BERGAMBAR DENGAN C70

Assalamulaikum dan salam sehati sejiwa buat semua. Hari ni start minggu baru jadi tak nak mulakan dengan gosip murahan. Zumal cuma nak kongsi pengalaman bersama rakan baru di Bagan Serai bulan lepas.

Macam yang korang tahu, hujung tahun iaitu bulan 12 yang lalu Zumal sertai team Travelogue Malaysia ke Negeri Perak Darul Ridzuan. Lokasi terakhir misi travelogue kami adalah Bukit Merah Laketown Resort (BMLR). Lepas habis sesi travelogue selama 3 hari BMLR, Zumal terus balik kampung di Bagan Serai. 

Bagan Serai ni kampung arwah tok (nenek Zumal). Kampung kami ni betul-betul dalam pekan Bagan Serai. Nak ke pusat bandar Bagan Serai jalan kaki jer. Dulu masa arwah tok wan dan tok masih ada, memang setahun beberapa kali kami balik kampung. Masa tu Zumal tak aktif lagi berblog walaupun ada blog. Jadi tak ada la kisah balik kampung dalam blog ini.

Sekarang di kampung hanya tinggal adik kepada tok Zumal, Zumal gelar tok andak. Tok andak hanya tinggal bersama cucu saudaranya Eddy. Eddy ni jarang-jarang ada sebab belajar jauh dari situ. Tahun ni dia ada la sebab dah habis belajar dan praktikal di Perak. Ayah Eddy tinggal di Kota Kinabalu, kalau bulan 12 ayah Eddy ada la di kampung sekeluarga. Cuti sebulan dekat semenanjung. Masa zumal balik tu ada la dorang. Rasa meriah macam raya. 

Apa kaitanya C70 tu? Dekat rumah tu ayah Eddy ada beli motor honda cup C70. Dah lama dah beli tapi terbiar je dekat rumah sebab tok andak tak tahu guna motor. Eddy jer guna motor tu. Disebabkan ada kereta, motor pun terbiar. 

Boring juga terperap di rumah. Motor C70 tu pun rosak. Ayah Eddy suruh Zumal baiki motor tu. Bengkel pun kebetulan depan rumah je. Bila bawa ke bengkel rupanya tangki minyak motor tu bocor. Lepas baiki Zumal terus jalan-jalan dalam kampung.


Zumal ni sebenarnya gian juga nak bawak motor sebab dah lama tak bawak motor. Almaklum la sebelum ni kaki nak langkah naik motor pun tak boleh. Zumal pun bawak la C70 ni jalan-jalan sampai tengah kampung. Ada kawasan sawah padi dekat situ. Cuaca pun tak panas. Jadi mulalah sesi bergambar dengan kawan baru tu.



Korang tahu tak lepas bergambar tu dia terus tak hidup. Pecah peluh juga tolak dia balik rumah. Tapi puas hati juga la boleh jalan-jalan merata dalam kampung walaupun sekejap. Itu saja la kisah zumal dapat kawan baru. Hehe...

Comments

  1. Sempat jugak bawak jalan² c70 tu walaupun sekejap. Lama tak jenguk sini. 😌

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe mula2 dia bawak lepas tu kita bawak dia

      Delete
  2. haha kesian c70 meragam pula ye

    ReplyDelete
  3. Replies
    1. rupa dia memang lawa dah tapi enjin tu kena check balik apa problemnya

      Delete
  4. Alaa meragam semula C70 tu noo huhuu....cantik gambaq motor hijau dan sawah padi tu 😎👍

    ReplyDelete
  5. Ingat tadi C70 tu kapalterbang ke apa....

    ReplyDelete
  6. Alaaa tak sporting pula C70, dah dia bawa zumal pastu zumal lak bawa dia 😁

    ReplyDelete
  7. dekat je le dengan semanggol

    ReplyDelete
  8. hahahha aduiii kelakar pulak lepas bergambar dia tak hidup XD XD XD

    ReplyDelete
  9. Bagan Serai, pemandangan sawah bendang di situ sangat cantik. Luas. Tapi mengapa C70 merajuk.

    ReplyDelete
  10. alahai last2 sekali c70 merajuk , sian haa zumal ,tapi gambar tue cantik sangat ,,tenang je tengok

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha padan muka zumal kan, nak bergambar sangat

      Delete
  11. Teringat kat C70 Fiza guna masa belajar dulu..

    ReplyDelete
  12. Cantik permandangan tu.. C70 tu pun kira motor legend. Klu jaga dan solek baik2 mmg jadi rebutan collectors.

    ReplyDelete
  13. Alamak teringat padi sawah maka ayah dahulu..saujana padi ..

    ReplyDelete
  14. Lawa dan klasik motor C70 tu.

    ReplyDelete
  15. C70 tu moto rare... jangan di biarkan letak merata-rata... lebor nanti yop...

    ReplyDelete
  16. Oo motor ke hehe ingatkan apa la tadi. Tapi rare betul tu..

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts