KISAH PALING GANGSTER

Assalamualaikum dan salam sehati sejiwa semua. Hari ni bukan nak review sangat sebab filem ni dah tayang pada tahun 2013 tapi Zumal je tak tengok. Cuma sesaja nak throwback filem-filem lama dalam blog ni. Kasi can la Zumal nak membebel yer. Lagi pulak Shaheizy Sam berlakon dalam filem ni. Beliau antara aktor tempatan yang amat Zumal kagumi.


Kisah Paling Gangster telah ditayang pada tahun 2013. Shaheizy Sam sebagai Remy Asmara dalam cerita ni. Beliau kerja sebagai paramedik. Suatu hari rakan sekerja Remy iaitu Jimy telah mendapat panggilan kecemasan daripada rakan gangsternya Jinggo.  Jimy dan Remy bergegas ke lokasi dengan ambulan dan terjebak dalam insiden tembak-menembak di sebuah kelab malam. Ketua gangster mereka Megat cedera parah. Jinggo minta Remy merawat di situ juga tapi Remy nyatakan peralatan tak cukup di situ. Megat tidak mahu ke hospital, lalu mereka bawa Megat ke sebuah gudang untuk jalankan rawatan.

Dipendekkan cerita Megat berasa terhutang budi dan ingin beri ganjaran kepada Remy kerana telah menyelamatkan nyawanya. Permulaannya Remy menolak tapi disebabkan ahli-ahli kongsi gelap tu hingga ke rumahnya jadi Remy berasa kesalamatan emaknya terancam. Akhirnya Remy menerima tawaran Megat untuk sertai kumpulannya.

Remy akhirnya telah diberikan jawatan pemangku Megat. Ikuti cerita penuh di bawah ini.


Zumal sebenarnya pernah teringin jadi gangster sebab dulu masa sekolah selalu kena buli. Rasa macam nak balas balik dekat orang-orang yang pernah buli Zumal tu. Fuh dahsyat dendam ni wei. Penyelia petang kat sekolah pun Zumal dendam rasa macam nak pergi kepak-kepak kepala dia sebab dia pernah tampar Zumal tanpa usul periksa. Jaga kau wahai penyelia petang sekolah menengah I masa tahun 1997 yer. I still remember U. Hahahaha. Selamat menonton.

Comments

  1. tak baik berdendam bro..

    hati akan sakit dan menderita..

    apa-apapun saya juga peminat lakonan Shaheizy Sam

    ReplyDelete
  2. Watak sesuai untuk artis ni

    ReplyDelete
  3. haha...sabor je la. kawan2 sy di sekolah terbalik plak. wpun penyelia garang, bila memasing2 dah besar ada keluarga sendiri, jumpa balik derang boleh berbaik2. biasa la zumal, anggap je kenangan pahit yang tak perlu dikenang2.hehehe...

    ReplyDelete
  4. uishh takutnyeee dendam zumal ni...bahaya kalo buat zumal marah...jaga2 uols..hahahah

    ReplyDelete
  5. Pelakon yg terkenal dengan dunia polis dan gengster.. Shaheizy Sam

    ReplyDelete
  6. Teman jarang sangat layan filem tempatan nie kat panggung... tunggu tayang kat TV jer...😅

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts