HUTAN HUJAN TROPIKA ROYAL BELUM PERAK

Assalamualaikum dan salam sehati sejiwa semua. Pada 9 hingga 11 Disember 2018 yang lalu Zumal telah berkesempatan menyertai Team Travelogue Malaysia dalam siri Travelogue Perak iaitu ke Belum Rainforest Resort yang terletak di Gerik, Perak.


Untuk entri ini Zumal akan kongsikan serba sedikit info tentang Hutan Hujan Tropika Royal Belum. Sebenarnya Zumal memang bercita-cita nak masuk ke Royal Belum sejak dulu lagi. Alhamdulillah dapat pula peluang ini dari Team Travelogue Malaysia.

Mulanya anggapan Zumal hutan tertua di dunia adalah Hutan Amazon rupanya Hutan Hujan Tropika Royal Belum adalah hutan antara tertua di dunia iaitu kira-kira 130 juta tahun umurnya. Ianya lebih tua daripada Hutan Amazon dan Congo. Bayangkanlah jika setua itu pasti ada pelbagai khazanah di dalamnya. Royal Belum adalah hutan hujan tropika yang berkeluasan 290 000 hektar. 117 500 hektar hutan hujan tropika ini adalah hutan tebal dan bersempadan dengan negara Thailand. 90% kawasan atas hutan ini masih belum diterokai.

Kerajaan Negeri Perak telah memutuskan untuk mengekalkan Royal Belum sebagai hutan simpan dan untuk tujuan penyelidikan. Royal Belum sangat kaya dengan flora dan faunanya. Istimewanya Royal Belum kerana ia juga mempunyai spesies Rafflesia (padma) yang tumbuh meliar di sini yang juga merupakan bunga terbesar di dunia. Terdapat juga 2 spesies lagi bunga terbesar dunia yang mendiami Royal Belum dan salah satunya dinamakan Azlanii.
Image result for rafflesia royal belum
Spesies Bunga Rafflesia yang tumbuh meliar di Royal Belum
Untuk memasuki kawasan Royal Belum anda perlu memohon permit dari Taman Negeri Perak seminggu sebelum masuk ke kawasan hutan ini ataupun anda boleh memaklumkan kepada pihak Belum Rainforest Resort untuk menguruskannya.

Pos Pemeriksaan Royal Belum

Permit yang dibuat itu hendaklah diserahkan di Pos Pemeriksaan Royal Belum sebelum memasuki kawasan hutan ini. Pos Pemeriksaan ini teletak kira-kira 30 minit perjalanan dengan bot dari jeti Belum Rainforest Resort.

Bot menjadi pengangkutan utama untuk memasuki perkampungan orang asli
dan untuk meneroka Hutan Royal Belum

Antara wajah-wajah ceria Team Travelogue Malaysia


Jom ikuti video teaser Team Travelogue Malaysia


Zumal akan kongsikan pelbagai lagi info selepas ini tentang Royal Belum seperti penginapan kami dan aktiviti-aktiviti yang telah kami jalankan di sana. Untuk maklumat penginapan boleh rujuk di entri INI. Untuk lihat apakah aktiviti menarik di sini korang rujuk DI SINI. Nantikan entri seterusnya dari Zumal yer.

Villa Azlanii antara penginapan Team Travelogue Malaysia

Lawatan ke Belum Discovery Centre
Travelogue Perak ini dibawakan khas kepada anda oleh kolaborasi antara Borakkita Media / Travelogue Malaysia dan The Influenzas Team disokong oleh EMKAY Group. Terima kasih untuk penaja utama kami – Belum Rainforest Resort dan Aidil Travel & Tour serta tak lupa juga Castella Cafe.

Comments

  1. Bestnya dpt explore :)

    Ika datang singgah sini. https://ikashoid.blogspot.com/2018/12/mathaf-2018-star-avenue.html

    ReplyDelete
  2. Seronoknya zumal. . Dh lama teringin nk kesini tapi tak pernah sempat pergi lagi

    ReplyDelete
  3. Pernah baca ekspedisi ke Royal Belum lama dulu. Katanya air yg mengalir disitu sangat bersih dan boleh diminun terus begitu saja.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu akak, ph airnya 7.5 sesuai minum terus

      Delete
  4. Baru tahu kena ada permit dulu kalau nak masuk ya.

    ReplyDelete
  5. Wahhh bestnya Zumal. Teringin nak pergi tempat macam ni juga tau

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ada peluang kena pergi rasainya yer. Memang best

      Delete
  6. tetiba rs beruntung sbb Malaysia ada hutan sebegini... hrp ia akn trs terpelihara utk generasi akan dtg...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Semoga begitu la hendaknya. agar ia kekal sampai bila-bila

      Delete
  7. Bestnye dpt menikmati udara segar dan pemandangan hutan..

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts