 |
CASTELLA CAFE
|
Assalamualaikum dan salam sehati sejiwa semua. Selasa lalu lepas Team Travelogue Malaysia check out dari Belum Rainforest Resort, kami berkesempatan singgah di Castella Cafe untuk menikmati makan tengah hari.
Mesti korang tertanya-tanya apa yang unik di Castella Cafe ni? Castella Cafe ni tempat makannya di dalam sungai tau.
 |
Inilah gambar masa kami nak menjamu selera hari tu |
 |
Air sungai ni sampai ke paras lutut tau (bagi yang katik) |
Selain keunikan tempat makannya di dalam air dah tentu menu makanannya yang menjadi daya penarik korang untuk ke Castella Cafe ini. Castella Cafe menawarkan menu tradisi tetapi dengan cara yang berbeza. Misalnya makanan di sini dihidangkan di dalam buluh. Bila letak makanan dalam buluh aromanya lain tau.
 |
Ulam-ulaman dan ikan masak lemak dihidang dalam buluh |
Lauk dihidang dalam buluh tapi nasi pula dimasak menggunakan buluh. Aroma nasi tu buat kita makan bertambah-tambah tau. Kalau nak menjamu selera di sini sila lupakan seketika teng diet yer.
 |
Inilah nasi yang dimasak menggunakan buluh |
 |
Jom makan |
Pakej makan-minum di Castella Cafe ini amat menjimatkan dan sesungguhnya berbaloi untuk wang korang. Sebabnya rasa keenakan menunya sangat luar biasa. Ikan pula fresh dari Tasik Banding sendiri.
 |
Menu yang menggoda nafsu |
Masa kami menjamu selera hari tu, set trapia diberi untuk dicuba. Zumal suka ikan talapia bakar, ikan masak lemak, ulam jantung pisang dan sambalnya fuh sempoi habis. Memang menu kena dengan tekak orang kampung macam Zumal ni. Rakan-rakan media dari KL pun berselera makan di sini.
Selain menjamu selera korang juga boleh menginap di sini. Ada chalet disediakan. Paling best harganya termasuk makan yang amat berbaloi. Rasanya nanti boleh datang bercuti dan bersantai di sini.
 |
salah satu chalet di Castella Cafe |
 |
Anjung chalet view sungai |
 |
Di sini juga terdapat campsite untuk percutian lebih adventure |
 |
Kalau korang sini, korang boleh bergambar dengan musang yang jinak nie |
Kalau nak datang ke Castella Cafe, korang boleh la buat tempahan dengan menghubungi Tok Janggut di 011-2050 3454 atau pun boleh rujuk di facebook
Castella Cafe untuk sebarang info.
menarik dpt mkn2 kat sini sambil main air..nak pegi tu rasa jauh nak drive kalau semata nk mkn..kalau mmg buat JJCM 3 hari 2 mlm ke baru syok nak singgah
ReplyDeleteBetul tu JM. Pergi duduk lama situ ramai2 baru best.
Deletewowwwww. menariknyaa makan dalam air! hahahaa. kena masuk tempat makan punya wish list ni. heheh
ReplyDeleteHah, nanti boleh la try yer
DeleteBestnya mkn2 sambil kaki kt dlm sungai tu...lpr tgk menu2 tu
ReplyDeleteHehe Zumal pun masih teringat menu2 tu
DeleteWah... Sangat² menarik tempatnya. Makan sambil main air. Confirm berselera. Kan?
ReplyDeleteBetul tu Fiza. Tambah pula air tu sejuk...
DeleteWah menarik sekali makanan tu Zumal..tradisional ..banyak dah Zumal pergi ya ..ramai2 pergi kan menarik luas pengalaman
ReplyDeleteAlhamdulillah 2018 tahun jalan-jalan
DeleteSeronoknya menjamu selera sambil berendam mcm tu. Hidangan pun menyelerakan, malah persekitaran pun cantik dan nyaman.. mmg menarik.
ReplyDeleteBetul tu tempatnya cantik dan mendamaikan
Deletengat kl je ada tpt makan atas air. rupanya kt sini pun ada
ReplyDeleteKat sini dari tahun 2016 kalau tak silap zumal
Deletekalau dekat dah lama mama ke sana.. baru tgk kat tv smlm mmg tempting sgt2
ReplyDeleteSemoga ada rezeki mama ke sini. Aamiin
DeleteMenarik !! Kalau dekat² nak juga pergi tu. Unik sangat rasanya makan dalam air lepastu dihidangkan menggunakan buluh.
ReplyDeleteKalau dari Kelantan maybe 2 atau 3 jam boleh sampai ni
DeleteKalau aku kebetulan mau pergi boleh juga singgah tu..
DeleteKedengaran sangat menarik tempat percutian ini.
ReplyDeleteMemang best ni akak
Deleteterbaek.. menarik tempat ni :)
ReplyDeleteJemput datang yer
DeleteMenarik sungguh lauk-pauknya 😋
ReplyDeleteTak kena hinggap dengan pacat ka dok rendam kaki kat situ? 😆
Fuh jangan risau pacat dan lintah tak kelihatan maybe dia makan tempat lain
Deletewaa.. best nya !!!!!!!!!! teringin nak lepak kat suasana kampung cenggini.. hee~ masuk wishlist 2019 terus..
ReplyDeleteSemoga dipermudahkan untuk ke sini
DeleteUnik tempat ni.
ReplyDeleteBetul tu WP unik tempatnya
Deletemmm... macam menarik je... Sekarang nie dah jarang sekali lalu kat area Grik tu...
ReplyDeleteKalau nak makan kat situ, kena plan travel ke sana...
Boleh tu penginapan di situ pun ada. Di Belum Rainforest Resort pun dekat jer
Deleteoooo cafe ni laa yg msk majalah 3 tu...uiii mmg syokkk sgt ni rs mcm x nk blk hahaha
ReplyDeleteYer Anies, tak nak balik pun boleh. Kikiki
Deletepergh unik sgt cafe ni..makan minum dalam air..nak pergi jugak makan kat sini..
ReplyDeleteJemput datang yer
DeleteMenariknya tempat makan. Sebelum ni pernah makan ayam buluh je. Itu pun dah rasa best. Tapi Castella laaagi best :)
ReplyDeleteHehe, nanti kena cuba yer
DeleteBest dapat berdamping dengan nature. Makan pun kat sungai, tentulah laju kan :-)
ReplyDeleteBetul tu siap tambah sampai tak sedar dah 3 pinggan nasi
DeleteDi grik pun ada juga makan dlm sungai..
ReplyDeleteAda-ada dah lama tau dorang buat
Deletethis place not bad yeah
ReplyDeletei like the food in bamboo
I love the aroma
Delete