkan anak buahnya B127 untuk ke planet bumi. B127 diamanahkan untuk menjaga bumi dan penduduknya.

B127 telah mendarat di sebuah kem tentera di Carlifornia, berlaku pergelutan antara tentera dan B127 kerana pihak tentera menganggap B127 adalah musuh. Dalam pada itu, Decepticon telah mengesan B127 berada di bumi dan B127 diserang oleh sebuah robot Decepticon bersama pihak tentera di situ. B127 telah berjaya menumpaskan robot Decepticon itu dan menyelamatkan tentera di kem tersebut. B127 menghilangkan diri bersembunyi.

B127 dijumpa oleh seorang gadis bernama Charlie dalam bentuk sebuah kereta vw beetle kuning di sebuah gudang barang terbuang. Pemilik gudang tersebut menghadiahkan Charlie vw kuning itu sebagai hadiah hari jadinya ke 18 tahun.

Beetle kuning itu dibawa pulang ke rumah dan diletakkan dalam garage. Semasa Charlie sedang memeriksa beetle kuning tersebut, tetiba terbuka salah satu komponen beetle tersebut. Ketika itu la B127 baru menonjolkan rupa sebenar dan diberi nama sebagai Bumblebee oleh Charlie. Kalau nak tahu lebih lanjut kenalah tonton sendiri di pawagam berhampiran anda yer.



Kepada anda yang belum menonton Bumblebee, anda harus buang ingatan terhadap spek mata yang dijual di eBay oleh Sam Witwickey. Anda juga jangan cari kisah Sam dalam filem ini yer. Bumblebee adalah sebuah permulaan yang baru untuk cerita Transformers ini dan jangan anggap ianya Transformers 5. Pada pendapat peribadi Zumal kisah ini best sangat dan Zumal jangka pihak Paramount akan sambung lagi kisah Bumblebee ini. Sama-sama kita tunggu. Zumal bagi 9.5/10 bintang yer. Selamat menonton. 

Comments

  1. Sha suka filem kali ini.. Lebih seronok ditonton.. jatuh cintakah dengan Bumblebee tu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu seronok filem kali ni, ada sedih, lawak, aksi dan rasa ternanti-nanti apakah yang berlaku seterusnya

      Delete
  2. mmm... memang teman akan menonton filem nie... teman tak pernah miss untuk menonton filem Transformer nie...

    ReplyDelete
  3. Wah 9.5 rating. Mest best ni. Tak sempt g tgok lg kt wayang. Huhuhu

    ReplyDelete
  4. Tasabar nye nak tengok.. Tunggu je la sebab ada anak kecik kan..

    ReplyDelete
  5. dah tengok gak...banyak scene yang menyentuh hati, kita kan hati tisuuuuu...nangesss

    ReplyDelete
  6. Filem ni mmg nampak menarik, tp belum berkesempatan nak menonton lagi. Harap tak terlambat lagi nak ke panggung nanti.

    ReplyDelete
  7. Tk sempat tgk lg...rmi ckp best

    ReplyDelete
  8. cerita bumblebee ni sebenar nyer umpama prekuel kepada cerita transformer. tapi daripada apa yg aku baca, diorang macam nak remake balik siri transformer ni. tapi diorang nak tengok dlu respond crowd terhadap cerita bumbleebee ni. kalau sambutan menggalakkan, baru diorang nak reboot balik transformer. nak buat ala2 macam Marvel Cinematic Universe (MCU) dan DC Extended Universe (DCEU). ni daripada apa yg aku baca dlu la.

    ReplyDelete
  9. Belum sempat nonton filem ni Zumal...kat drama di TV ada jg nonoton

    ReplyDelete
  10. x sempat tgk... hjg thn mcm2 benda kena settle...smpi BW pn terbengkalai. nk tgk Bumblebee apatah lg ;-)

    ReplyDelete
  11. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  12. I hope to see more post from you. I am satisfied with the arrangement of your post. You are really a talented person I have ever seen. If you're looking for the best things to do in the world, Things to do has something for everybody! From adventure to culture, food to history .

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts