KAMPUNG SEMELOR ROYAL BELUM

Assalamualaikum dan salam sehati sejiwa semua. Seperti yang dijanjikan, hari Zumal akan kupas lebih lanjut tentang perkampungan orang asli yang telah Zumal lawati bersama Team Travelogue Malaysia baru-baru ini. 

Perkampungan yang Zumal maksudkan adalah Kampung Semelor. Walaupun kami ke sana menaiki bot tetapi Kampung Semelor bukannya terletak di pulau-pulau yang berada di Tasik Temenggor ini tetapi ianya terletak di mainland cuma jalan darat untuk ke kampung ini sangat jauh dan mencabar. Kita kena lalui jalan balak dan amat berbahaya di samping berhadapan dengan haiwan-haiwan liar yang bebas berkeliaran. Zumal pun tak nak jadi lauk pak belang. Oleh itu penggunaan bot adalah lebih baik dan cepat. Perjalanan menaiki bot dari jeti Belum Rainforest Resort mengambil masa lebih kurang 45 minit.

Kami menaiki bot untuk ke Kampung Semelor


Selain itu dengan menggunakan bot, kami dapat nikmati pemandangan yang cukup indah yang tak dapat kami hayati di tempat lain. Di sini kami dapat lihat pulau-pulau, kegiatan masyarakat setempat seperti menangkap ikan juga dapat lihat burung-burung berterbangan dan kalau nasib baik dapat lihat haiwan liar dari Royal Belum ini.

Tasik yang sangat tenang airnya
Permulaan kami menjejak kaki

Bila dah nampak bot menghapiri daratan, Zumal tercari-cari jeti kat mana? Rupanya tiada jeti, bila bot sampai ke tebing kita kenalah memanjat naik ke daratan. Gambar di atas tu Eddy ambil dari dalam bot. Macam tu la rupanya laluan pertama kami untuk ke Kampung Semelor. Pendakian tebing hingga ke tempat di mana pacuan 4 roda bakal membawa kami ke Kampung Semelor. Kena menapak dalam 200 meter juga. 

Gambar rakan-rakan media sebelum diangkut ke Kampung Semelor
Dari kiri Khalis, Ivan, Izryl, Eddy, Naff dan Sienny 
Dalam gambar berlatar belakang kampung tapi bukan disitu tempat tujuan kami. Kami dibawa ke Kampung Semelor dengan pacuan empat roda. Perjalanan dengan pacuan 4 roda ke Kampung Semelor dalam anggaran 15 minit melalui jalan tanah merah. 

Inilah Kampung Semelor
Kampung Semelor adalah perkampungan orang asli yang telah mengecapi kemodenan. Mereka telah menerima bekalan elektrik dan air. Kediaman mereka juga dah ada yang dibuat dengan batu sepenuhnya. 

Setibanya di Kampung Semelor, Zumal teruja melihat bersihnya kampung ini. Bersihnya macam tempat ini tidak dihuni manusia maklumlah yang buat kotor tu selalunya manusia. Jangan dikata pembungkus makanan atau botol air, malah puntung rokok pun tidak kelihatan di bumi Semelor ini. 

Di sana kami telah disambut oleh tok batin Kampung Semelor iaitu Pak Samad. Pak Samad ini seorang yang peramah dan mudah mesra. Macam-macam kisah hidup yang diceritakan beliau kepada kami sehinggalah beliau diangkat menjadi tok batin. 

Dua dari kiri adalah Pak Samad, tok batin Kampung Semelor

Pak Samad sedang bercerita tentang Kampung Semelor

Untuk pengetahuan semua Kampung Semelor mulanya didiami oleh masyarakat Temiar tetapi kini telah pun bercampur dengan kaum lain juga. Pak Samad telah menekankan kebersihan kepada penduduk kampung ini dan katanya kalau kampung kotor mereka akan diserang pelbagai penyakit tapi untuk ke klinik sangat jauh. Oleh itu masyarakat di sini sangat menjaga kebersihan kampung mereka. Kampung ini didiami oleh 180 orang penduduk yang terdiri daripada 43 keluarga.

Kampung Semelor pernah dinobatkan sebagai kampung paling bersih di Negeri Perak pada tahun 2005 dan 2006. Kampung ini juga telah diangkat sebagai kampung pelancongan pada tahun 2011. EMKAY Group juga telah menjadikan Kampung Semelor sebagai kampung angkat.

Chalet di Kampung Semelor
Sebagai sebuah kampung pelancongan, Kampung Semelor turut membina beberapa unit chalet untuk kemudahan penginapan pelancong yang ingin merasai pengalaman berada di perkampungan orang asli ini.

Dari segi pendidikan, Kampung Semelor ini sangat jauh dari sekolah dan jika mereka ingin ke sekolah mereka perlu tinggal di asrama. Kebanyakan keluarga orang asli sukar melepaskan anak-anak mereka tinggal berjauhan. Oleh itu EMKAY Group bersama JAKOA telah membina sebuah Toy Library iaitu sebuah konsep pendidikan sambil bermain di Kampung Semelor. Toy Library membawa konsep seperti pra-sekolah yang memberi fokus kepada penekanan 3M iaitu membaca, menulis dan mengira. Mereka juga didedahkan dengan penguasaan Bahasa Inggeris.

Signboard Toy Library

Zumal dihadapan Toy Library

Encik Taufik menerangkan tentang Toy Library

Sewaktu pengajaran dijalankan

Kanak-kanak di sini mudah mesra

Team media bergambar bersama pelajar dan guru
Bagi korang yang ingin membantu anak-anak orang asli dalam pendidikan mereka, korang boleh menjadi sebahagian Belum Forest Friend satu usaha inisiatif Yayasan EMKAY. Untuk maklumat lanjut sila ke https://www.brainsfeed.org/bff

Travelogue Perak ini dibawakan khas kepada anda oleh kolaborasi antara Borakkita Media / Travelogue Malaysia dan The Influenzas Team disokong oleh EMKAY Group. Terima kasih untuk penaja utama kami – Belum Rainforest Resort dan Aidil Travel & Tour serta tak lupa juga Castella Cafe.

Comments

  1. teang je tgk kawasan perkampungan ni..jauh dari sibuk bandar. ada tanya tok batin tak? berapa jumlah penduduk org asli di kg ni

    ReplyDelete
  2. Bestnya. Lagi² bila pergi ramai²...

    ReplyDelete
  3. Satu pengalaman yg menarik melihat masyarakat di sebalik kehidupan alam yg indah dan segar. Royal Belum ni mmg anugerah alam semulajadi buat kita di Malaysia.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu Abg Khir, anugerah alam yang sangat cantik

      Delete
  4. wah bestnya ke sana naik bot

    ReplyDelete
  5. Cantik perkampungan tu..patutlah nak ke sana perlu melalui macam-macam cabaran. Tapii mesti seronok kan sebelum sampai dah boleh cuci-cuci mata dah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu ciktie sebelum sampai dah nampak alam semulajadi yang cantik

      Delete
  6. Pernah tengok kisah Kg Semelor ni kalau tak silap dalammajalah 3.

    ReplyDelete
  7. Bestnya kalau dapat jelajah tempat-tempat macam nie...

    ReplyDelete
  8. kampung paling bersih?? fuhhh dasatttt... patut laa pelancong luar negara suka ke sini... eh, ada jumpa maya karin x? khabarnya dia ada kt situ hahahah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Maya Karin eh, rasanya dorang dah balik masa kami sampai. Ramai juga artis dah sampai sini

      Delete
  9. royal belum ni mmg cantik sgt tempatnya..tak tercemar lgsg..teringin nak dtg sini jgk..tgu anak besar skit..hehe

    ReplyDelete
  10. Wow!! naik boat..travel yang seronok sekali..dapat pit body..keluar peluh naik bukit

    ReplyDelete
  11. Wah! memang cantik dan bersih tengok gambar kampung tu...
    Seronok pengalaman macam ni

    ReplyDelete
  12. Kampung mereka cantik. Komuniti mereka semakin maju.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya komuniti mereka dah maju, ramai dah keluar dari kg ke bandar

      Delete

Post a Comment

Popular Posts