MODAL

Assalamualaikum dan salam sehati sejiwa semua. Bertemu lagi dalam entri membawang seterusnya daripada Zumal. Kerja membawang mendatang hasil dan tak kacau orang lain tu boleh jer kan.

Hari ini Zumal nak bercerita tentang modal. Setiap sesuatu kita nak mulakan contohnya macam bisnes pasti memerlukan modal. Tahukah anda bahawa modal tak semestinya berbentuk wang ringgit walaupun disebaliknya tu tetap ada duit yang keluar. Pernah tak dengar orang cakap modal ayaq lioq ja (modal air liur)? Misalnya macam ceramah-ceramah tu. Dari cakap dia boleh jadi sumber kewangan. Betul la sebelum dia bercakap dia kena ada ilmu, cari ilmu guna juga duitnya. Dari sudut pandangan positif, bayangkan apa yang dia belajar selama ini just kebetulan tetiba boleh jadi sumber pendapatan. Ada juga tau.

Jetski tour di Langkawi

Hari ni Zumal bukan nak cerita tentang modal ayaq lioq tu tapi tentang pengalaman dan gambar yang kita ambil ianya juga boleh dijadikan modal. Ada la sahabat yang kata dekat Zumal hang duk ikut sana sini boleh tak tara mana pun. Keluar modal banyak kekadang masuk tak ada. Zumal diam je la. Malas nak membangkang tapi entri ini jawapannya. Pengalaman yang kita dapat dalam setiap perjalanan kita adalah modal. Walaupun bukan dalam beberapa saat selepas itu dan mungkin sehingga beberapa tahun selepas itu baru kita akan rasa pengalaman kita yang dulu tu berguna.

Ivan beraksi di bedekatan pulau di perairan Langkawi

Sebagai seorang blogger dan influencer, kita sering berkongsi pelbagai gambar dan pengalaman yang kita lalui di blog dan sosial media. Tahukah korang jika Allah nak buka rezeki untuk korang ada insan yang mencari influencer untuk mengiklankan produk beliau suka pula dengan cara korang berkongsi dan kemudian korang dapat projek dengan beliau. Itukan rezeki. Alhamdulillah.

Pengalaman Zumal pegang buaya hidup di Crocodile Adventureland Langkawi

Begitu juga jika korang suka makan sana sini atau diinvite untuk food testing, terima saja kalau korang mudah untuk ke sana. Kerana di sebalik itu kemudian ada rezeki lain kalau yang korang pergi tak dapat sebanyak mana. 

Kek dari telur masin, first time rasa
Zumal bukan la nak ajak korang buat benda free, review free tapi cuma ambil pengalaman dan jadikan ianya modal untuk sesuatu dikemudian nanti. Setiap sesuatu yang kita terima kekadang tu bersama sebuah hikmah yang kita tak sedar.

First time bawak honda cup di tengah bendang di Bagan Serai, Perak

Misalnya korang ke mana-mana atas hal peribadi pun boleh berkongsi walaupun korang tak dapat apa-apa masa tu. Tapi mana nak tahu kebetulan pembaca atau pengikut korang berkenan dengan posting korang dan bagi job yang tak pernah korang duga. 

Ada juga sorang rakan yang taksub dengan MLM kata bodoh kalau promote percuma barang yang korang beli di supermarket yang korang tak dapat apa-apa pun dari orang yang beli barang tersebut setelah teruja dengan promosi korang. Memang betul pun. Tapi kalau korang blogger atau influencer itu salah satu promosi diri korang sendiri juga. Macam Zumal katakan awal tadi ianya adalah sejenis modal buat orang macam kita. #Depa tak paham kerja kita#

Alhamdulillah dengan modal-modal yang Zumal dapat dari beberapa job tahun lepas dan tahun sebelumnya telah berjaya dapat beberapa job lain tahun ini dan tahun lepas. Dan kalau korang nak tahu customer tu ada mention dorang suka posting dan gambar yang Zumal share dalam blog, instagram dan facebook. Seumur hidup pernah sekali ja dapat dalam sebulan sampai RM1K tapi bulan 12 lepas income Zumal lebih dari RM1K hanya dari blog. Syukur sangat-sangat. 

Kepada rakan-rakan blogger dan influncer teruskan berkarya. Jangan peduli sangat apa orang nak kata yer. Selamat maju jaya.

Comments

  1. Kek dari telur masin... Nie first time dengar... belum pernah rasa lagi nie...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itu la first time Zumal rasa masa join jjcm ke Kedah

      Delete
  2. pengalaman tidak boleh dibeli walaupun ada duit.

    seronok zumal dapat berjalan sana -sini tambah pengalaman

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah aRz, cuma 2019 ni belum mula jalan-jalan, bosan duk rumah

      Delete
  3. iye betul tu zumal...dulu2 masa tak aktif blogging pun, still gak la update entri travel walau tak sekerap sekarang..tetiba pulak masa tu job masuk..terkejut juga, tapi orang kata rezeki tak pernah salah alamat...alhamdulillah...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Syukur Alhamdulillah Sunah. Semoga terus sukses berblog yer

      Delete
  4. Kannn Zumal..
    Sis pun banyak dapatnjob bermula dari pergi event free-free je. Tapi rezeki tu tak salah alamat, dah asyik muka kita aje, lama-lama tanpa di duga dapat plak job berbayar. Katanya suka dengan posting kita..

    Alhamdulilah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Syukur Alhamdulillah Sis Lin. Semoga terus sukses dalam dunia blog ini...

      Delete
  5. Alhamdulillah. Betul tu sokong 100% hehe. Yea baru 4 bulan berblog dh dpt 1 tawaran collaboration. Ini semua rezeki. Seronok dgn pengalaman berblogging ni. Semoga terus berkarya :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Syukur Alhamdulillah Yea. Semoga terus sukses dan jangan menyerah kalah okay.

      Delete
  6. Pengalaman adalah satu pelajaran yg berharga. Kita boleh baca, boleh cerita, tapi kita shj yg benar2 rasa pengalaman tu mcm mana, secara tak langsung jadi modal utk diri dan inspirasi buat org lain.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu sahabat. Kita lalui pasti kita saja dapat menceritakannya

      Delete
  7. syukur ya. semoga zumal bertambah murah rezeki

    ReplyDelete
  8. Kata pepatah, “experience is source of knowledge”. Knowledge itu modal kan.
    Tahniah kerana mendapat job job tersebut. Semoga rezeki datang lagi di masa akan datang.

    ReplyDelete
  9. Moga dimurahkan rezeki selalu.
    Setuju. Rezeki boleh datang dari macam2 cara kalau Allah izinkan. Idea pun boleh jadi modal tau.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aamiin. Betul tu Fidah, rezeki datang dalam pelbagai cara

      Delete
  10. wah. bestnya pengalaman camni utk kenangan..

    ReplyDelete
  11. ya Allah 1K hanya dari blog.Besar tu Mal..alhamdulillah tak sia2 kan.
    Etuza tak sampai gitu cecah ratus ja dari Nufnang

    ReplyDelete
    Replies
    1. Insha Allah nanti akan ada rezeki buat cikgu juga

      Delete
  12. keep on blogging...rezeki ada di mana2 selagi berusaha...

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts