REPLICAS
![]() |
Replicas |
Assalamualaikum dan salam sehati sejiwa semua. Pagi ni sekali lagi Zumal nak up movie review tau. Hari ni Zumal nak cerita tentang filem Replicas. Semalam Zumal cerita filem ahli geologist dan hari ni pasal ahli biologist pulak. Ala dulu-dulu tak ambil aliran sains jadi hanya dapat layan kisah sains fiksyen je la.
Replicas bermula dengan situasi Will Foster (Keanu Reeves) seorang ahli biologist bersama rakan-rakan setugasnya sedang berusaha memindahkan memori mayat seorang lelaki ke atas robot ciptaan mereka. Percubaan mereka berjaya menghidupkan robot tersebut tetapi robot tersebut bertindak di luar kawalan dan terpaksa dimatikan.
Suatu hari Will Foster kelihatan agak gelisah kemungkinan ada masalah dalam kajian ataupun dana berkaitan kajian tersebut. Pulang sahaja ke rumah, rupanya Will Foster telah merancang untuk bercuti bersama keluarganya. Dalam perjalanan mereka untuk pergi bercuti, mereka terlibat dalam kemalangan jalan raya. Kesemua keluarga Will tidak dapat diselamatkan. Mereka mati dalam kemalangan tersebut.
Selepas Will mengeluarkan mayat ahli keluarganya dari kenderaan yang mereka naiki dia menghubungi rakan sekerjanya lakonan Thomas Middleditch. Rakan terus bergegas ke tempat kejadian dan terkejut dengan apa yang berlaku. Rakannya menasihatkan Will membuat laporan polis tapi Will tidak mahu dan merancang untuk mengembalikan ahli keluarganya yang terbunuh itu. Will terlalu sayangkan ahli keluarganya dan tak mahu berpisah dengan mereka.
Will dan rakannya berjaya menyeludup keluar peralatan makmal di tempat kerjanya ke rumah Will. Adakah Will berjaya dalam misinya itu? Apa halangan yang berlaku pada Will dan rakannya itu? Nanti anda korang tonton sendiri k.
Filem Replicas ini berdurasi 1 jam 47 minit ini diarahkan oleh Jeffrey Nachmanoff. Filem ini ditayangkan di Mexico pada 26 Oktober 2018, negara kita mungkin dalam bulan Disember atau Januari. Selamat menonton yer.
best! kena tungguu..
ReplyDeleteSelamat menonton nanti
DeleteIt's me.. mama suka cerita mcm ni
ReplyDeletehehe sama la kita
DeleteWah wah ada Keanu Reeves..memang sesuai sangat kalau dia jadi watak utama dalam cerita scifi macam ni 😎
ReplyDeleteNanti jangan lupa menonton yer
DeleteWahhh bestnya.. nak tengoklah
ReplyDeleteSelamat menonton yer
Deletebestnya jalan cerita dia tapi mesti ending dia predictable kan
ReplyDeleteHmmm betul tu Farhana
DeleteMenarik... jalan cerita yang out of the box... mesti menarik nie...
ReplyDeleteSelamat menonton yer
DeleteKeenu tu.. Mesti menarik..
ReplyDeleteBetul tu Sha
DeleteWAH REVIEW FILEM YG MENARIK NI
ReplyDeleteHehe budak baru belajar ni. hihi
Deletememang menarik ..nampak gambar ja pun menarik..
ReplyDeleteSelamat menonton yer
Deletelama tk tgk keanu reeves berlakon...kuar nanti ada kesempatan bole pi tgk
ReplyDeleteSelamat menonton yer
Deletedah lama xgi menonton..bc review mcm best je..
ReplyDeleteNanti boleh la pergi menonton
Deletenak tunggu tengok kat you tube :-)
ReplyDeleteEh ade yer JM
DeleteJalan cerita macam menarik ni
ReplyDeleteBest la jugak CCL
Deletekeenu reeves ni selalu berlakon dalam movie fiksyen gini kan..
ReplyDeleteBetul tu, kira dia memang sesuai dengan watak diberikan tu
Deletemaaaakkk tak tau pun Keanu Reeves ada movie baru! thank you!!
ReplyDeleteMyra | The Grey Lines Between
Hehe selamat menonton
Deletepelakon fav sy.. keanu is back!
ReplyDeleteWah, mesti tak sabar nak tengok yer
DeleteNampak menarik.. teringin juga nak tonton nanti. Thanks sharing :)
ReplyDelete